"Rule of law" PH, Warisan boleh langgar dan hina mahkamah kata Najib
17:10 Oct 12, 2019  |  By SabahKini2

Ketua Menteri Sabah serta Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah mengarahkan jurutera itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah dan terus menjawat sebagai ketua Jabatan Air Sabah.

Pada tahun 2017, seorang jurutera yang bekerja di syarikat GCU Consultants direman oleh SPRM kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan RM1.5 bilion daripada dana projek pembangunan luar bandar di Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Seleweng RM1.5 bilion: Ahli Warisan ditahan SPRM ]

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/10/19/seleweng-rm1-5-bilion-ahli-warisan-ditahan-sprm/?fbclid=IwAR2o1vktALVHja-vRbwvC1QkpJmm8HRZXz1_Bc_OnCb1rWQnck-sBSoR40w

Selepas PRU14, jurutera ini yang juga setiausaha Parti Warisan Bahagian Putatan terus dilantik oleh kerajaan PH Sabah sebagai Pengarah Jabatan Air Sabah, iaitu jabatan utama yang disiasat oleh SPRM dalam kes penyelewengan RM1.5 bilion tersebut.

Amarjit Singh Jurutera direman SPRM kini dilantik Pengarah Jabatan Air Sabah

Alasan yang diberi oleh kerajaan Sabah kenapa dia dilantik dari luar untuk menjadi Pengarah Jabatan Air Sabah ialah "dia adalah jurutera air, orang Sabah dan pilihan betul."

[ARTIKEL BERKAITAN- ‘Amarjit ialah jurutera air, orang Sabah dan pilihan betul’ ]

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/12/amarjit-ialah-jurutera-air-orang-sabah-dan-pilihan-betul/?fbclid=IwAR31eazoVqbN8E8bxtlQRcPq7vAYgD75ZPB24O3oAlpsMdZrPRFaGZJzOi0

Minggu lepas, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan pelantikan jurutera itu adalah tidak sah dan melanggar undang-undang.

Namun, Ketua Menteri Sabah serta Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah mengarahkan jurutera itu untuk mengetepikan keputusan Mahkamah dan terus menjawat sebagai Pengarah Jabatan Air Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Amarjit dinasihat terus bertugas sebagai Pengarah JANS ]

http://bernama.com/state-news/beritabm.php?id=1777336&fbclid=IwAR3dmHdFt7hpZts-PJsz4VSz0KU_l6yfXUqqCL6ymU4PX4u2h88H4yCzHGk

Oleh kerana pelantikan dia telah disahkan adalah haram, maka sebarang keputusan yang dia buat di Jabatan itu pada masa ini boleh juga diisytiharkan sebagai keputusan haram dan Jabatan Air Sabah boleh disaman.

Jelas sekali bahawa PH terang-terang melanggar keputusan Mahkamah dalam isu ini.

Tetapi Jabatan Peguam Negara dan Menteri Undang-undang PH tidak tuduh pemimpin-pemimpin PH itu menghina Mahkamah pula.

NGO-NGO pro-PH yang kononnya anti-rasuah dan mengamalkan "Rule of Law" turut membisu dan buat-buat tak nampak.

- Najib Razak

[ARTIKEL LAIN BERKAITAN- Pengarah Jabatan Air tidak sah: Yong selar Amarjit hina mahkamah guna kuasa politik datang bertugas ]

 

3 Comments