JPN sahkan warga China diberi MyKad, isteri kepada warganegara. Netizen tanya semudah itu?
09:09 Sep 09, 2019  |  By SabahKini2
JPN sahkan warga China diberi MyKad, isteri kepada warganegara. Netizen tanya semudah itu?

Akhirnya JPN sahkan Xu Yalian warga China menjadi warganegara kerana berkahwin dengan warganegara. Bagaimanapun rakyat bimbang apakah permohonan itu begitu mudah?

PUTRAJAYA: Akhirnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menjelaskan isu yang tersebar luas di media sosial berhubung dakwaan warganegara China memiliki MyKad baru-baru ini yang pernah ditularkan pada 2018.

Pengakuan JPN itu mengesahkan dakwan JPN memberi kad pengenalan kepada warga China namun menggunakan alasan prosedur sedia ada.

Menurut JPN individu terbabit iaitu Xu Yalian adalah isteri kepada warga Malaysia yang memperoleh kewarganegaraan Malaysia menerusi Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Sebagai isteri kepada warganegara Malaysia yang berkahwin secara sah mengikut undang-undang Malaysia, beliau boleh memohon kerakyatan setelah memenuhi syarat ditetapkan Perlembagaan Persekutuan.

“Permohonan dan kelulusan kewarganegaraan bukan tertumpu kepada kaum tertentu, malah JPN menerima dan meluluskan daripada pelbagai kaum dan bangsa di Malaysia.

“Penganugerahan taraf kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi oleh kerajaan Malaysia kepada warga asing yang benar-benar layak dan perlu mengikut syarat ditetapkan, selain tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun JPN tidak menyatakan berapakah jumlah MyKad diluluskan melalui cara isteri sebagai warganegara menerusi Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan itu dari negara China yang kerap tular.

Kebimbangan rakyat dalam laman sosial ialah begitu mudahkah kelulusan warganegara melalui pasangan suami atau isteri warganegara?

Julai lalu Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan akan mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) permohonan kewarganegaraan bagi memastikan setiap permohonan dapat dipertimbangkan secara lebih teliti, adil dan cepat.

Menterinya Muhyiddin Yassin berkata, di bawah SOP baru yang dirangka oleh KDN, terdapat garis panduan lebih jelas dalam pengendalian dan pertimbangan permohonan kewarganegaraan, khususnya di bawah Perkara 15A.

Langkah itu memastikan keputusan yang dibuat mengambil kira faktor kebajikan anak yang memohon taraf kewarganegaraan dan membabitkan tempoh masa yang dipendekkan daripada 3 tahun kepada paling lama hanya 1 tahun.

Pertemuan menteri-menteri DAP dengan KDN turut mendesak kerajaan mengubah SOP permohonan kewarganegaraan.

Perkara-perkara yang demikian terus merunsingkan rakyat.

Sekalipun Muhyiddin menegaskan tidak ada pintu belakang dalam meluluskan permohonan kewarganegaraan seperti didakwa oleh sesetengah pihak namun ia tetap tidak meyakinkan rakyat apatah lagi Menteri-menteri DAP sekarang lebih banyak menguasai kerajaan.

 

3 Comments