Perang Warisan-Bersatu, selepas video 'Bersatu UMNO' kini gaduh isu surat jemputan!
16:09 Sep 02, 2019  |  By SabahKini2
Perang Warisan-Bersatu, selepas video 'Bersatu UMNO' kini gaduh isu surat jemputan!

Nampaknya pertelingkahan Bersatu -Warisan melarat dari tuduhan video 'Bersatu UMNO' kepada isu paling remeh surat jemputan. Barangkali tiada isu maka Datuk Peter Warisan mencari isu.

KOTA KINABALU: Perbalahan Warisan dan Bersatu nampaknya belum berakhir lagi. Selepas tular video Shafie mengutuk Hajiji dan Bersatu baru-baru ini, kini Menteri Pembangunan Infrastruktur merangkap pengerusi penganjur, Datuk Peter Anthony menggunakan isu kononnya tiada ADUN Bersatu hadir sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- (VIDEO) Bersatu itu UMNO! siapa memerintah si Hajiikah atau saya kata Shafie Apdal ]

Upacara Sambutan Hari Kebangsaan 2019 Peringkat Negeri Sabah itu disempurnakan Yang Dipertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin disertai semua pemimpin Kabinet Sabah termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Turut kelihatan kebanyakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Warisan, UPKO dan parti komponen Pakatan Harapan iaitu DAP Sabah serta PKR Sabah.

Ketiadaan ADUN Bersatu Sabah atau pimpinan atasanya dijadikan modal baru serangan oleh Datuk Peter Anthony kepada Bersatu sehingga isu ini menjadi muka hadapan akhbar tempatan di Sabah.

Menurut Peter jemputan telah diserahkan kepada parti itu untuk hadir, justeru keputusan untuk datang bergantung kepada mereka.

“Kita telah menjemput semua termasuk juga rakyat jelata, semua penduduk atau pun orang Sabah untuk bersama-sama kita pada hari ini, termasuk juga sama ada daripada komponen parti, sukarelawan dan semua rakyat Sabah.

Ketidakhadiran Adun Bersatu dan pemimpinnya menjadi persoalan besar buat Warisan yang sebelum ini menganggap Bersatu adalah UMNO.

 

ADUN Bersatu tidak dijemput

Bagaimanapun tuduhan Datuk Peter Anthony itu disanggah oleh pemimpin dan Adun Bersatu.

Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Hajiji Haji Noor mengesahkan daripada semua ADUN, MP dan senator Bersatu Sabah, tiada seorangpun yang mendapat jemputan termasuklah beliau sendiri. Bukan itu, sahaja, tiada sebarang jemputan atas nama parti dihantar ke Ibu Pejabat parti itu, di Alam Mesra, Kota Kinabalu.

Oleh kerana tiada jemputan, masing-masing ADUN, MP dan senator Bersatu menghadiri sambutan hari kebangsaan di kawasan masing-masing.

Turut mengesahkan Datuk Masidi Manjun Timbalan Pengerusi Bersatu Sabah.

“Saya dan rakan-rakan Adun Bersatu mengesahkan memang tidak mendapat jemputan majlis itu

“Jika ada kami pasti hadir”. katanya

Menurut Bersatu ada baiknya Pengerusi Penganjur Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri, perlu menyemak fakta sebelum membuat dakwaan sebelum mencetuskan salah faham.

Ia bukan kali pertama ia berlaku pada majlis-majlis rasmi kerajaan negeri,  majlis berbuka puasa atau sambutan hari raya, jemputan tidak dipanjangkan kepada para pemimpin Bersatu.

Timbul persoalan adakah Peter sendiri tidak mendapat maklumat yang tepat daripada pihak urusetia, ataupun ada pihak dalaman yang sengaja ingin sabotaj ataupun memang masih tidak senang dengan Bersatu sebagaimana luahan Datuk Seri Shafie dalam video yang tular baru-baru ini.

Menurut warganet isu yang dilontar oleh Datuk Peter Anthony sebenarnya bukan isu jemputan sangat tetapi sengaja memberi tekanan dan memburukkan Bersatu seolah-olah belum lagi berada dalam komponen PH di Sabah.

5 Comments