Demi syarikat China, Lee Man Paper beli SFI, Shafie ke Sipitang berjanji lagi bayar gaji!
08:09 Sep 02, 2019  |  By SabahKini2
Demi syarikat China, Lee  Man Paper beli SFI, Shafie ke Sipitang berjanji lagi bayar gaji!

Sebelum PRU 14 janji hal SFI selesai. Dah lebih setahun masalah SFI tetap tak selesai. Sekarang apa jadi? SFI nak dijual kepada China, Lee & Man Paper Manufacturing Ltd dan berdepan kes mahkamah. Rakyat susah gaji tak bayar.

SIPITANG: Kerajaan Warisan sekali lagi berjanji memberi jaminan akan terus menampung pembayaran gaji pekerja Sabah Forest Industries Sdn Bhd (SFI) sehingga kes membabitkan syarikat itu selesai di mahkamah.

Sejak Jun lalu akibat pertelingkahan antara Grant Thornton Consulting (GTC), administrasi (receiver manager), Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB)  dan kerajaan Warisan mengakibatkan rakyat dan pekerja SFI menjadi mangsa.

Gara-gara sikap tamak mahu menjual SFI kepada pembeli ketiga syarikat China, Lee & Man Paper Manufacturing Ltd akhirnya semua pihak ke mahkamah, 1000 pekerja SFI menderita gaji tidak dibayar.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal tampil lagi ke Sipitang menebal muka berjanji baru untuk menyelesaikan kemelut gaji pekerja. Sudah lebih setahun pemerintahan Warisan nampaknya janji mereka sebelum berkuasa sebelum ini tidak mampu ditunaikan lagi.

DEMO SFI- Katanya semua pejuang Warisan dan pendemo ni dah Arwah!. Yang tak arwah dah jutawan

”Apa yang penting kita beri jaminan supaya masyarakat tidak terjejas kerajaan negeri akan memberi gaji pada tiap-tiap bulan kepada anak-anak Sipitang yang bekerja di SFI.

”Saya juga telah maklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) mengenai perkara ini. Saya telah nyatakan agar gaji mereka mesti dibayar walaupun (syarikat) ini bukan kita punya, ia bukan lagi milik kerajaan.

”Sekarang SFI bankrap dan diambil alih oleh SFI receiver (Grant Thornton Consulting Sdn Bhd & Pelangi Prestasi Sdn Bhd). SFI kini mempunyai hutang berbilion ringgit di bank. Katanya.

”Kerajaan Negeri tiada hak ke atas SFI, kerajaan hanya mempunyai hak konsesi kepada tanaman kayu di Sipitang. Kita cuma ada 2 peratus saham,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Festival Buah-Buahan Sipitang 2019, di sini pada Khamis.


Netizen Sipitang berkata- Asal Shafie datang Sipitang mesti cerita hal SFI? mengapa sebab tak pernah selesai. Dulu janji bukan main

Shafie Apdal batalkan lesen balak PPSB milik Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Kenapa Shafie berbohong? Isu asas ialah PPSB telah membayar deposit sebanyak RM120 juta untuk mengambil alih SFI yang berdepan masalah kewangan dan lesen balaknya dibatal, tanpa akses kepada bahan mentah, syarikat pasti akan mengalami kerugian lebih besar.

Kuasa siapa membatal? Mengapa? Hanya kerana memaksa Grant Thornton Consulting Sdn Bhd menjual kepada syarikat pulpa China Lee & Man Paper Manufacturing Ltd maka kerajaan Warisan campur tangan terhadap SFI.

Shafie Apdal patut memberitahu PPSB sudah membayar gaji pekerja SFI daripada Mac 2018 sehingga Mac 2019, malah membayar gaji tertunggak oleh GTC sejak Januari 2018, sesuatu yang PPSB langsung tidak ada keperluan untuk melakukannya. 

Tanpa sebuah pemilik yang sah untuk menyelamatkan SFI, GTC, yang sekarang bertanggungjawab dalam setiap keputusan yang diambil dalam syarikat itu, telah gagal membayar gaji para pekerja.

[BACA ARTIKEL - 1000 pekerja SFI sengsara: Komplot Kerajaan Warisan, GTC, syarikat China singkir syarikat Bumiputera PPSB! ]

http://sabahkini2.com/en/news/2071/1000-pekerja-sfi-sengsara-komplot-kerajaan-warisan-gtc-syarikat-china-singkir-syarikat-bumiputera-ppsb/view

1000 pekerja SFI sengsara: Komplot Kerajaan Warisan, GTC, syarikat China singkir syarikat Bumiputera PPSB!

Apa yang pasti GTC mendapat arahan daripada kerajaan negeri Sabah untuk membunuh PPSB dan menjual pula kepada syarikat dari China Lee & Man Paper Manufacturing Ltd yang terkenal dengan kes pencemaran alam sekitar di negara Asean seperti Vietnam.

Barangkali komisen Lee & Man Paper Manufacturing Ltd lebih tinggi dari Pelangi Prestasi Sdn Bhd.

Apa jadi selepas Pelangi Prestasi memfailkan saman terhadap kerajaan Sabah, penerima dan pengurus SFI Grant Thornton Consulting Sdn Bhd, syarikat pulpa dan kertas China Lee & Man Paper Manufacturing Ltd dan SFI?

Yang rugi kerajaan Warisan kerana peringkat awal semakan kehakiman telah menggagalkan Kerajaan Warisan  untuk menjual Sabah Forest Industries (SFI) kepada pihak ketiga Lee & Man Paper Manufacturing Ltd secara tidak sah apabila sebuah transaksi pembelian sudah pun dipersetujui dengan Pelangi Prestasi Sdn Bhd (PPSB) sebelum ini bersama GTC.

Yang lebih pelik Shafie dan Warisan kata berurusniaga dengan China adalah menjual aset negara. Kini menjual SFI kepada Lee & Man Paper Manufacturing Ltd sanggup ke mahkamah adalah satu pelaburan.

Bila selesai? Rakyat menunggu lagi..Gaji tertangguh.. nanti datang ke Sipitang janji bayar lagi. Mudah.

Comment