[VIDEO] 'Nick' Gengster China dalang gaduh Centre Point Sabah?
12:09 Sep 24, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] 'Nick' Gengster China dalang gaduh Centre Point Sabah?

Benarkah insiden gaduh di Centre Point didalangi Gengster China bernama 'Nick' atau digelar Nick Pendek. Ada yang kata dia Sarawakian namun ramai kata dia dari China dan kumpulan sering ke Sabah. Isunya mengapa Gengster China begitu berani?

Video yang tular

Pusat beli-belah Centre Point di Kota Kinabalu Sabah, gempar selepas berlaku ‘pertempuran’ antara dua kumpulan, petang semalam.

Kejadian yang menyaksikan sekumpulan individu dipercayai membabitkan lebih 20 orang itu dirakam saling membaling kerusi sebelum tular di media sosial sejak malam tadi.

Rakaman berdurasi 37 saat itu dipercayai dirakam oleh pengunjung pusat beli-belah sebelum dimuat naik menerusi Facebook dan WhatsApp. Turut ditular video berdurasi 27 saat menunjukkan wajah beberapa individu yang terlibat.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, polis sudah mengenal pasti individu dipercayai terbabit dalam pergaduhan berkenaan.

Namun katanya, setakat ini belum ada tangkapan dilakukan dan polis akan mengesan semua individu yang terbabit dalam insiden pergaduhan berkenaan.

“Setakat ini belum ada tangkapan tapi kita sudah kenal pasti individu yang terbabit. Polis minta mereka segera tampil untuk membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati seorang pemilik kedai cedera dipukul dalam insiden berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Habibi berkata, pemilik kedai berusia 29 tahun itu dikatakan diserang oleh beberapa lelaki sebelum beberapa rakan mangsa mangsa membantu dan tercetus pergaduhan.

“Setakat awal, mangsa menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) sebagai pesakit luar dan motif pergaduhan masih dalam siasatan,” katanya.

Bukti Ah Nick Gengster China

Menurut sumber lain insiden itu didalangi seorang Cina China dikenali sebagai ‘Nick’ 27 tahun yang dikaitkan dengan Gengsterisme selain beberapa cina luar iaitu dari China. Ada yang mengatakan beliau adalah Cina Sarawakian.

Budak Gengster bertatoo ini jelas ada dalam video. Geng ini dah lama bergaduh. Centre Point hanyalah kemuncak

Antara tangkap layar dalam Facebook mengenai 'Nick Pendek'

Dalam satu kenyataan Centre Points Sabah insiden itu dikaitkan dengan kumpulan tempatan Sabah dan kumpulan cina.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata.

 

Sementara itu Polis Sabah sedang memburu seorang lelaki bernama 'Derek' antara dalang lain insiden pergaduhan dua kumpulan di restoran Centre Point itu. 

Beberapa netizen memberi komen Derek dan 'Nick Pendek' ini bergaduh lebih awal lagi. Bagaimanapun berpanjangan di Centre Point. Pihak polis wajar menangkap kedua-dua kumpulan ini terutama Nick yang dikaitkan dengan Gengster China. Bagaimana kumpulan ini bebas di negeri Sabah. Kerana dia kaya serta ada wang atau punya kabel yang bagus tidak bermakna dia boleh dilepaskan.

 

19 Comments