Gunakan USAID, CIA: Khairy Jamaluddin kini alat baru Amerika?
10:10 Oct 20, 2019  |  By SabahKini2
Gunakan USAID, CIA: Khairy Jamaluddin  kini alat baru Amerika?

Apakah benar KJ kini 'alat baru' Amerika Syarikat? Dua hari muncul dalam program tajaan USAID-CIA, Syarikat berbayar Citrine One Sdn Bhd menobatkan KJ sebagai pemimpin pembangkang paling popular hanya dengan 1115 responden. Apa sebenarnya yang dicari KJ?

Bunyinya macam pernah dengar dakwaan itu suatu ketika dahulu, ketika istilah budak-budak tingkat empat masih lagi kedengaran. Namun selepas itu, ianya diam sekejap. Barangkali orang sudah lupa agaknya.

Mari kita analisa, betul ke orang kata sejak Khairy ni ejen Amerika Syarikat? Sejak menjadi pembangkang KJ juga meniru gaya Anwar untuk menggunakan platform Amerika untuk kempen popularnya. KJ tiada jawatan tertinggi dalam parti maka beliau sudah tentu akan menggunakan segala cara untuk meneruskan kempen ‘Gaya Populisnya’. KJ tidak perlu melihat konsensus parti tetapi ke arah diri sendiri yang lebih popular menampaknya dirinya terus relevan kepada rakyat.

Pada 11 Oktober 2019, bertempat di Universiti Malaya telah berlangsung satu program bertajuk “Freedom of Expression In Malaysia Baharu”.

Antara yang hadir memberikan ucap dalam program tersebut adalah YB Khairy yang dua hari selepas program itu dinobatkan Ahli Parlimen Pembangkang paling popular  oleh Harian Metro.

Dalam program di UM itu, tertulis ianya dianjurkan secara kerjasama dengan United State Agency for International Development atau nama ringkasnya adalah USAID serta US Embassy. Apakah USAID itu? Bagi pemimpin PH seperti Anwar, USAID, NED, NDI, KAF dan CIA ia sangat biasa.

USAID ini kembarnya adalah CIA, satu agensi perisikan yang ditubuhkan Amerika Syarikat untuk membiayai program-program di seluruh dunia. Di Cuba, telah didedahkan USAID membiayai wang berbillion dollar untuk tumbangkan rejim di sana.

USAID juga sumbang duit kepada Omidyar Network di Ukraine untuk mencetuskan revolusi di sana. USAID adalah front line CIA untuk melakukan beberapa kerja sulit di beberapa buah negara di seluruh dunia. Baca pendedahan yang dibuat oleh laman ini :

[BACAhttp://www.wrongkindofgreen.org/2013/05/14/usaid-a-front-for-cia-intelligence-gathering/ ]

Bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 juga sering dikaitkan hubungannya dengan USAID. Elaine Meinel Supkis, yang digambarkannya sebagai "seorang penulis blog terkemuka",  mendedahkan bahawa Anwar merupakan "alat" CIA .

Utusan Malaysia telah menterjemahkan tulisan Elaine dalam blog - Culture of Life News - seperti berikut: "Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segala-galanya dan merupakan ejen CIA yang menyamar."

Tuduhan ini dibuat pada 9 tahun lepas, namun tidak dapat dibuktikan benar ataupun tidak dakwaan ini. Apapun hakikatnya selepas Pakatan Harapan menang sahaja PRU14 Presiden International Republican Institute (IRI), Daniel Twinning mendedahkan IRI melatih parti politik pembangkang di Malaysia sejak 15 tahun dulu dengan menggunakan dana dari National Endownment for Democracy (NED) juga dari USAID.

Video beliau dalam program dialog ‘Supporting Democracy in Challenging Times’ di ibu pejabat Center For Strategic and International Studies (CSIS ) di Washington, Amerika Syarikat, 17 Julai 2018 sengaja ditularkan menunjukkan peranan mereka.  

 

USAID - CIA beralih kepada KJ?

Jun lalu, KJ menubuhkan badan pemikir ‘The Centre’ menggerakkan kempen populisnya. Apakah badan pemikir ini juga mendapat dana diam-diam dari USAID dan NED? Atau Singapura?    

Mungkinkah kini Amerika Syarikat tidak lagi berminat dengan Anwar Ibrahim yang dilihat lebih mengikut sahaja telunjuk Tun Mahathir. Tidak agresif, tidak vokal dan tidak dilihat membela suara rakyat yang sebenar.

Semua orang tahu bila Anwar Ibrahim keluar dari penjara dahulu, tiada orang lain hanya KJ yang memberikan passport untuk Anwar Ibrahim keluar ke luar negara. Kenapa KJ beriya iya benar hendak memberikan passport itu secara sendirinya kepada Anwar? Siapa yang suruh dia beri? Agenda yang tersembunyi yang kekal misteri hingga kini.

Itu satu, ingat tidak bila Obama, Presiden Amerika Syarikat datang ke Malaysia, siapa yang dipilih dan paling dipercayai Amerika Syarikat untuk jadi pengiring Presiden mereka?

Masa Pak Lah jadi PM dulu, Condoleeza Rice datang main piano di Malaysia, siang Pemuda UMNO yang diketuai oleh Khairy buat demo kononnya bantah Amerika, tapi yang ramai orang tidak tahu dalam diam-diam dia berjumpa dengan Setiausaha Amerika itu.

Universiti seperti UM di zaman Malaysia Baharu juga telah berubah untuk melaksana program bersama USAID sebagaimana anjuran The Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS) “Freedom of Expression In Malaysia Baharu” dibawah pimpinan orang kuat KJ, Senator Khairul Azwan Harun (Wan Bro). Ini bermakna Senator Wan Bro yang kontroversi masih menyediakan ruang untuk KJ beraksi melalui pelbagai platform yang mereka miliki.

Anda boleh google sendiri fungsi USAID seluruh dunia yang membiayai banyak operasi operasi sulitnya di seluruh dunia. Malaysia adalah sebahagian kejayaan USAID ini.

Malah USAID sendiri kini lebih berani mengaku tentang apa mereka buat di negara ini. Inisiatif mereka banyak mengubah Malaysia. Apakah dengan kejayaan mereka menumbangkan kerajaan BN maka selepas ini USAID pula akan membantu insan seperti KJ sekarang? atau KJ bakal jadi alat baru untuk USAID sesuai dengan jiwanya yang suka publisiti dan populis. USAID perlukan pemimpin liberal muda seperti KJ.

Anwar Ibrahim dulu bermula dengan demo anti perang di Universiti Malaya. Anwar Ibrahim memimpin demonstrasi pelajar pada 16 Oktober 1973 yang disertai 2000 pelajar. Mereka yang terdiri daripada PMUM, PBMUM, wakil ITK, KSITM, MBM dan Yayasan Anda berkumpul di depan Bangunan AIA memprotes Amerika Syarikat. Sama tidak modus operandinya dengan protes yang pernah dibuat di Malaysia sewaktu kedatangan Condoleeza Rice?

Cuma kali ini zaman dah berlalu, tiada lagi protes-protes begini. Tangan-tangan luar boleh sahaja memberikan dana untuk favour seseorang di sesebuah negara. Mereka boleh sahaja datang terus ke rumah YB KJ di Rembau kononnya sebagai rakan rapat. Ada hubungan istimewa antara mereka hingga pejabat kedutaan luar Singapura terus datang ke rumah KJ.  Persepsi yang boleh dijual ialah KJ kuat dan punya hubungan rapat dengan Singapura. Umum mengetahui Singapura adalah akses penting Amerika di rantau ini. 

 

Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrisnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon 
datang ke rumah KJ di Kg Gadong Rembau

Kajian berbayar Citrine One Sdn Bhd popularkan KJ

KJ tidak punya jawatan maka tidak hairan beliau cuba untuk masuk dalam NGO sukan seperti Majlis Paralimpik Malaysia (MPM). Kemelut MPM adalah sebahagiannya strategi KJ untuk terus popular dan kekal relevan. MPM terkenal di mata dunia maka jika beliau boleh menjadi Presiden MPM maka KJ dilihat dapat membayangi Syed Saddiq Menteri Belia dan Sukan dalam KBS. KJ menggunakan segala cara untuk menyerap masuk dalam MPM termasuk membayar rasuah menjadi Timbalan Presiden Persatuan Ragbi Berkerusi Roda Malaysia (MWRF) tanpa bertanding AGM.

[BACA ARTIKEL -  KJ dalang kehancuran MPM: Rasuah 25,000, kawtim MSN, sekongkol CEO Naza, Ng Keng Chuan ]

Kajian syarikat berbayar Citrine One Sdn Bhd baru-baru ini dengan hanya menggunakan responden berjumlah 1115 sudah tentu boleh dipertikaikan. Responden yang syarikat ini pilih juga adalah bias tidak mencerminkan populasi rakyat Malaysia. 

Siapakah yang membayar kajian itu kepada syarikat Citrine One Sdn Bhd? Anda perhatikan individu dalam Citrine One Sdn Bhd. Maka responden syarikat itu sudah pun sudah dijangka siapa. 

Sudah tentu kajian itu sangat ironis kerana undian online seperti bajet 2020 atau apa sahaja undian yang dibuat oleh PH tidak berpihak kepada mereka secara online. Malah jika dibanding dengan facebook Najib beribu likers dan setiap kali turun padang beribu orang datang menyerbu.

Apakah benar tuduhan bahawa KJ adalah ejen Amerika?  Atau KJ alat baru Amerika? Ada yang percaya dan mungkin tidak.  Atau mungkin KJ hanya menggunakan kaedah ini melawan pesaing politiknya untuk terus popular? Tetapi orang orang Bersatu akan percaya, mereka tahu siapa mahasiswa tahun 1996 yang cuba memalukan Tun Dr Mahathir ketika berada di United Kingdom suatu ketika dahulu. Semua percaya KJ diprojek untuk memprovokasi Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia ketika itu. (PM4). Ketika Paklah sebagai PM Tun M orang paling lantang mengkritik Paklah dengan menggelar KJ  'Budak Tingkat 4' yang merosakkan UMNO. 

Kini KJ selepas kalah dalam pemilihan Presiden Parti beliau meneruskan cara  populisnya bekerjasama dengan pemimpin yang anti dengan Dato'Seri Zahid Hamidi Presiden UMNO dan Dato' Sri Najib bekas Perdana Menteri. KJ mengambil ruang dan peluang menembak secara terbuka di media Zahid dan juga Najib selagi menguntungkannya. KJ menggunakan pesona pidatonya dalam parlimen untuk berbahas malah yang terbaru ini bersama USAID-CIA untuk menyokong kaedah populisnya. 

Apa lagi selepas ini? Apakah KJ akan bersama dalam agenda Dato' Seri Hishammudin untuk kerajaan pintu belakang sebagaimana yang di uar-uarkan media? Atau ketamakan akan mengorbankan mereka lebih awal?.

- Dr IKD

 

5 Comments