600 ribu PTI pemegang ‘tiga dokumen’ bakal diberi Pas Sementara Sabah (PSS)
09:09 Sep 07, 2019  |  By SabahKini2
600 ribu PTI pemegang ‘tiga dokumen’ bakal diberi Pas Sementara Sabah (PSS)

Shafie Apdal kata dia tiada kuasa beri dokumen kepada PTI namun akhirnya cadangan Warisan ganti IMM13, Sijil Banci dan Kad Burung-burung berjaya. Kini 600 ribu PTI bakal sah di Sabah. Bagaimana sokongan terhadap IC?

Kota Kinabalu: Selepas melaksanakan program pemutihan PTI baru-baru ini kerajaan PH akhirnya melaksanakan pula program baru seakan memberi keistimewaan kepada PTI di Negeri Sabah memiliki dokumen sah sebagai PTI.

[ARTIKEL BERKAITAN- 123,575 PTI bersama keluarga didaftar Program Pemutihan di Sabah ]

http://sabahkini2.com/en/news/2067/123575-pti-bersama-keluarga-didaftar-program-pemutihan-di-sabah/view

Ura-ura kerajaan bakal memberi dokumen khas kepada PTI telah diumumkan oleh Datuk Azis Jamman Timbalan Menteri KDN baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Azis Jamman sahkan Pemegang IMM13, Kad Burung-burung, JKM diganti dokumen khas PTI ]

http://sabahkini2.com/en/news/2170/azis-jamman-sahkan-pemegang-imm13-kad-burung-burung-jkm-diganti-dokumen-khas-pti/view

Azis Jamman sahkan Pemegang IMM13, Kad Burung-burung, JKM diganti dokumen khas PTI

IMM13 jadi isu kini tidak lagi jika ada dokumen baru

Kerajaan akan memperkenalkan Pas Sementara Sabah (PSS) atas alasan untuk menyelaras pengurusan pendatang asing di Sabah, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pas itu akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen Sabah bermula 1 Jun, 2020.

“Ketika ini kami sedang merangka cara untuk melaksanakannya di mana satu badan khas akan diwujudkan di Peringkat Negeri yang kemudian akan dijelaskan lebih lanjut oleh Ketua Menteri tidak lama lagi,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing, di sini, Jumaat.

PPS, katanya, adalah satu kad yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan seperti biometrik, gambar dan cap jari.

“Pengeluaran PPS diharap dapat menyelesaikan isu pelbagai dokumen pengenalan yang dipegang oleh pendatang asing dan untuk membantu penguatkuasa undang-undang serta untuk memantau pergerakan pendatang asing oleh pihak berkuasa.

“Kerajaan juga akan memberi penekanan untuk menangani isu individu dengan dokumen palsu yang cuba melalui pintu masuk di Sabah, khususnya di lapangan terbang dan juga meningkatkan sistem penapisan dan kemudahan di lapangan terbang Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.”

Tiga dokumen itu kebanyakannya dikeluarkan kepada warganegara Filipina iaitu kad IMM13 kepada warga asing berstatus pelarian, Sijil Banci ketika program pemutihan Pasukan Petugas Khas Persekutuan dan Kad Burung-Burung yang dikeluarkan pada 1970 hingga 1990-an.

Dengan keputusan melaksana PSS itu bermakna pelbagai dokumen, seperti IMM13, Surat Burung-Burung dan Kad Banci yang dilihat sukar memantau pendatang asing di Sabah akan dimansuhkan.  Tiga dokumen itu akan ditarik balik.

Muhyiddin mendedahkan, setakat ini terdapat lebih 600,000 pemegang dokumen-dokumen itu di Sabah.

“Isu ini sangat kompleks dan ia tidak boleh diselesaikan semalaman. Itulah sebabnya kenapa Kementerian Dalam Negeri mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk membatalkan ketiga-tiga dokumen itu.

Muhyiddin berkata bilangan pendatang tanpa izin yang dihantar pulang dari Sabah dari 1990 hingga 4 September 2019 ialah 586,367.

“Bagi 2019 sahaja, bilangan warga asing yang dihantar pulang sehingga 4 September 2019 ialah 8,343,” katanya.

Sementara itu Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata pengeluaran PSS adalah satu langkah serius yang diambil oleh kerajaan untuk menangani isu berlarutan pendatang asing di Sabah.

Mohd Shafie berkata langkah mengeluarkan PSS itu juga adalah rentetan daripada perkara diperhalusi di peringkat Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai PTI di Sabah sebelum ini berhubung kepelbagaian dokumen dikeluarkan pihak berwajib kepada warga asing.

“Maka, dengan adanya penyelarasan (dokumen untuk warga asing) seumpama ini, kita mahu pastikan supaya ia dapat diurus dan dikawal oleh (hanya) Jabatan Imigresen Sabah.

Sementara itu dalam komen-komen netizen keputusan kerajaan memberi dokumen rasmi untuk PTI pastinya mengundang masalah apatah lagi jika benar 600,000 PTI bakal disahkan di negeri ini.

Ini belum masuk isu anak-anak tanpa negara (Stateless) hasil perkahwinan dari pemegang tiga dokumen di atas yang kini memberi masalah sama ada mereka ini dianggap sebagai warganegara ataupun pemegang PSS.

[ARTIKEL BERKAITAN-'Anak tanpa negara' melalui perkahwinan PTI akan diberi kerakyatan kata Christina Liew ]

http://sabahkini2.com/en/news/1910/anak-tanpa-negara-melalui-perkahwinan-pti-akan-diberi-kerakyatan-kata-christina-liew/view

'Anak tanpa negara' melalui perkahwinan PTI akan diberi kerakyatan kata Christina LiewAnak-anak Stateless dan PTI turut dijadikan janji dalam PRK Sandakan kepada warga PTI

April lalu Shafie berkata PTI bakal diberi dokumen dan Pulau Penempatan untuk mengatasi masalah PTI.

[ARTIKEL BERKAITAN- PTI diberi dokumen dan Pulau Penempatan jika kemasukan beramai-ramai- Shafie Apdal ]

https://sabahkini2.com/en/news/1863/pti-diberi-dokumen-dan-pulau-penempatan-jika-kemasukan-beramai-ramai-shafie-apdal/view

PTI diberi dokumen dan Pulau Penempatan jika kemasukan beramai-ramai- Shafie Apdal

Shafie turut menegur rakyat tidak perlu benci PTI dan mengarahkan NGO serta Cawangan Warisan mendaftarkan 60 ribu kanak-kanak tanpa negara di Sabah. Shafie dan Warisan ternyata lebih mesra PTI. Mendaftarkan PTI hanyalah satu alasan.

ARTIKEL BERKAITAN- Shafie tegur rakyat benci PTI, NGO, Cawangan Warisan diarah daftar 60 ribu kanak-kanak tanpa negara ]

http://sabahkini2.com/en/news/2136/shafie-tegur-rakyat-benci-pti-ngo-cawangan-warisan-diarah-daftar-60-ribu-kanak-kanak-tanpa-negara/view

Langkah asal mahu mendaftarkan PTI bermula pada Jun 2018 apabila Shafie Apdal mahu pekerja asing tidak sah di Sabah didaftarkan untuk menyelesaikan isu kekurangan buruh, terutama dalam sektor perladangan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kerajaan negeri akan beri dokumen kepada pekerja asing haram di Sabah ]

http://sabahkini2.com/en/news/1007/kerajaan-negeri-akan-beri-dokumen-kepada-pekerja-asing-haram-di-sabah/view

Malah selepas mesyuarat memutuskan PSS Shafie tetap berkata langkah ini penting bagi memastikan sektor perladangan di Sabah mempunyai tenaga kerja mencukupi memandangkan ketika ini ramai pemilik ladang menyatakan mereka kekurangan pekerja buruh, katanya.

 

 

11 Comments