Selepas mengaku beri MyKad kepada rakyat China, JPN lapor polis ‘aduan rakyat’ di laman sosial
17:09 Sep 09, 2019  |  By SabahKini2
Selepas mengaku beri MyKad kepada rakyat China, JPN lapor polis ‘aduan rakyat’ di laman sosial

Tidak tahan menjadi bahan troll rakyat dan pertanyaan tentang isu-isu kewarganegaraan dari rakyat JPN akhirnya membuat laporan polis ke atas beberapa akaun Facebook yang didakwa menyebarkan khabar angin rakyat China diberikan MyKad.

PUTRAJAYA- Tidak tahan menjadi bahan troll rakyat dan pertanyaan tentang isu-isu kewarganegaraan dari rakyat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akhirnya membuat laporan polis ke atas beberapa akaun Facebook yang didakwa menyebarkan khabar angin kononnya ada rakyat China diberikan MyKad.

Ketua Pengarah JPN, Ruslin Jusoh, memberitahu laporan itu dibuat oleh pegawai agensi terbabit kira-kira jam 9 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Beliau mendakwa beberapa akaun di media sosial menuduh JPN mengeluarkan kad pengenalan Malaysia kepada warga asing.

"Apa yang kita mahu (melalui aduan tersebut) ialah agar polis menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan yang dibuat kerana maklumat yang disebarkan tidak benar sama sekali," katanya.

Bagaimanapun JPN baru-baru ini mengesahkan serta mengaku JPN memberikan kewarganegaraan kepada rakyat China tetapi berdasarkan prosedur sedia ada.

[ARTIKEL BERKAITAN- JPN sahkan warga China diberi MyKad, isteri kepada warganegara. Netizen tanya semudah itu?]

JPN sahkan warga China diberi MyKad, isteri kepada warganegara. Netizen tanya semudah itu? Penjelasan JPN mengenai Xu Yalian

Menurut Ruslin, wanita China bernama Xu Yalian itu berkahwin dengan rakyat negara ini sejak lebih 20 tahun lalu.

Katanya, wanita terbabit sebelum ini memiliki kad pengenalan merah dan memohon untuk mendapatkan kerakyatan mengikut Perkara 15 (1) Perlembagaan Persekutuan.

"Dia diberikan kerakyatan pada 2017," katanya.

Katanya, JPN tidak memilih permohonan mendapatkan kewarganegaraan Malaysia berdasarkan kepada keturunan atau kerakyatan tertentu.

"Justeru, tidak ada sebarang isu JPN dituduh memberikan kerakyatan kepada mana-mana warga asing dengan mudah," katanya.

Bagaimanapun netizen mempersoalkan sikap Ketua Pengarah JPN melaporkan kepada pihak polis itu.

“Sejak bila laporan dan pertanyaan rakyat mengenai isu-isu kewarganegaran sebagai satu kesalahan, dulu masa di zaman BN ketika ada dakwaan projek IC kepada 40 ribu bangla tak ada pula Ketua Pengarah JPN lapor polis mohon disiasat”.

“Kali ini JPN mengaku beri warganegara namun memberi penjelasan terperinci mengenai wanita China itu berdasarka peraturan sedia ada, menjadi tanggungjawab JPN menjawab isu”. kata Fakhrul dalam facebooknya.

Tangkapan Pegawai JPN dalam sindiket Kad Pengenalan

JPN tidak boleh memarahi aduan rakyat kerana rakyat mungkin curiga dengan keadaan yang berlaku sekarang terutama apabila dilaporkan penglibatan pegawai JPN dalam sindiket MyKad.

Penjelasan JPN sebenarnya sudah memadai buat rakyat untuk tahu isu sebenar.

23 Julai lalu misalnya dilaporkan media mengenai tangkapan terhadap pegawai JPN membabitkan sindiket pemalsuan dokumen pengenalan diri di Semporna.

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengapa 'Orang Semporna' dalang projek IC JPN di Sabah? Kini terjawab! ]

Mengapa 'Orang Semporna' dalang projek IC JPN di Sabah? Kini terjawab!Libatkan Pegawai JPN antara yang menyebabkan rakyat curiga kepada JPN

Tangkapan itu melibatkan rampasan borang daftar kelahiran, bahagian kad pengenalan, 34 cop palsu jabatan kerajaan, klinik kesihatan, hospital, ketua kampung dan pesuruhjaya sumpah.

Sindiket itu disyaki menjalankan kegiatan mereka sejak awal tahun lepas dengan menawarkan perkhidmatan daftar sijil lahir dengan bayaran RM3,500 dan daftar kad pengenalan RM6,000.

“Mana Ketua Pengarah JPN ketika pegawainya terlibat dengan sindiket melibatkan tangkapan polis dan SPRM?”.

“JPN sepatutnya bersikap terbuka dengan aduan rakyat”. kata pengguna facebook Ahmad Nali

 

 

1 Comment