Pemindahan Ibu Negara Indonesia Beri Manfaat Besar Kepada Sabah – Shafie
09:10 Oct 02, 2019  |  By SabahKini2
Pemindahan Ibu Negara Indonesia Beri Manfaat Besar Kepada Sabah – Shafie

KeputusanIndonesia, ibu negara dipindahkan ke Kalimantan akan memberi banyak manfaat bukan hanya di Kalimantan tetapi kepada Sabah ,Sarawak dan Brunei.

BALIKPAPAN - Pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan akan memberi manfaat besar kepada Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Justeru, beliau berkata kerajaan negeri bersedia menawarkan dan menerokai sektor yang sesuai di Kalimantan khususnya di Kalimantan Timur dan Kalimantan Utara.

“Apabila lihat keputusan ibu negara dipindahkan ke Kalimantan, kita berharap banyak manfaat bukan hanya di Kalimantan  tetapi kepada Sabah ,Sarawak dan Brunei.

“Ini sejajar dengan pelaburan di negara jiran yang turut menjadi tumpuan kerajaan negeri Sabah,” katanya semasa melakukan kunjungan hormat kepada Gabenor Kalimantan Timur, Isran Noor di sini, hari ini.

Ia sempena lawatan kerja tiga hari beliau ke Balikpapan dan Tarakan bermula hari ini.

Dalam lawatan itu, beliau diiringi oleh dua timbalan ketua menteri Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Christina Liew serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Hashim Paijan.

Menurutnya terletak dalam kepulauan Borneo, Sabah dan Kalimantan  mempunyai jalinan serumpun yang rapat khususnya kebudayaan, kesenian dan ekonomi.

Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Mohd Shafie berkata kerjasama dalam bidang pelancongan antara sektor yang dikenal pasti akan dipertingkatkan antara Sabah dan Kalimantan Timur.

Katanya kehadiran ramai pelancongan ke Sabah dapat dikongsi bersama dalam rantau ini.

“Ini antaranya menawarkan pakej pelancongan secara bersama kepada pelancong untuk datang ke Sabah dan ke Kalimantan,” katanya.

Dalam pada itu, Isran berkata sektor pendidikan dan pelancongan antara sektor telah dibincangkan untuk ditawarkan kerjasama antara Sabah dan Kalimantan Timur.

“Kita akan mengenal pasti bidang yang sesuai berasaskan keutamaan serta dilaksanakan secepat mungkin,” katanya.

Menurut beliau, turut diberi keutamaan untuk direalisasikan adalah pelaksanaan penerbangan terus dari Kota Kinabalu ke Kalimantan Timur antaranya ke Balikpapan dan Samarinda.

 BERNAMA

Comment