Dr Zulfikar Pesuruhjaya Sumpah 'Warisan' dalang Projek IC didakwa 10 september
22:08 Aug 30, 2019  |  By SabahKini2
Dr Zulfikar Pesuruhjaya Sumpah 'Warisan'  dalang Projek IC didakwa 10 september

Selepas dilaporkan pelbagai pihak berkali-kali akhirnya Pesuruhjaya Sumpah atau Ketua Unit Kecemasan Jawatankuasa Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah Kapten (Dr) Zulfikar bin Zulkifli disiasat dan bakal didakwa di mahkamah 10 September ini.

TUARAN: Pada 1 September 2018, Sabahkini2 telah mendedahkan Kapten (Dr) Zulfikar bin Zulkifli, Ketua Unit Kecemasan Jawatankuasa Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah sebagai dalang projek IC yang kecoh  di Tuaran.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Projek IC kecoh di Tuaran didalangi Penerangan Pusat Warisan ]

Kapten (Dr) Zulfikar pemimpin Warisan yang juga seorang Pesuruhjaya Sumpah (No. PJS S163) memiliki klinik swasta Medisinar di Taman Telipok Ria kini disiasat kerana didakwa menyalahgunakan kuasa.

Polis mendedahkan perkara itu di Bahagian Pentadbiran Pejabat Daerah Tuaran sebagaimana dilaporkan akhbar tempatan.

Dr Zulkifli turut hadir memberi keterangan, didakwa gagal mengesahkan identiti pemohon sebelum mengemukakan cap pengesahan dan gagal menyenggara buku daftar pesuruhjaya sumpah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sabah, Supt G Moses Govindarajoo berkata, mereka menjalankan siasatan menyeluruh sebaik menerima laporan daripada orang awam berhubung kejadian pada September tahun lepas. 

“Siasatan awal mendapati kesalahan pertama lelaki itu adalah memberi cap pengesahan kepada Borang Akuan tanpa memeriksa identiti atau butir pemohon sama ada warga tempatan atau asing bagi memudahkan urusan antara pemohon dan agensi kerajaan.

“Kesalahan kedua, lelaki itu didapati gagal menyenggara buku daftar di mana dia tidak mendaftarkan borang atau butir permohonan yang menerima cap pengesahan itu,” katanya.

Beliau berkata Dr Zulfikar melakukan kesalahan di bawah Kaedah 11 (2) daripada Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018 dan Kaedah 14(1) Kaedah-kaedah sama, yang mana suspek boleh dikenakan hukuman di bawah Kaedah 20 Kaedah-kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018. 

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya, menambah polis dimaklumkan bahawa suspek dipanggil ke Mahkamah Majistret Tuaran pada 10 September untuk sebutan kes.

 

[ARTIKEL BERKAITAN-

Sindiket dokumen 'Projek IC' didalangi pemimpin Warisan didedahkan, mengapa tak dakwa mereka?

7 Bukti Kerajaan Warisan utamakan PTI mengapa Darell Leiking nafi dan tidak ambil tindakan?

 7 Bukti Kerajaan Warisan utamakan PTI mengapa Darell Leiking nafi dan tidak ambil tindakan?

 

28 Comments