Faizul Pegawai JPN, Datuk Lai Chin Wah dan 4 lagi dalang ‘Cina Penang’ didakwa sindiket jual MyKad
10:09 Sep 13, 2019  |  By SabahKini2
Faizul Pegawai JPN, Datuk Lai Chin Wah dan 4 lagi dalang ‘Cina Penang’ didakwa sindiket jual MyKad

PENGKHIANAT NEGARA: Mohd. Faizul Arifin, 34 Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang bersama Datuk Lai Chin Wah dan 4 lagi didakwa. MyKad dijual kepada warga China RM100K hingga RM600K.

GEORGE TOWN: Seorang penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara ( JPN) Pulau Pinang antara enam individu yang dihadapkan  di Mahkamah Sesyen Jenayah, George Town atas 32 pertuduhan terlibat dalam sindiket penjualan MyKad dan sijil kelahiran sah kepada warga asing.

Mohd. Faizul Arifin, 34,  berdepan 11 pertuduhan masing-masing dua di bawah Seksyen 26E Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM), empat di bawah Seksyen 466 Kanun Keseksaan dan lima di bawah Peraturan 25 (1) (i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990.



Turut didakwa dibawah seksyen sama ialah lima individu iaitu Datuk Lai Chin Wah, 56; Mohd Faizal Tan Abdullah, 66; Yap Cheng Wah, 44, Chien Guan Chai, 36; dan Loh Chan Cheong, 34.

Kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan hakim Norsalha Hamzah di Mahkamah Sesyen Jenayah 1 .

Mengikut pertuduhan Mohd Faizul didakwa telah mengeluarkan dokumen pengenalan diri fraud iaitu sijil kelahiran Malaysia dan kad pengenalan Malaysia atas nama individu disyaki warga China bagi maksud memudahkan suatu perbuatan penyeludupan migran.Kesalahan itu dilakukan  di Ibu Pejabat JPN di Jalan Anson, Georgetown di antara Januari hingga Februari lalu.

Bagi pertuduhan itu, tiada pengakuan direkodkan semua tertuduh.

Sementara itu, di mahkamah berasingan , Mohd Faizul Arifin mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan di bawah seksyen 466 Kanun Keseksaan kerana memalsukan dokumen daftar beranak iaitu sijil kelahiran Malaysia.

Dia juga berdepan lima pertuduhan dibawah peraturan 25(1) (i) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana mengeluarkan lima kad pengenalan di atas nama disyaki warga China.

Manakala empat lagi tertuduh, Lai Chin Wah, Yap Cheng Wah, Chien Guan Chai, dan Loh Chan Cheong, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan di bawah seksyen 466 Kanun Keseksaan.Pengakuan dibuat sebaik pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Mazdi Abdul Hamid di Mahkamah Sesyen Jenayah 2 pada Khamis.

Mengikut pertuduhan kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan iaitu menjual sijil kelahiran  dan Mykad Malaysia atas nama individu disyaki warga China bagi maksud memudahkan suatu perbuatan penyeludupan migran.

Kedua-dua hakim tidak menawarkan sebarang jaminan kepada semua tertuduh dan kes akan disebut semula pada 18 September ini.

Pasukan pendakwaan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaraya Yusaini Amer Abdul Karim dibantu Timbalan Pendakwaraya Mohd Amril Johari, Noor Azura Zulkiflee, Farah Aimy Zainul Anwar, Yazid Mustaqim Roslan dan Syafiq Sazali .

Kemua mereka diwakili peguam Sukhindarphal Singh, Datuk Ranjit Singh Dillon, Dr. N Ahilan, dan Lee Kean Wooi.

Pada Rabu, polis mendedahkan berjaya membongkar sindiket penjualan dokumen pengenalan diri MyKad kepada warga China di negeri ini yang didalangi pegawai JPN negeri.

Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan pasport oleh seorang pemegang MyKad sah namun didapati tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dipercayai berlaku pada Mei lalu.

Ekoran itu, polis yang menjalankan siasatan berjaya membongkar sindiket berkenaan yang dikatakan mengaut keuntungan antara RM100,000 hingga RM600,000 hasil jualan MyKad sah berkenaan kepada warga asing dan menahan 20 individu setakat ini bagi membantu siasatan.

JPN terhantuk baru tengadah

Sementara itu, agensi berita nasional Malaysia, Bernama, melaporkan bahawa JPN sedang mengkaji semula prosedur pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan susulan pembongkaran aktiviti berkenaan.

Laporan itu memetik kenyataan oleh JPN yang mengatakan bahawa jabatan berkenaan mahu memastikan proses pengeluaran dokumen-dokumen tersebut dibuat mengikut langkah yang ditetapkan di dalam Akta Pendaftaran Negara 1959.

Selain itu, JPN juga telah melancarkan siasatan dalaman bagi memastikan perkara berkenaan tidak berulang lagi di masa hadapan.

"JPN tidak akan melindungi mana-mana pegawai atau staf yang didapati terbabit dalam aktiviti yang mampu menggugat keselamatan dan kedaulatan negara," kata jabatan itu dalam kenyataan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Selepas mengaku beri MyKad kepada rakyat China, JPN lapor polis ‘aduan rakyat’ di laman sosial ]

Selepas mengaku beri MyKad kepada rakyat China, JPN lapor polis ‘aduan rakyat’ di laman sosialMemalukan- Ketua Pengarah JPN sepatutnya meletak jawatan

19 Comments