Adakah SPR telus dan berkecuali?
18:08 Aug 28, 2019  |  By SabahKini2
Adakah SPR telus dan berkecuali?

Parlimen Kimanis, SPR tidak merayu! mengesahkan bahawa tiadanya reformasi institusi dijalankan ke atas SPR selain mengganti Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya.

Kenyataan media Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun semalam (27 Ogos) yang menyatakan tidak akan merayu keputusan Hakim Mahkamah Khas Pilihan Raya Datuk Lee Heng Chong tidaklah memeranjatkan. Ianya mengesahkan bahawa tiadanya reformasi institusi dijalankan ke atas SPR selain mengganti Pengerusi dan Ahli Suruhanjaya.

Selepas PRU14 SPR dari amalan biasa bilamana ianya bukan lagi diwakili oleh Peguam Persekutuan dari Kamar Peguam Negara tetapi diwakili oleh peguam swasta dalam semua prosiding petisyen pilihanraya

Adalah lumrah untuk SPR mengemukakan bantahan awal atau permohonan untuk membatalkan petisyen tanpa bicara. Tapi kali ini tiada tindakan seperti ini.

Dalam kes Kimanis selain tiada membuat bantahan awal, SPR tidak membantah permohonan Karim Bujang yang dibuat dihadapan Hakim Pilihanraya untuk memeriksa Borang 13 dan Borang 14. Selain itu, SPR juga tidak membantah Rayuan yang dibuat oleh Karim Bujang di Mahkamah Persekutuan ke atas keputusan Yang Arif Supang Lian untuk membatalkan Petisyen tanpa bicara.

SPR hanya diwakili dalam hampir keseluruhan prosiding di hadapan Hakim Datuk Lee oleh Peguam Fikri, Peguam yang paling junor dalam pasukan Peguam SPR seramai 7 orang.

Misteri dan kejutan

Semasa pemeriksaan B13 dan B14 dibuat, semua pihak terkejut bilamana B13 berada dalam fail dan bukannya dalam sampul khas yang dimeterai. Siapa dan kenapa B13 dikeluarkan tanpa izin Mahkamah sebelum pemeriksaan dibuat dihadapan semua peguam?

Pengarah dan Timbalan Pengarah SPR Sabah yang bertugas semasa PRU14 tidak dipanggil untuk memberi keterangan. Saksi yang dipanggil untuk mewakili SPR Sabah adalah pegawai yang berasal dari Semporna yang tidak pernah berkhidmat dengan SPR termasuk semasa PRU14. Beliau hanya ditukar dari JPA Sabah ke SPR enam bulan selepas PRU14. Sudah tentu dia tidak dapat membela SPR semasa memberi keterangan. Ada banyak lagi perkara pelik.

Yang tidak pelik adalah ketiadaan reformasi institusi yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan. Ialah seperti juga manifesto PH, manifesto bukan kitab atau janji!

 

[ARTIKEL BERKAITAN- SPR kalah Kimanis: Integriti SPR terjejas jika tidak membuat rayuan?]

2 Comments