(VIDEO) RM155 bilion dirampas di rumah bekas Datuk Bandar Haikou, China.
17:10 Oct 04, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) RM155 bilion dirampas di rumah bekas Datuk Bandar Haikou, China.

13.5 tan emas dan merampas wang tunai sebanyak AS$ 37 bilion (RM155 bilion) selepas menyerbu rumah bekas datuk bandar paling rasuah di China

 

BEIJING: Polis China menemui 13.5 tan emas dan merampas wang tunai sebanyak AS$ 37 bilion (RM155 bilion) selepas menyerbu rumah bekas datuk bandar korap di bandar Haikou, China.

Satu rakaman menunjukkan beberapa penyiasat menemui bertimbun jongkong emas dianggarkan bernilai hampir AS$500 juta (RM2 bilion) yang diletakkan di beberapa rak besi serta lantai, lapor Daily Star.

Bekas datuk bandar dan ahli Parti Komunis, Zhang Qi itu masih disiasat oleh Suruhanjaya Penyeliaan Negara terbabit.

Selain itu, bukti turut mendedahkan bahawa dia memiliki pelbagai hartanah mewah.

 

Pemimpin China, Xi Jinping sebelum ini berikrar untuk menentang rasuah sebagai dasar utama Parti Komunis.

Comment