(VIDEO) Memalukan! kini pintu masuk negara KLIA bocor pula
12:10 Oct 08, 2019  |  By SabahKini2
(VIDEO) Memalukan! kini pintu masuk negara KLIA bocor pula

Nampaknya kegagalan rangkaian di KLIA pada Ogos lalu belum cukup memalukan negara lagi. Kali ini paip pula bocor hingga membasahi ruang laluan perniagaan runcit, Flying Emporium..

MEMALUKAN..

Kegagalan rangkaian di KLIA pada Ogos lalu baru sangat memalukan negara di mata dunia. Dunia menyaksikan pintu masuk negara disabotaj dengan mudah.  MAHB pengendali KLIA hanya muda berkata sedang disiasat.

Terbaru bumbung sebuah ruang perniagaan runcit, Flying Emporium di terminal utama Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami kebocoran serius semalam atas alasan keadaan cuaca yang melampau.

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dalam catatan Twitternya berkata insiden pada pukul 3.40 petang itu berjaya dikawal dalam tempoh kira-kira sejam kemudian.

“Pasukan operasi lapangan terbang bertindak dengan pantas menggerakkan petugas dan jentera ke sana untuk menangani keadaan,” katanya.

MAHB berkata perkara itu sedang disiasat dan tindakan bagi menambah baik infrastruktur sentiasa dilaksanakan.

“Kami ingin memohon maaf bagi sebarang kesulitan yang timbul terhadap para pelanggan dan rakan niaga kami,” katanya.

 

Comment