Duta Filipina sahkan projek ‘passport’ sedang dilakukan di Sabah
07:10 Oct 24, 2019  |  By SabahKini2
Duta Filipina sahkan projek ‘passport’ sedang dilakukan di Sabah

Kekecohan warga asing Filipina berkumpul di Dewan Serbaguna Luyang baru-baru ini terjawab. Konsulat Filipina mengaku ia dilakukan pegawainya. Mengapa bukan tempat sesuai?

KOTA KINABALU: Akhirnya Filipina mengaku kehadiran pegawai Kedutaan Filipina di Sabah sebelum ini yang tular adalah adalah sah dan telah dimaklumkan kepada pihak kerajaan negeri.

Duta Filipina ke Malaysia, Charles C. Jose berkata, kehadiran pegawai kedutaannya adalah bertujuan memproses permohonan pasport, mendaftar kelahiran dan perkahwinan, menyediakan dokumen perjalanan serta menguruskan rakyat mereka di Sabah yang tidak dapat datang ke pejabat di Kuala Lumpur.

“Sebelum misi konsulat, kedutaan akan terlebih dahulu memberitahu pihak berkuasa yang berkaitan di Sabah.

“Kedutaan juga akan menyelaras dengan agensi keselamatan untuk menjaga keselamatan di lokasi atau premis yang digunakan,” katanya selepas mengadakan sekali lagi kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal di pejabat beliau.

14 Oktober lalu, sekumpulan besar warga asing Filipina berkumpul di Dewan Serbaguna Luyang yang menyebabkan rakyat tempatan tidak selesa dan mengaitkan ia sebagai insiden projek IC.

Lebih 500 individu di dewan tersebut untuk urusan memperbaharui pasport selain ada juga yang berkhemah di kawasan dewan. Turut meluahkan kerisauan ialah wakil rakyat dan Menteri Belia dan Sukan negeri. Kekecohan itu menyebabkan program pertemuan dengan konsulat Filipina itu dibatalkan.

Menurut Jose Kedutaan Filipina telah menjalankan Program Penyelarasan Kerajaan Sabah untuk perkara berkenaan selaras dasar Kerajaan Sabah untuk pekerja asing yang tiada dokumen.

Kerajaan Warisan bertegas mahu mendaftarkan PTI agar boleh diiktiraf secara undang-undang dan boleh didaftar semula sebagai pekerja asing di negeri ini. Malah Pas  Sementara Sabah (PSS) menghapuskan dokumen IMM13 dan dokumen burung-burung.

 

 

 

 

4 Comments