Lesen 'Chia Trading' jual daging babi terbuka di Papar disokong pemimpin Warisan?
07:08 Aug 29, 2019  |  By SabahKini2
Lesen 'Chia Trading' jual daging babi terbuka di Papar disokong pemimpin Warisan?

Sudah beberapa kali aduan dibuat kepada PBT. Namun tidak berkesan. Dari berniaga di belakang kereta kini mempunyai premis yang diluluskan oleh PBT menjual daging babi terbuka. Katanya ada pemimpin warisan menyokong lesennya. Benarkah?

PAPAR - Benarkah Majlis Daerah Papar telah mengeluarkan lesen penjualan daging babi secara terbuka di sebuah premis kedai yang tular hari ini?

Menurut sumber, penjualan babi oleh peniaga Chia Trading sebelum ini hanyalah melalui kenderaaan pacuan empat roda namun oleh kerana terdapat pelbagai aduan penjualan terbuka itu Chia Trading itu kini berniaga dipremis perniagaan yang bukan diwartakan sebagai tempat penjualan daging babi.

Sudah tentu lesen berniaga ini diluluskan oleh pihak berkuas tempatan.

"Tak mungkin peniaga berani secara terbuka dengan papan iklan Chia Trading dengan nombor telefon bimbit 0168052663”. kata seorang pelapor kepada Sabahkini2

Tindakan tersebut sebagai tidak menghormati masyarakat beragama Islam malah peraturan PBT.

Ahli Parlimen Papar Ahmad Hassan dan juga Adun Pantai Manis Datuk Aidi Mokhtar Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri yang juga bekas Hakim Mahkamah Syariah sepatutnya peka dengan masalah rakyat.

Terdapat sumber-sumber tentu pemimpin Warisan menyokong permohonan lesen penjualan babi secara terbuka daripada pihak berkuasa tempatan.

"Penjualan daging babi tidak sepatutnya berlaku secara terbuka, peniaga dan penganjur patut patuhi undang-undang yang ditetapkan agar kejadian tidak sensitif ini tidak berulang," menurut salah satu lagi pengadu.

 

4 Comments