Tidak hormat Lagu Kebangsaan dianggap lagu ‘Malaya’ 7 Cina Sarawak dipanggil beri keterangan
12:10 Oct 01, 2019  |  By SabahKini2
Tidak hormat Lagu Kebangsaan dianggap lagu ‘Malaya’ 7 Cina Sarawak dipanggil beri keterangan

Tidak dapat bezakan antara kebencian politik dengan maruah negara Kem S4S bukan sahaja tak hormat Lagu Kebangsaan malah menghina Lagu Kebangsaan sebagai lagu “Malaya”,

 

KUCHING: Berpolitik tidak matang, Polis memanggil tujuh individu untuk memberi keterangan berhubung tindakan mereka didakwa tidak berdiri sebagai tanda hormat ketika Lagu Kebangsaan dimainkan pada satu majlis, di sini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar, berkata laporan polis sudah diterima mengenai kes berkenaan.

“Berdasarkan laporan ini, polis sudah memulakan siasatan mengikut Seksyen 8 (3) Akta Lagu Kebangsaan 1968.

“Mereka dipanggil memberi keterangan susulan didakwa enggan berdiri bagi menghormati Lagu Kebangsaan.

“Tindakan itu didakwa dilakukan pada satu majlis di sebuah hotel di bandar raya ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengikut akta itu, jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak lebih RM100 atau penjara tidak lebih sebulan, kerana menunjukkan sikap tidak hormat terhadap Lagu Kebangsaan.

Pada Jumaat lalu, tular video sekumpulan individu dipercayai ahli atau penyokong Sarawak for Sarawakians (S4S), sekadar duduk ketika Lagu Kebangsaan berkumandang pada satu majlis di sini.

Difahamkan, tindakan itu dilakukan oleh kumpulan pendesak Sarawak For Sarawakians (S4S) yang memperjuangkan hak Sarawak

Jurucakap S4S, Shaow Tung Leong yang juga dikenali sebagai Alex Leong berkata “Malaya” bertindak “sangat tidak adil” terhadap Sarawak

Katanya, Negaraku ialah lagu kebangsaan “Malaya”, bukannya lagu kebangsaan persekutuan.

 

 

 

3 Comments