PKR Sabah lemah di bawah Christina, Anwar luluskan Salleh masuk PKR 25 Ogos 2019
08:10 Oct 06, 2019  |  By SabahKini2
PKR Sabah lemah di bawah Christina, Anwar luluskan Salleh masuk PKR 25 Ogos 2019

Mengapa MPN Sabah tidak senang dengan kemasukkan Salleh Said Keruak dalam PKR? Anwar pula perlukan pemimpin seperti Salleh. Pengalaman dan kewangan. Anwar Presiden dia berkuasa melantik sesiapa yang dia mahu. Malah sejak 25 Ogos Salleh sudah diluluskan.

Dari sebuah desas-desus pertemuannya dengan Anwar Ibrahim kini Salleh Said Keruak sah menyertai PKR selepas tangkap layar sistem dalam talian PKR yang bertanda “LULUS” sejak 25 Ogos 2019 tular dalam laman sosial dan aplikasi whatapps.

Ini bermakna kehadiran Anwar Ibrahim pada 17 September 2019 di Kota Belud merasmikan majlis USBO, Salleh Said Keruak sudah bergelar sebagai ahli PKR.

Christina dan Mustapa Timbalan PKR Sabah sanggup bertemu Anwar di rumahnya bagi membatalkan
program Salleh Said ini.
Bagaimanapun Anwar bertegas hadir. Betapa kuatnya pengaruh Salleh Said Keruak

Bagaimanapun kemasukan Salleh Said Keruak dalam PKR mengundang rasa tidak senang daripada pemimpin PKR negeri. Mungkin bimbang kedudukan mereka memandangkan kemasukkan Salleh diluluskan Anwar Ibrahim.

Ketua Cabang PKR Semporna Mohd Amin Abdul Mem yang juga ahli Majlis Pimpinan Negeri menjadi jurucakap Christina dan kemnya  tidak senang keputusan Anwar Ibrahim itu. Bagi mereka bekas menteri kabinet, Ketua Menteri Sabah dan Bendahari UMNO itu diluluskan tanpa persetujuan kepimpinan PKR Sabah. Mereka melakukan sekali lagi kepada Salleh Said sebagaimana kemasukan Datuk Osman Jamal sebelum ini.

“Ini tidak masuk akal dan bertentangan dengan dasar serta prinsip parti.

“Pimpinan pusat sepatutnya lebih tegas dan berhati-hati apabila menerima bekas pemimpin Umno Sabah. katanya

Jawapan Salleh Said

Sementara itu Salleh Said Keruak mengesahkan kemasukannya dalam PKR serta berpendapat PKR sesuai dengan dirinya sebagai parti berbilang kaum.

“Saya ingin membantu PKR dalam membawakan politik progresif berbilang kaum yang mengutamakan kestabilan dan kesederhanaan, terutamanya di negeri Sabah katanya dalam satu kenyataan diblognya.

“Saya percaya langkah yang saya ambil ini adalah langkah yang betul buat diri saya.

“Saya percaya saya boleh menyumbang ke arah kestabilan dan kemakmuran Sabah khususnya, dan Malaysia amnya, menerusi penglibatan saya dalam PKR,” tambah Salleh.

Semasa dalam kabinet Najib Razak, Salleh antara yang sangat kuat mempertahankan Perdana Menteri.

Bagaimanapun pada Disember 2018 Salleh dan 21 ketua bahagian Umno Sabah yang keluar parti. Salleh kekal tidak berparti selepas tidak diterima oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia April lalu.

Salleh memimpin Sabah antara 1994 dan 1996 ketika negeri itu mengamalkan sistem penggiliran ketua menteri.

Pada pilihan raya umum yang lalu, beliau kalah kerusi Parlimen Kota Belud kepada anak saudaranya Isnaraissah Munirah Majlis dari Parti Warisan Sabah, yang sekarang timbalan menteri tenaga, teknologi, sains, perubahan iklim dan alam sekitar.

Salleh antara pemimpin politik Sabah yang melalui naik turun namun sentiasa bijak meletakkan kedudukannya dalam parti politik di negara ini.

Apakah suatu hari nanti Salleh Said Keruak bakal memimpin PKR ketika Anwar Ibrahim berkuasa? Pimpinan PKR Sabah di bawah Christina Liew sekarang amat lemah dan ‘tikam belakang’ dengan Anwar Ibrahim. Anwar perlukan pemimpin pandai bekerja, setia, punya wang dan boleh mempertahankan bosnya

Kualiti itu ada pada Salleh Said Keruak!

 

6 Comments