Kerajaan Negeri belanja RM11.6 juta beli Mercedes-Benz E 350 untuk kabinet negeri?
18:10 Oct 06, 2019  |  By SabahKini2
Kerajaan Negeri belanja RM11.6 juta beli Mercedes-Benz E 350 untuk kabinet negeri?

Benarkah Kerajaan Negeri membeli kenderaan mewah Mercedes-Benz E 350 berharga RM399,888 untuk Ahli Kabinet Negeri?Tular gambar kenderaan bernombor pendaftaran SWA telah sedia di Sabah untuk kabinet negeri itu.

 

Menurut yang menguruskannya kereta mewah untuk kabinet negeri Sabah telah sampai di Sabah

KOTA KINABALU: Disaat Kerajaan Negeri Sabah mengatakan kerajaan tiada wang siapa menyangka kerajaan yang ditunjangi Warisan ini dikatakan telah meluluskan pembelian Mercedes-Benz E 350 AMG Line kepada barisan kabinetnya.

Melalui gambar yang tular Mercedes-Benz E 350 AMG Line yang pernah dilancarkan di Malaysia pada Mac 2019 berharga RM399,888, kini bakal digunakan oleh Menteri dan pembantu menteri di Sabah. Semakan di laman web Carlist.my harga Mercedes-Benz E 350 AMG Line juga pada harga RM399,888.

Pembelian kereta mewah untuk kabinet negeri ini pasti bakal mengundang reaksi pelbagai dari netizen. Beberapa kenderaan yang bernombor pendaftaran SWA2264, SWA2256 dan lain-lain milik kerajaan negeri telah tular dalam aplikasi whatapps.

Sebelum ini dibeberapa negeri seperti Selangor, Perak, Kedah dan Kelantan antara negeri yang telah membuat pembelian kenderaan baru untuk exconya atas alasan kos penyelenggaraan kereta baru lebih rendah dan ia dilengkapi ciri keselamatan lebih baik.

Kerajaan dijangka berbelanja RM11.6 juta jika 29 orang ahli kabinet negeri (11 Menteri 18 Pembantu Menteri) diberikan kereta Mercedes-Benz E 350 yang baru ini. 

Setakat ini kerajaan negeri belum mengumumkan lagi pembelian ini.

Model kereta baru ini boleh dilihat dalam lampiran gambar di bawah.

 

 

7 Comments