DAP Sabah pula anjur 'Projek IC'?
13:09 Sep 28, 2019  |  By SabahKini2
DAP Sabah pula anjur 'Projek IC'?

Benarkah kini OKK Julius Favianus selaku Ketua Daerah Keningau yang juga DAP Keningau menyokong ‘Projek IC’?

3 Oktober 2018 Parti DAP Keningau memprotes Warisan dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kerana melantik pegawai agensi kerajaan, pegawai daerah, ahli majlis daerah dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) secara tidak adil di kalangan parti komponen.

DAP bantah Warisan monopoli jawatan PPMJulius ketika Pengarah Pendidikan Politik DAP Parlimen Keningau. Kini dah dapat jawatan baharu

[ARTIKEL BERKAITAN- DAP bantah Warisan monopoli jawatan PPM ]

Julius Favianus sebelum ini adalah Pengarah Pendidikan Politik DAP Parlimen Keningau namun menurut satu dokumen Mahkamah Anak Negeri yang tular Julius kini OKK Julius Favianus @Mohd Hafiz Abdullah, Ketua Daerah Keningau. Mungkin hasil dari bantahan DAP sebelum ini.

Baru-baru ini tular ‘Checklist’ bertajuk “Dokumen yang diperlukan untuk mana-mana pemohon bagi mendapatkan status warganegara Malaysia dan seterusnya layak memohon Kad Pengenalan MyKad yang Sah”, yang mengundang rasa tidak selesa rakyat di negeri ini.

Dokumen yang biasa diperlukan untuk permohonan Kewarganegaraan.

Jika benar OKK Julius Favianus selaku Ketua Daerah Keningau menyokong ‘Projek IC’ seumpama itu ia satu pengkhianatan peribumi Sabah melalui DAP menggunakan Mahkamah Anak Negeri.

Jika di Pulau Pinang baru-baru ini Pegawai JPN Negeri bersama Datuk Lai Chin Wah dan 4 lagi ditahan kerana sindiket menjual MyKad sehingga RM350 ribu, tindakan Julius DAP Sabah ini juga nampaknya boleh dikaitkan dengan sindiket ‘Projek IC’.

“Jika setiap sokongan dokumen dibayar beribu ringgit melalui sokongan Ketua Daerah sudah tentu ramai yang sanggup membayarnya demi MyKad”. kata sumber

 

 

 

 

 

4 Comments