Memalukan! Ketua Wira Warisan 'PTI' menipu plat kenderaan mewah Toyota Land Cruiser KW171
17:10 Oct 02, 2019  |  By SabahKini2
Memalukan! Ketua Wira Warisan 'PTI' menipu plat kenderaan mewah Toyota Land Cruiser KW171

Jawatan Ketua Wira je! Bayangkan belum jadi Ahli Parlimen dah tunjuk menipu. Berlagak macam MP dengan kereta mewah Land Cruiser nombor plat PALSU KW171 konon!. Pendaftaran palsu satu kesalahan besar. Jadi pegawai UMS Gred 32 je. Mana dapat kemewahan?

JULAI lalu Portal Sabahkini2 telah mendedahkan siapa sebenarnya Jumardie Lokman yang berasal dari Makasar (Ibubapanya masih di Makasar) yang dapat projek IC serta tidak punya keluarga di Sabah tinggal di Telipok dan hanya punya keluarga di rumah mentua di Putatan. Beliau berkahwin dengan Puteri UMNO.

Kini beliau megah sebagai Ketua Wira Warisan P.171 Sepanggar dan berjawatan Gred 32 di Fakulti Kejuruteraan UMS. Di PRK Sandakan beliau memperkenalkan slogan PTI "Sabah kita punya"

[ARTIKEL BERKAITAN- Ketua Wira 'Projek IC' Nafi senada KM, Timbalan Ketua Wira Warisan bantah Pelantikan NC UMS? ]

Ketua Wira 'Projek IC' Nafi senada KM, Timbalan Ketua Wira Warisan bantah Pelantikan NC UMS?

Disaat Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah, Mohd. Ismail Ayub Timbalan Ketua Wira Warisan Sabah serta pemimpin Warisan secara terbuka mengecam pelantikan Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jumardie tiba-tiba U-turn menafikan beliau terlibat sama membidas Naib Canselor itu. Wal hal semua tahu arahan menentang pelantikan Naib Canselor itu.

Mahu jadi MP Sepanggar dan gaya mewah

Jumardie Lokman sudah bercita-cita mahu menjadi Ahli Parlimen Sepanggar. Katanya Dato’ Azis Jamman orang luar dan dia bakal kembali ke Parlimen Semporna. Jadi dia perlu bersiap sedia untuk mencatat rekod orang Makasar boleh menjadi wakil rakyat di Sabah.

Oleh itu dia perlu banyak mengadakan program atas namanya sebagai Ketua Wira. Gaya hidup juga telah berubah seperti seorang Ahli Parlimen. Pakaian mahal-mahal dan semua serba mahal.

Malah beliau telah menguar-uarkan tahun ini dia bakal mendapat pingat Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) bergelar Datuk.  Beliau melobi kuat walau tak sedar dia penjawat awam Gred 32. Barangkali atas sumbangan sebagai penipu KW171 lah  tu. Dapatlah gelaran Datuk Penipu nanti.

Semakin kaya- duit mana? Gaji gred 32 tapi mewah

Pegawai Gred 32 UMS gaji tidak sampai RM3000 sebulan tetapi memiliki Kenderaan Mewah Toyota Land Cruiser (Ninja King) berwarna hitam. Dari mana dapat wang? Komisen projek ke?atau rasuah mana-mana.

Tanya orang Sepanggar semua tahu dia memiliki kereta mewah baru atas Nombor Pendaftaran KW171. Tagline beliau pun KW171. Malangnya kereta mewah itu di bawa ke hulu ke hilir masuk kawasan tanpa cukai jalan dan didaftarkan atas nombor palsu yang bukan miliknya.

 JL KW-PI71- Kereta KW171?

KW171 didaftarkan atas motosikal

Semakan menunjukkan KW171 masih lagi didaftar atas motosikal kepunyaan Ridzuan bin Ayob beralamat Kg Alor Melintang MK Anak Bukit Alor Setar Kedah.


KW171 yang PALSU

Bagaimana seorang Ketua Wira boleh mempamerkan nombor pendaftaran palsu dan memandu kenderaan yang tidak didaftarkan? Orang kanan Dato’ Azis Jamman Timbalan Menteri KDN boleh ke bersikap begini? Dilindungi dan kebal dari undang-undang? Tak kan sama perangai dengan Farish pegawai khas skodeng bawah skirt itu?


Berani tak Datuk Azis Jamman Timbalan Menteri KDN yang juga MP Sepanggar ambil tindakan
kepada Ketua Warisan Sepanggar jika ada laporan?

Kesalahan plat palsu boleh didakwa mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya. Selain Seksyen 7 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 memiliki kenderaan tidak berdaftar. Selain tiada cukai jalan.

Ramai saksi melihat Jumardi Lokman dengan kenderaan KW171

Terdapat ramai saksi di kawasan Sepanggar Jumardie menggunakan nombor palsu itu. Turut tular ialah video ketika beliau merasmikan satu program di Sepanggar turun dari kenderaan mewah KW171 itu.

Apakah ini belum cukup untuk mendakwa atau menangkap Jumardie Lokman PTI yang menipu nombor pendaftaraan kenderaan?

Mohon pihak-pihak tertentu di Sepanggar ambil gambar kenderaan mewahnya serta lapor kepada polis atau JPJ berdekatan. Mempamer nombor Pendaftaran palsu serta tidak mendaftarkan kenderaan adalah kesalahan serius. Jika hal begini pun pemimpin jenis ini sudah pandai menipu apa lagi  kalau mereka sudah berkuasa nanti.

 Bukti Video - Macam MP tapi tak ramai datang

 Megah berlagak kaya dengan nombor kereta palsu

Ketua Wira Warisan Sepanggar Jumardie Lokman dan Datuk Azis Jamman MP Sepanggar harus menjelaskan penipuan ini kepada rakyat. 

70 Comments