Gagal royalti minyak 20 peratus, Shafie hanya berharap Petronas tidak lupakan Sabah jika untung
21:10 Oct 20, 2019  |  By SabahKini2
Gagal royalti minyak 20 peratus, Shafie hanya berharap Petronas tidak lupakan Sabah jika untung

Apa yang mampu Shafie Apdal dan kerajaan warisan mampu lakukan hanyalah berharap agar Petronas beri wang jika ada untung. Kerajaan terpaksa mengemis meminta..

Selepas gagal mendapatkan royalti minyak 20 peratus menang PRU14 lalu kini kerajaan Warisan hanya mampu memperkukuh hubungan kerjasama dengan Petronas dalam usaha membangunkan sektor pendidikan dan meningkatkan keupayaan hasil menerusi aktiviti hiliran dalam industri minyak dan gas di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan akan sentiasa menyokong usaha Petronas dalam membangunkan aktiviti hiliran kerana ia dapat membuka peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat setempat.

“Ini antara usaha yang kita tengah bincangkan dengan sebaiknya bagaimana untuk membangunkan aktiviti hiliran dalam industri minyak dan gas.

“Pembuatan baja antara perkara yang boleh diberi perhatian kerana negara jiran, Indonesia banyak mengimport baja dari luar.

Mohd Shafie juga hanya mampu berharap dan meminta Petronas agar tidak melupakan Sabah apabila hasil yang diperolehi syarikat itu meningkat.

Sementara itu, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas kontroversi Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata, hubungan baik antara Petronas dan Kerajaan Sabah bermula sejak zaman awal penubuhan syarikat itu.

“Sejak itu urusniaga Petronas terus berkembang merangkumi operasi huluan dan petrokimia. Sehingga ke hari ini pertalian ini terus diperkukuhkan dengan pelbagai usaha dalam memajukan industri minyak dan gas di Sabah.

“Kini, Petronas secara aktif menjalankan pelbagai projek di Sabah termasuk Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT), Sabah-Sarawak Gas Pipeline (SSGP), Methanol Labuan dan Projek Sabah Amonia Urea (SAMUR).

Semua projek Petronas yang berjaya ini di bawa oleh Tan Sri Musa Aman bekas Ketua Menteri Sabah sebelum ini.

Beza Sarawak dan Sabah

Tidak seperti Kerajaan Sarawak mereka menuntut cukai jualan lima peratus terhadap minyak dan gas yang dikeluarkan dari perairan negeri berkenaan. Dan baru-baru ini Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Petronas masih tidak membayar cukai jualan itu. Mereka bertegas memberi tempoh sehingga akhir oktober ini.

Namun Shafie Apdal hanya mampu terus berserah dan berharap jika ada hasil Petronas meningkat bagilah lebih kepada Sabah.

 

 

4 Comments