Program Subsidi Petrol: 2.9 juta penerima BSH dapat manfaat tetapi hanya Semenanjung sahaja
09:10 Oct 07, 2019  |  By SabahKini2
Program Subsidi Petrol: 2.9 juta penerima BSH dapat manfaat tetapi hanya Semenanjung sahaja

Program Subsidi Petrol hanya dilaksanakan di semenanjung Malaysia sahaja manakala Sabah, Sarawak dan Labuan harga petrol kekal RM2.08 seliter,

Kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) akan mendapat manfaat daripada Program Subsidi Petrol yang dilancarkan kerajaan hari ini membabitkan jumlah tanggungan kerajaan sebanyak RM65.4 juta sebulan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata Program Subsidi Petrol akan dilaksanakan pada awal 2020 itu membabitkan kadar subsidi RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal kepada kira-kira 2.9 juta penerima.

“Program Subsidi Petrol dikhususkan kepada penerima BSH yang memiliki kenderaan mengikut kriteria ditetapkan iaitu RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal, yang akan dimasukkan ke dalam akaun 2.9 juta penerima.

“Program Subsidi Petrol hanya dilaksanakan di semenanjung Malaysia sahaja manakala Sabah, Sarawak dan Labuan harga petrol kekal RM2.08 seliter,” katanya.

Syarikat yang merekabentuk, membangun, membekal serta mengoperasikan sistem subsidi bersasar bagi RON95 (Sistem KAD95) ialah GHL Transact Sdn Bhd dengan harga RM25 juta. 

 

Comment