RISDA panas lagi! Pengerusi Korup mahu singkir Ketua Pengarah tutup skandal?
06:08 Aug 31, 2019  |  By SabahKini2
RISDA panas lagi! Pengerusi Korup mahu singkir Ketua Pengarah tutup skandal?

RISDA tidak pernah kering isu. Belum pun setahun dilantik menjadi Pengerusi RISDA, Hj Rosely Kusip sudah mahu menggerakkan usaha menyingkirkan KP RISDA. Mengapa? Kantoi rasuah atau melindungi perasuah?

BELUM pun setahun dilantik menjadi Pengerusi RISDA sejak disember 2018, Tuan Hj Rosely Kusip bekas tokoh korporat  Sime Darby Plantation sudah menunjukkan belangnya dengan menghantar surat kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Dato’ Seri Mohammad Azmin Ali untuk memecat Ketua Pengarah RISDA Dato’ Wan Ahmad Shabri Zainuddin Wan Mohamad.

Tradisi RISDA ‘orang dalam’ atau Timbalan Ketua Pengarah akan menjadi Ketua Pengarah. Dato’ Wan Ahmad Shabri pada tahun 2017 adalah  Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) RISDA sebelum diangkat menjadi Ketua Pengarah. Begitulah tradisi RISDA.

Namun kini datang orang luar bernama Hj Rosely Kusip ahli korporat yang bukan dari budaya agensi RISDA sedang menyusun apa yang beliau rasa boleh dilakukan seperti berada di Sime Darby Plantation, Fima Corporation Berhad, Minamas,  IMC Plantation (Indonesia), TSH Resources Berhad, Terence Corp Sdn Bhd, Chemara Palmea Holdings Berhad dan New Britain Palm Oil Ltd (NBPOL).

Pengerusi hentam Tun Dr Mahathir

Menurut sumber beliau dikatakan secara terbuka dalam mesyuarat Lembaga Pengarah RISDA mengutuk pemimpin BERSATU seperti Tun Dr Mahathir Perdana Menteri tentang dasar kerajaan Pakatan Harapan. Sekalipun beliau bertukar kulit ke PKR selepas dilantik Azmin Ali beliau sepatutnya berhati-hati dalam pengurusan RISDA terutama yang melibatkan parti politik.

Cuba melingkupkan Sime Darby

Sejarah Rosely Kusip di Sime Darby tidaklah membanggakan sangat. Nampak menguntungkan tetapi melingkupkan. Beliau dan Tan Sri Mohammed Bakke Salleh dilaporkan pernah membeli ladang sawit di Papua New Guinea seluas 86,478 hektar milik syarikat New Britain Palm Oil Ltd (NBPOL).

Menurut sumber industri pembelian ladang Sime Darby pada tahun 2015 itu dikatakan dibuat pada harga yang terlalu tinggi RM6.6 bilion. Kalau tinggi agaknya siapa untung komisen?

Sime Darby kini ghairah menjual tanah. PublicInvest mendedahkan Sime Darby bakal menjual NBPOL pada harga yang sama ketika Sime Darby membeli NBPOL iaitu dengan penilaian sebanyak RM6.6 bilion seperti memberi gambaran selepas 3 tahun, pelaburan ini tidak bertambah apa-apa dari segi nilainya. Musykil!

Belum masuk kerugian beli ladang di Indonesia seluas 7,074.04 hektar yang ditanam dengan kelapa sawit di Kabupaten Sanggau, Kalimantan Barat, Indonesia yang terpaksa dijual dengan nilai RM123.1 juta bagi mengurangkan hutang syarikat.

Paling merugikan juga pembelian ladang di Liberia. Sime Darby Plantation Liberia Inc (SDPL) menghadapi cabaran kelewatan projek, pelaksanaan pelan, konflik sosial, dan isu hak asasi. Ini sekaligus menyumbang kepada kerugian terkumpul RM322 juta berdasarkan tahun kewangan 2016/2017.

Itulah tangan-tangan ‘Kartel’ Sime Darby macam Rosely Kusip ini. Beli ladang dan rugi kemudian pihak lain terpaksa menjualnya.

Rosely Kusip di zaman kaki sapu di Sime Darby bersama Tan Sri Dato' A.Ghani Othman 

Budaya inilah yang akan dibawa oleh Rosely Kusip sebagai Pengerusi RISDA. RISDA punya wang yang banyak untuk membeli tanah, mencipta projek dan lain-lain. Namun oleh kerana Ketua Pengarah RISDA Dato’ Wan Ahmad Shabri Zainuddin Wan Mohamad seorang penjawat awam tidak sewenang-wenangnya mudah berbelanja maka Rosely Kusip tidak menyenanginya. Beliau tidak mahu KP RISDA yang memahami peraturan kewangan kerajaan lebih pandai darinya di RISDA. Menurut sumber terdapat kontraktor tertentu yang cuba diberi projek oleh Pengerusi RISDA. 

Oleh itu memudahkan beliau melakukan kerja maka perlu menyingkirkan Ketua Pengarah RISDA Dato’ Wan Ahmad Shabri terlebih dahulu.

Kontroversi Rasuah di RISDA

Kontroversi rasuah RISDA tidak pernah berhenti namun Pengerusi baharu RISDA ini lebih suka mengelak hal-hal rasuah dan dalaman RISDA ditutup. Beliau tidak mahu meletakkan RISDA dalam radar SPRM semula.

Setidaknya Pengerusi RISDA yang lama sebelum ini Datuk Zahidi Zainul Abidin pada tahun 2016, tugas pertamanya tampil ke depan membuat laporan polis dan SPRM berkenaan kes pecah amanah serta rasuah di RISDA melibatkan penjualan tanah adat seluas 2,428 hektar di Sungai Pinangah dan Sungai Labau di Tongod Sabah

Wang RM15,545,400, iaitu 10 peratus telah lesap oleh Peguam Michael Ubu. Nasib pembelian itu gagal jika tidak RISDA akan lesap RM155.454 juta wang rakyat. Kes ini melibatkan Shafie Apdal, Datuk Peter dan Michael Ubu.

Datuk Peter Anthony direman tidak didakwa dan Michael Ubu terus hilang hingga kini. Apa yang pelik SPRM tidak memburu Michael Ubu sebagaimana Jho Low.

Kitingan gesa SPRM perlu adil siasat kes rasuah Risda, Shafie, Peter, Michael P UbuMengapa pihak lain mendesak? mengapa tidak Pengerusi RISDA tampil meminta SPRM selesaikan kes.
Sekurangnya pendakwaan?

Sepatutnya Rosely Kusip Pengerusi baru ini tampil ke depan mendesak SPRM menyelesaikan kes ini, mendakwa segera Michael Ubu dan Peter Anthony sekalipun Michael hilang dan tiada di Malaysia.

Tapi Rosely Kusip mahu menutup semua kisah ini. Beliau tidak mahu ruang-ruang beliau berbelanja, membeli tanah dan lain-lain lagi bakal dihidu dan menjadi tumpuan isu. Pengerusi mengabaikan skandal rasuah lama dan dalam masa sama bertekad menyingkir KP RISDA yang tidak menyokong usahanya.

Koleksi artikel skandal RISDA, Michael Ubu, Peter Anthony dalam laporan Sabahkini2.com

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM digesa buru Peguam Michael Ubu skandal tanah Risda libatkan Peter Anthony ]

https://sabahkini2.com/en/news/2101/sprm-digesa-buru-peguam-michael-ubu-skandal-tanah-risda-libatkan-peter-anthony/view

[ARTIKEL BERKAITAN- Kitingan gesa SPRM perlu adil siasat kes rasuah Risda, Shafie, Peter, Michael P Ubu ]

http://sabahkini2.com/en/news/2184/kitingan-gesa-sprm-perlu-adil-siasat-kes-rasuah-risda-shafie-peter-michael-p-ubu/view

 

 

 

Comment