Bekas Presiden LDP lapor polis VK Liew lesapkan RM3,010,000 dana dikait IMDB
22:10 Oct 26, 2019  |  By SabahKini2
Bekas Presiden LDP lapor polis VK Liew lesapkan RM3,010,000 dana dikait IMDB

VK Liew tidak pernah menafi terima wang RM3.5 juta dari dana dikait 1MDB. Teo Chee Kang Bekas Presiden LDP pula lapor polis sejumlah dana RM3,010,000 lesap dari akaun LDP melalui cek yang dikeluarkan VK Liew. Isunya mengapa VK Liew tidak didakwa?

Ugutan demi ugutan dibuat oleh Datuk VK Liew Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) berhubung laporan LDP mengenai salahlaku wang ketika VK Liew sebagai Presiden LDP.

VK Liew turut menggesa pucuk pimpinan Parti Liberal Demokratik (LDP) memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau menerima wang berjumlah lebih RM1 juta.

Beliau menegaskan, ia adalah fitnah besar terhadapnya dan keluarga serta menyifatkan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin dan Bendahari LDP, Fong Ken Sin, memberi keterangan palsu menerusi dua afidavit yang difailkan di Mahkamah Kuala Lumpur

Oleh itu katanya beliau tidak akan teragak-agak akan melaporkan kepada pihak polis berhubung tuduhan itu.

Umum semua mengetahui Datuk VK Liew menerina RM3.5 juta daripada Dato’ Sri Mohd Najib namun beliau tidak pernah disiasat SPRM dan didakwa atas wang yang dikaitkan dengan 1MDB.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bukti resit, cek RM2 juta Menteri JPM terima wang Najib, mengapa tak dakwa bawah AMLA atau Akta SPRM 2009?]

Sehingga ke hari ini VK Liew tidak pernah menafikan menerima wang RM3.5 juta itu.

Bagaimanapun pada 25 Oktober lalu bekas Presiden LDP  Teo Chee Kang telah membuat laporan polis terhadap VK Liew dan meminta polis menyiasat tiga pengeluaran wang melalui cek tunai sebanyak tiga kali yang melibatkan wang berjumlah lebih RM3,000,000.00 dari akaun maybank milik parti LDP beberapa tahun dahulu.

 

Antara cek maybank  758490 yang dikeluarkan oleh VK Liew RM2 juta. Jika ia duit dari Najib mengapa VK Liew tidak didakwa atau membayar balik?

Teo Chee Kang meminta penyiasatan dibuat sama ada berlaku ketidak jujuran dalam pengeluaran wang tersebut.

Laporan Teo adalah untuk membalas kenyataan Menteri Undang-undang itu yang menuduh mereka berbohong dalam afidavit mahkamah.

Pada 18 Okt lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memulangkan RM500,000 yang dirampas daripada LDP pada Jun lalu.

Teo berkata, SPRM melalui permohonannya menyatakan RM3.5 juta disalurkan kepada LDP melalui Liew dan wang itu dikeluarkan ketika beliau masih menjadi presiden parti.

LDP berkata, dana itu diberikan kepada parti itu oleh bekas perdana menteri, Najib Razak antara 2012 hingga 2013 dan pengeluaran RM2 juta serta RM1.01 juta dibuat dalam tempoh itu.

Turut membuat laporan polis ialah setiausaha sulit Liew, Mohd Hanafiah Sahih Montoi yang mengesahkan menteri mengaku hanya mengarahkan sekeping cek berjumlah RM2 juta dikeluarkan atas alasan pilihanaya.

 

 

 

 

2 Comments