Hisham Hamdan 'Budak' Zubir kes SPRM bakal dilantik CEO Sime Darby Property?
05:09 Sep 01, 2019  |  By SabahKini2
Hisham Hamdan 'Budak' Zubir kes SPRM bakal dilantik CEO Sime Darby Property?

Selepas melantik Voon Tin Yow sebagai CEO kecoh, Zeti melantik pula Jalil Rasheed CEO PNB tanpa pengetahuan Tun M PM. Kini Zeti U-Turn bakal melantik Hisham Hamdan dari Khazanah 'budak' Zubir bekas CEO didakwa SPRM 2012 sebagai CEO Sime Darby Property.

Setelah tular dan kecoh Sime Darby dikatakan dikuasai DAP selepas usaha melantik Datuk Voon Tin Yow Pengarah Eksekutif EcoWorld sebagai CEO Sime Darby Property Berhad dengan gaji RM265,000 sebulan nampaknya tanda-tanda U-Turn mungkin akan berlaku dalam tempoh terdekat.

[ARTIKEL BERKAITAN- Jual aset, lantik Dato' Voon Tin Yow CEO, Sime Darby kini milik DAP! ]

 Jual aset, lantik Dato' Voon Tin Yow CEO, Sime Darby kini milik DAP!

Datuk Kadir Jasin Penasihat Media Perdana Menteri dan Tan Sri Rais Yatim turut mempersoalkan dalam laman facebook dan twitter mereka.

Tan Sri Zeti Akhtar Aziz Pengerusi PNB mungkin sedang mencari jalan mengalihkan kekecohan itu akibat kebocoran maklumat dalaman pelantikan Datuk Voon Tin Yow sebagai CEO Sime Darby Property.

Dalam kekecohan itu kerajaan mengumumkan pelantikan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad sebagai Pengerusi Sime Darby Bhd berkuat kuasa 31 Oktober ini,  menggantikan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah (Bekas KSU MOF) yang akan bersara.

Selain PNB, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas)mempunyai pengalaman sebagai Pengarah Urusan/Ketua Kewangan Eksekutif Media Prima Bhd, Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB) kini bakal menyelia Datuk Jeffri Salim Davidson Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby yang baru-baru ini bulan April lalu menjual kepentingan Sime Kubota Sdn Bhd 52 peratus kepada Kubota Corporation pada harga RM25.87 juta.

Jalil Rasheed 

Pada hari yang sama Jalil Rasheed dilantik sebagai presiden dan ketua eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) berkuat kuasa 1 Oktober menggantikan Abdul Rahman Ahmad sebagai pengerusi bukan eksekutif bukan bebas Sime Darby Bhd.

Semalam portal Berita Harian melaporkan Tun Dr Mahathir Mohammad tidak tahu mengenai pelantikan Jalil Rasheed sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PNB kerana tidak dimaklumkan oleh Tan Sri Zeti termasuk melantik Datuk Abdul Rahman Ahmad sebagai Pengerusi Sime Darby Bhd berkuat kuasa 31 Oktober ini.

 

Sime Darby Property Berhad

Susulan dari isu itu pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Wan Hashimi AlBakri Wan Amin Jaffri, berkata pihaknya tidak mengetahui sama ada Tin Yow akan dilantik untuk menerajui barisan pengurusan tertinggi pemaju hartanah itu. Setakat ini hanyalah sebuah khabar angin. katanya

[ARTIKEL BERKAITAN- Pemangku CEO Sime Darby Property Nafi Voon Tin Yow bakal CEO ]

 Pemangku CEO Sime Darby Property Nafi Voon Tin Yow bakal CEO
Wayang makan diri? Wan Hashimi yang sebar mengenai Voon Tin Yow. Selepas kecoh dia muncul hero membuat penafian.
Apapun lobi belum berakhir sehingga diumumkan oleh Zeti dan Kerajaan

Menurut sumber dijangka pengumuman CEO terdekat bakal dilakukan bagi meredakan keadaan. Malah pelantikan Datuk Voon Tin Yow sebagai CEO bergaji besar telah juga telah dibatalkan.

Ia mungkin melegakan untuk Dato' Wan Hashimi Albakri pemangku CEO kumpulan sekarang kerana peluangnya masih terbentang luas. Begitu juga beberapa CEO yang boleh mengemudi Sime Darby Property seperti Datuk Redza Rafiq Abdul Razak, Mustamir Mohamad dan Dato' Sri Nik Aswan Nik Abdul Aziz. Nama mereka masih boleh bersaing untuk disenaraikan.

 

Menurut sumber kini muncul lagi dua nama baharu disenarai pendek kan Datuk Hisham Hamdan dan Datuk Jamaludin Osman.

Budak ‘Tingkat 4’ Datuk Hisham Hamdan kembali Sime Darby?

Datuk Hisham Hamdan ialah Pengarah Eksekutif pelaburan, Ketua Penyelidikan dan strategi pelaburan Khazanah Berhad. Sejak zaman Tingkat 4 (Paklah), Zaman Najib malah hingga zaman Tun Dr Mahathir sebagai PM ke tujuh budak 'Tingkat 4' sentiasa bijak menyusup masuk di mana-mana. Mereka boleh hidup di semua zaman PM. 

Selepas isu Datuk Voon Tin Yow meletup nama beliau kini berada dalam senarai utama sebagai CEO kumpulan Sime Darby.

Datuk Hisham Hamdan bulan mac lalu diumumkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) sebagai Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA) yang baharu.

Turut berlegar ialah beberapa mesej aplikasi whatsapp mengenai Hisham dan 'Geng Tingkat 4' yang masih bernyawa di mana-mana GLC.

Komen Eksekutif Property mengenai Hisham

Kisah Hisham Hamdan dan beberapa tokoh korporat Khazanah pernah ditulis oleh blog anotherbrickinwall pada tahun 2012.  Hisham adalah bekas Naib Presiden Eksekutif, Strategi dan Pembangunan Perniagaan Sime Darby yang gagal.

Tulisan terbaru blog ini ialah Sime Prop CEO: Is Hisham Hamdan the choice of Zeti's or Mahathir's?

Hisham Hamdan dikaitkan dengan siri kegagalan mengambil alih IJN, diikuti oleh cadangan Lapanan Terbang Labu LCC selain budak tegar bekas Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby, Datuk Seri Zubir Murshid yang ditahan SPRM pada tahun 2012 bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan telah menyebabkan syarikat itu menanggung kerugian lebih RM100 juta selain pertuduhan alternatif memperdayakan ahli lembaga pengarah syarikat.

Bagaimanapun SPRM dan pihak pendakwaa pada tahun 2016 tidak meneruskan pertuduhan itu kerana kekurangan bukti untuk menyalahkan bekas CEO Sime Darby Berhad itu.

Hisham Hamdan adalah sebahagian daripada bekas pegawai bersama Zubir Murshid dan Tun Musa Hitam yang bertanggungjawab terhadap kegagalan Sime Darby termasuk pelaburan Qatar bernilai RM1 bilion. Artikel lain baca Sime Scandal?

Zubir dan Hisham Hamdan

Kembalinya Datuk Hisham Hamdan ke Sime Darby hanyalah bagai sirih pulang ke gagang, kembali ke tempat asalnya cuma keluarga baru di Sime Darby Property. Barangkali dengan kemahiran eksekutif Khazanah seperti Hisham yang mahir menjual aset mungkin ia diperlukan di Sime Darby Property yang juga sekarang giat menjual asetnya.

Jika Jalil Rasheed dilantik oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz tanpa pengetahuan Tun Dr Mahathir Mohamad ada kemungkinan besar juga Hisham Hamdan sedemikian rupa.


Dato’Ir Jamaludin Osman

                                                                                                  Dato’ Ir Jamaluddin Osman

Seorang lagi nama disenarai pendek sebagai CEO Kumpulan Sime Darby ialah Dato’ Ir Jamaluddin Osman. Tidak banyak yang diketahui mengenai individu ini namun beliau sinonim dengan Island & Peninsular Berhad yang beliau adalah bekas Pengarah Urusan Kumpulannya.

Island & Peninsular Berhad kini adalah anak syarikat SP Setia.

Selepas bersara di Island & Peninsular Berhad, Dato 'Ir. Jamaludin Osman dilantik ke Lembaga Pengarah MMC Corporation Berhad sebagai Pengarah Bukan Bebas Bukan Eksekutif sejak 17 Mei 2017. Beliau juga kini menganggotai Lembaga Pengarah Hock Seng Lee Berhad.

Kemungkinan besar Zeti hanya mengaburi mata bagi tujuan untuk memilih Datuk Hisham Hamdan yang ‘lebih ular’ dan lincah berbanding Dato 'Ir. Jamaludin Osman.

Mari kita lihat apa permainan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz seterusnya. Apakah strategi Tun Dr Mahathir tidak tahu lagi? Pelantikan Voon Tin Yow sudah digagalkan apakah CEO Kumpulan bekas 'kaki rasuah' anak didik Zubir pula bakal CEO Sime Darby Property sama-sama kita tunggu. Apakah Zeti sedang berusaha mengalih isu tentang pembekuan akaun di Singapura yang dikaitkan dengan dirinya? Baca S'pore frozen account of ex-BNM Governor's spouse?.

1 Comment