Isteri Ketua Menteri, Bekas Setiausaha Shafie, Amarjit yang pernah direman SPRM diberi ‘Datuk’
03:10 Oct 06, 2019  |  By SabahKini2
Isteri Ketua Menteri, Bekas Setiausaha Shafie, Amarjit yang pernah direman SPRM diberi ‘Datuk’

Shafie Apdal mencipta rekod sebagai Ketua Menteri yang menyokong isteri diberi PGDK gelaran Datuk. Turut diberi Datuk ialah bekas SUSK Shafie di KKLW Izhar Idrus dan Amarjit Singh yang kini Pengarah JANS. Kedua-duanya dilokap SPRM sebelum ini

KOTA KINABALU: Tokoh perniagaan Sabah pemilik Azam Jaya, Joseph Lo Tain Foh mengetuai senarai 1,282 penerima anugerah negeri sempena ulangtahun kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin.

Lo, bersama bekas setiausaha kerajaan negeri KY Mustafa, dan Marcel Leiking, bapa kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking (Disokong Darell) menerima anugerah tertinggi Sabah, Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK), yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima.

Anugerah kedua tertinggi negeri, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK), yang membawa gelaran Datuk, dianugerahkan kepada 68 individu, diketuai isteri Ketua Menteri Shafie Apdal, Shuryani Shuaib.

Setakat ini tiada dalam mana-mana negeri di Malaysia seorang Ketua Menteri atau Menteri Besar menyokong isteri sendiri mendapat anugerah Datuk ketika berkuasa. Hanya Sabah mencatatkan rekod tersendiri sempena ulangtahun kelahiran Yang di-Pertua Negeri Sabah kali ini.

Penerima lain termasuk Pengarah Jabatan Air Amarjit Singh yang kontroversi sebelum ini direman SPRM kerana kes rasuah Bekalan Air Negeri Sabah ketika itu beliau adalah konsultan kepada projek Loji Air Sg Intan Semporna. Beliau dilantik menjadi Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah dan memadam semua bukti-bukti kes di JANS melibatkan KKLW. 

Amarjit Singh Jurutera direman SPRM kini dilantik Pengarah Jabatan Air Sabah

[ARTIKEL BERKAITAN- Amarjit Singh Jurutera direman SPRM kini dilantik Pengarah Jabatan Air Sabah ]

Turut mengejutkan pemberian Datuk kepada bekas Setiausaha Sulit Kanan Datuk Seri Shafie Apdal di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang turut direman SPRM pada oktober 2017 iaitu Izhar Idrus.

 

Izhar Idrus direman SPRM

Selepas Shafie Apdal ditahan SPRM pada 19 Oktober 2017 dua bekas pegawai Shafie Apdal, Izhar Idrus dan Zamri Maulan turut direman SPRM di KLIA.

Izhar Idrus pernah dilantik sebagai Pegawai Tugas-tugas Menteri KKLW sebelum naik pangkat sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) Menteri KKLW menggantikan Dato' Abd Karim Mustafa. Zamri Maulan adalah bekas Setiausaha Akhbar Menteri KKLW.

Izhar bersekongkol dengan Norhartaty Rahmat pemilik wang RM29 juta yang misteri

Turut ditangkap ialah Hartaty Rahmat bekas TSUB Infrastruktur KKLW merupakan saksi penting kerana beliaulah pegawai kesayangan utama Shafie Apdal memproses segala dokumen berkaitan penyelewengan RM1.5 bilion daripada RM7.5 bilion yang diperuntukkan kerajaan persekutuan kepada Sabah menerusi KKLW antara 2009 hingga 2015.

PTD Gred 54 miliki akaun RM29 juta tidak didakwa demi selamatkan Shafie Apdal?
Hartaty Rahmat bekas TSUB Infrastruktur KKLW memiliki RM29 juta tidak didakwa. Malah dinaikkan pangkat
sebagai SUB di Kettha (KATS)

Sehingga kini terus misteri bagaimana Norhartaty seorang penjawat awam yang kaya-raya senang lenang, gaya mewah, sentiasa melancong ke luar negara dan mempunyai wang RM29 juta tidak didakwa di bawah Akta SPRM2009 atau AMLA? Rumah dan aset lain tidak disita. Malah SPRM gagal menjawab kedudukan Norhartaty hingga kini.

[ARTIKEL BERKAITAN- PTD Gred 54 miliki akaun RM29 juta tidak didakwa demi selamatkan Shafie Apdal? ]


Kredit infografik- media sosial

Rangkaian Norhartaty dan Izhar Idrus inilah yang memudahkan berbilion wang rakyat disalurkan kepada syarikat tertentu untuk mereka mengutip komisen projek.

Mungkin pemberian anugerah Datuk kepada Izhar Idrus dan Amarjit Singh adalah menghargai jasa-jasa mereka sebagai saksi menutup kes rasuah Shafie Apdal sebelum ini.

 

 

Sapu projek KPLB untuk Sabah!

Rangkaian rasuah Shafie Apdal sangat licik. Yang menjadi mangsa ialah pegawai. Namun oleh kerana mereka menjadi saksi menutup mulut maka hadiah dianugerahkan ialah gelaran Datuk. Sehingga sekarang Izhar Idrus kekal sebagai Setiausaha peribadi Datuk Shafie bagi mengurus projek Shafie di Semenanjung. Malah semua projek KPLB di Sabah melalui Izhar Idrus ini berurusan dengan Menteri serta pegawai KPLB. Banyak projek-projek KPLB di Sabah dibolot oleh mereka. Bagi projek atau pelabur dari Semenanjung yang mahu masuk ke Sabah mesti melalui Izhar Idrus ini. 

Terbaru Izhar mendapat projek Jalan KPLB RM 15 juta dan sekarang sedang melobi Projek Bekalan Air Luar Bandar (BALB) Semporna RM140 juta.Inilah kuda Shafie berurusan dengan KPLB sekarang.

Sekarang lebih sedap Datuk Izhar Idrus menjual namanya sebagai Pegawai Khas Ketua Menteri Sabah. Banyaklah lagi mereka akan rembat. Kamu rakyat dapat apa?

 

7 Comments