Adun Bingkor sanggah Menteri KPLB, jambatan gantung dibina atas Sungai Bongkulat!
15:10 Oct 12, 2019  |  By SabahKini2
Adun Bingkor sanggah Menteri KPLB, jambatan gantung dibina atas Sungai Bongkulat!

Selepas tular isu jambatan gantung yang kononnya dibina di kawasan tiada sungai kini Adun Bingkor, Robert Tawik menolak dakwaan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Benedick

KENINGAU: Adun Bingkor, Robert Tawik menolak dakwaan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Ewon Benedick terhadap sebuah jambatan gantung yang dibina di kawasan yang tidak mempunyai sungai.

“Sebenarnya jambatan gantung yang dibina merentasi sungai Bongkulat dan dakwaan Ewon tidak benar. Saya sendiri datang melawat tempat itu hari ini (Khamis),” katanya 

Katanya jambatan 75 meter (250 kaki) hanya dibina dua minggu lalu oleh kontraktor tempatan yang masih belum siap untuk menggantikan jambatan gantung sedia ada yang telah dihanyutkan oleh arus sungai Bongkulat beberapa bulan lalu.

Robert menyokong sepenuhnya pembinaan jambatan gantung sebagai kemudahan asas penduduk dan pelajar dari Kampung Tangkungan ke Kampung Kamansi dan SK Kampung Baru Bingkor di sini.

Katanya jambatan itu merupakan laluan utama oleh penduduk untuk ke kebun dan sawah padi.

Pada masa sama, beliau berkata pelajar juga menggunakan jambatan tersebut untuk ke SK Kampung Baru bagi memastikan keselamatan mereka terutamanya pada musim banjir.

Menurutnya, 300 penduduk Tangkungan menggunakan jambatan itu untuk ke kebun dan sawah padi sementara 50 pelajar menggunakan kemudahan itu untuk ke sekolah.

Robert berkata penduduk juga berterima kasih kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar Persekutuan kerana membina jambatan gantung yang membeir kemudahan kepada penduduk dan anak mereka.

“Ewon mendakwa bahawa tidak terdapat sungai adalah tidak benar dan mungkin tidak menerima maklumat yang tepat. Malah, Sungai Bongkulat merupakan cawangan Sungai Bayoyo di mana jambatan itu dibina. 

“Sebelum jambatan itu dibina, ibu bapa perlu mengangkat anak-anak untuk menyeberangi sungai. Tanpa jambatan ini, pelajar tidak dapat menghadiri sekolah jika sungai itu dibanjiri,” katanya.

Robert juga mengakui bahawa semasa lawatan Ewon ke kawasan itu pada Selasa dia tidak melihat sungai itu kerana ia ditutup dengan semak semasa musim kemarau.

Beliau berkata aliran sungai juga sangat cetek pada masa ini disebabkan oleh kemarau berpanjangan. 

Menurutnya, air sungai juga digunakan untuk sumber air di sawah padi petani di Kampung Kamansi.

Beliau memberitahu bahawa terdapat jambatan gantung di sepanjang sungai Bayoyo untuk kegunaan penduduk kampung di beberapa kampung di Bingkor.

“Saya telah memohon kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina dan membaiki jambatan gantung di kawasan saya (Bingkor),” katanya.

Dalam perkembangan lain, Robert juga menyeru kerajaan supaya jalan-jalan rosak di jambatan gantung yang menjadi jalan utama bagi penduduk tujuh kampung di sini untuk dinaik taraf.

Katanya penduduk yang menggunakan jalan itu ialah Kampung Minansut, Tangkungan, Naidat, Kamansi, Kampung Baru, Lipasu and Kandang Besar.

Robert berkata jalan itu digunakan oleh penduduk untuk memasarkan hasil pertanian mereka.

 

Comment