Dua Adun DAP sokong LTTE didakwa di mahkamah
12:10 Oct 29, 2019  |  By SabahKini2
Dua Adun DAP sokong LTTE didakwa di mahkamah

Selama ini DAP menafi tiada kaitan dengan keganasan. Hari ini dua ADUN DAP didakwa kerana terlibat dan menyokong pengganas LTTE.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan seorang ketua pegawai perbadanan didakwa di Mahkamah Sesyen di Melaka, hari ini atas pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE, pada November tahun lalu.

Tertuduh, G Saminathan, 34; P Gunasekaran, 60, dan S Chandru, 38 didakwa melakukan kesalahan itu dalam satu majlis di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Jalan Utama, Taman Ayer Keroh Heights di Melaka pada 8.30 malam hingga 10.50 malam, 28 Nov 2018.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sepanjang hayat atau maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat untuk digunakan untuk melakukan kesalahan itu, jika sabit kesalahan.

Saminathan turut didakwa dengan satu lagi pertuduhan memiliki item yang berunsur perbuatan keganasan atau berkaitan dengan kumpulan pengganas LTTE di dalam sebuah telefon bimbit jenama Samsung Galaxy S9+ warna biru gelap di Pejabat Exco Perpaduan Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna, Jabatan Ketua Menteri, Kompleks Seri Negeri di sini pada 10.25 pagi, 10 Okt lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda dan dilucutkan mana-mana item itu, jika sabit kesalahan.

Turut kelihatan berhimpun bersama keluarga pemimpin LTTE ialah Lim Kit Siang.

[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Dua Adun DAP terlibat Pengganas LTTE ditahan polis, selepas ini P Ramasamy? ]

 

3 Comments