Setiausaha Politik Menteri Pendidikan lapor polis nafi terima kereta mewah
05:09 Sep 28, 2019  |  By SabahKini2
Setiausaha Politik Menteri Pendidikan lapor polis nafi terima kereta mewah

Mahmood Kassim SUPOL Menteri KPM menafikan dia menerima kereta mewah dari kontraktor. Vellfire dibeli atas nama isteri (Guru) melalui pinjaman bank RM250 ribu. Harga kereta RM280k. Mungkin ada kontraktor berdendam dengannya...

PUTRAJAYA: Setiausaha Politik kepada Menteri Pendidikan, Mahmood Kassim menafikan beliau menerima kereta Toyota Vellfire dari kontraktor seperti yang didakwa sebuah blog hari ini.

Beliau percaya fitnah yang disebarkan itu adalah langkah terdesak pihak tertentu yang mahu menjatuhkan kredibiliti Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Katanya, beliau akan berbincang dengan peguam sebelum mengambil tindakan saman terhadap pemilik blog dan penulis artikel yang tidak bertanggungjawab itu.

“Saya sudah membuat laporan polis terhadap blog captainm777.wordpress yang secara jelas membuat fitnah dengan mengatakan bahawa kontraktor memberi Toyota Vellfire kepada saya (Setiausaha Politik Menteri Pendidikan).

Blog Captain M

“Selain laporan polis, saya sudah membuat laporan sama kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Diharapkan polis dan SKMM dapat mengambil tindakan selanjutnya,” katanya kepada BH selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, di sini hari ini.

Mahmood berkata, ketika laporan polis dibuat, pihaknya turut melampirkan dokumen pembelian kereta terbabit.

“Dokumen itu menyatakan pihak saya membuat pinjaman bank sebanyak RM250,000 menggunakan nama isteri saya dan bayaran sebanyak RM2,827 perlu dibuat dalam tempoh sembilan tahun.

“Ia sekali gus menafikan tuduhan jahat ke atas diri saya,” katanya.

Sementara itu Facebook Amran Fans turut melampirkan dokumen pinjaman kenderaan Vellfire itu atas nama isteri Setiausaha Politik Menteri Nurul Huda binti Hassan (Seorang Guru) beralamat di No. 10, Jalan Presint 16 Putrajaya yang dijamin oleh Mahmood sendiri.

Vellfire atas nama Isteri seorang Guru- Sama ada Gred DG48 atau DG52 belum dapat dipastikan

Beliau tidak menolak kemungkinan ada kontraktor yang tidak berpuas hati kepadanya susulan laporannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kontraktor yang menggunakan penyata akaun palsu bagi mendapatkan tender di Kementerian Pendidikan, baru-baru ini.

Dalam satu tangkap layar facebook Najib Tun Razak turut menyindir Dr Mazlee Menteri Pendidikan berhubung pegawai-pegawai di pejabat Menteri Pendidikan itu.

"Dah berapa ramai pegawai Maszlee tinggalkan dia?Saya rasa kalau dia buka Facebook baca komen, lebam mata dia menangis hari-hari. Seluruh Malaysia tak sehaluan dengan dia.

"Eh, dia tak menangis ke cerita pasal Setiausaha Politik dia yang tersebar ketika ni?". katanya

Hari ini semua media seperti Berita Harian, Utusan, Sinar Harian, Malaysia GazetteBernama dan lain-lain melaporkan penafian Mahmood Kassim Setiausaha Politik Menteri Pendidikan itu. 

1 Comment