Petisyen rakyat: Pertimbangan semula henti lesen mesin slot di Sabah
18:09 Sep 22, 2019  |  By SabahKini2
Petisyen rakyat: Pertimbangan semula henti lesen mesin slot di Sabah

Ketua Pemuda, Parti Gagasan Rakyat Sabah, Patrick Chong menggerakan kempen petisyen rakyat bagi membantu Pekerja-pekerja Kelab Rekreasi yang bakal dibuang selepas peraturan henti lesen mesin slot di Sabah

Petisyen bantahan orang awam, berhubung kenyataan Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Haji Jaujan Haji Sambakong baru - baru ini bahawa lesen perjudian mesin slot tidak akan diperbaharui oleh Kerajaan Negeri ternyata telah mendapat banyak sokongan daripada orang awam.

Adalah dianggarkan antara 2000 - 2500 rakyat tempatan yang bekerja di kelab kelab rekreasi ini bakal kehilangan mata pencarian makanan mereka. Petisyen melalui laman sosial ini telah pun mendapat sokongan simpati, melebihi daripada 2500 setakat ini walaupun hanya dilancarkan sejak seminggu lalu oleh seorang netizen yang prihatin. 

[PETISYEN- Mempertimbangkan semula pemberhentian lesen mesin slot di Sabah ]


https://www.change.org/p/kerajaan-negeri-sabah-mempertimbangkan-pemberhentian-lesen-slot-mesin-di-sabah?recruiter=897674951&utm_source=share_petition&utm_medium=facebook&utm_campaign=psf_combo_share_abi&utm_term=petition_show&recruited_by_id=921a6790-ae54-11e8-a953-e93edee4fb17&share_bandit_exp=abi-17814345-en-GB&share_bandit_var=v0&utm_content=fht-17814345-en-gb%3Av5

Menyentuh perkara ini, Ketua Pemuda, Parti Gagasan Rakyat Sabah, Patrick Chong berkata, untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas, beliau telah mengambil initiatif untuk bertemu dengan beberapa pekerja yang terlibat dimana mereka telah meluahkan rasa kerisauan dan sedih dengan tindakan mengejut kerajaan tanpa mengambil-kira masalah yang bakal menimpa terhadap kehidupan seharian mereka.

Ada diantara mereka ini yang datang jauh dari pendalaman kampung, ada yang sudah bertahun lama bekerja dalam industri ini dari usia yang muda lagi , lebih-lebih lagi kepada mereka yang bergelar ibu tunggal, dimana mereka perlu menanggung kos persekolahan anak anak selain daripada perbelanjaan harian yang lain. 

Mereka juga menjelaskan kelebihan untuk bekerja di kelab rekreasi ini adalah majikan tidak melihat dari segi pendidikan sekolah yang tinggi atau pengalaman kerja, maka ini memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang tempatan yang kurang berpendidikan. 

Sepanjang tempoh mereka bekerja, mereka juga berpeluang membuat kerja amal bersama seperti kempen derma darah, menerima baju terpakai untuk didermakan kepada rumah anak yatim dan pusat dialisis yang bertempat di Tanjung Aru.

Oleh itu, Patrick menggesa pihak kerajaan supaya meneliti semula keputusan sebelum ini dan melihat kesemua sudut terutamanya untuk kebajikan pekerja dan keluarga mereka. Pihak Kerajaan perlu mengutamakan ekonomi dan kebajikan masyarakat tempatan katanya. Jika masalah ini tidak diselesaikan dengan baik, maka kita bakal menyaksikan salah satu pengangguran terbesar di negeri ini, juga masalah sosial yang bakal meningkat, tambah Patrick.

 [Nota- Artikel ini dihantar melalui emel]

12 Comments