Dato' Seri 'Sulu' pro warisan aktif semula daftar PTI Sabah guna syarikat tipu SRM, MMC
10:11 Nov 02, 2019  |  By SabahKini2
Dato' Seri 'Sulu' pro warisan aktif semula daftar PTI Sabah guna syarikat tipu SRM, MMC

Sekalipun pernah ditangkap imigresen dan didakwa di mahkamah namun Dato' Seri 'Sulu' serta pengikutnya tidak pernah lumpuh. Dulu syarikat SRM kini Syarikat MMC untuk daftar haram PTI. Mengapa Warisan biarkan berleluasa? apa agenda Warisan?

KOTA KINABALU: Nampaknya syarikat milik 'Dato' Sulu' Dato' Seri Saad Hj Ani Pengerusi SR Manpower Resources Sdn Bhd tidak pernah serik melakukan penipuan mengeluarkan kad pekerja asing kepada PATI di Sabah.

Terbaru menggunakan modus operandi sama namun syarikat yang lain iaitu Mega Management Consultancy Sdn Bhd yang diuruskan oleh anak-anak dan keluarganya.



Dato' Seri Saad Hj Ani


 

Menyedari Pengerusinya Dato' Seri  SR Manpower Resources Sdn Bhd sedang didakwa di mahkamah maka syarikat baru digunakan untuk meneruskan penipuan mendaftarkan PTI di Sabah.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan tindakan terbaru Jabatan Imigresen Sabah sama ada telah menyerbu atau akan mengambil tindakan berdasarkan kepada tular reaksi rakyat.

Dato' Seri Saad dan SR Manpower Resources Sdn Bhd

Mac tahun 2017 Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengumumkan menumpaskan satu sindiket membuat E-Kad palsu di Sabah yang didalangi Dato' Seri Saad Hj Ani selepas menahan 14 individu termasuk tiga warga Filipina dalam satu operasi di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu ketika itu.

Dato' Seri  Saad menggunakan syarikat SR Manpower Resources Sdn Bhd yang beroperasi di sekitar Kota Kinabalu melakukan kerja-kerja penipuan itu. Imigresen mengesahkan syarikat itu menipu PATI dengan mengenakan bayaran antara RM1,100 dan RM1,200 bagi setiap kad, kononnya kebenaran untuk mereka berada di Sabah sebagai pekerja asing yang berdaftar.

Pada 6 April 2018 Dato' Seri Pengerusi Syarikat SR Manpower Resources Sdn. Bhd bersama seorang wanita didakwa di mahkamah berhubung penipuan pengurusan kad kerja pekerja warga asing.

Mengikut pertuduhannya,Dato' Seri Saad menipu Dina Kairupan dengan memperdayakan untuk mendapatkan kad SR daripada syarikatnya SR Manpower Resources Sdn. Bhd.

Akibat secara tidak jujur mendorong mangsa menyerahkan wang sebanyak RM580 kepadanya, pada 3 Januari jam 1 petang di kedai Good Friend Inanam Business Centre.

Saad mula didakwa pada 15 Mac 2018 mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan, penjara antara setahun hingga sepuluh tahun dan sebat, atau denda, atau dua daripadanya.

Antara aduan tular penipuan Dato' Seri Sulu

Terlalu banyak aduan terhadap SR Manpower Resources Sdn. Bhd dan kini syarikat baru mereka Mega Management Consultancy Sdn Bhd ini.

Sekalipun Jabatan Imigresen sebelum ini bertegas tidak ada sebarang program pengurusan PATI dan pendaftaran Program E-Kad dijalankan di negeri Sabah dan JIM tidak pernah melantik atau bekerjasama dengan mana-mana pihak atau individu untuk melaksanakan pendaftaran Program E-Kad di Sabah tetapi tetapi semua tindakan termasuk mahkamah nampaknya tidak pernah melumpuhkan kegiatan Datuk Seri Saad Hj Ani ini.


SR/MMC masih terus kebal. Dan kini di zaman Warisan terus dibenarkan berleluasa

Menurut sumber Dato' Seri  (Datuk Kerajaan Sulu) palsu ni mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin kerajaan Warisan sekarang selain orang dalam di Jabatan Imigresen. Surat-surat mereka mudah masuk dan diterima oleh pegawai kerajaan.

Kerana beliau merasakan dirinya kebal dari undang-undang maka beliau dan keluarganya terus berani untuk mendaftarkan PTI di Sabah.

Terbaru tular kad Dokumentasi Pekerja Asing Sabah dikeluarkan MMC Sdn Bhd mengesahkan Sahadan Hamjali sebagai tiada dokumen tetapi Warganegara Sabah. Ini bermakna Dato' Seri dan Syarikat MMC/SR masih aktif.

Sejak Warisan memerintah Kerajaan Negeri dan mesra Pendatang Asing Tanpa Izin syarikat seperti MMC kini bebas mengadakan program pendaftaran pekerja asing di Sabah. Syarikat ini didakwa di zaman BN. Namun kini di zaman PH Warisan mereka bebas berbuat apa sahaja.

Umum mengetahui Dato Seri Saad Hj Ani ini mendapat gearan dato daripada Kerajaan Sulu Filipina. Gelaran Dato' Seri ini tidak diiktiraf di negara ini. Bagaimanapun Dato  Sulu jenis ini akan dibela di Sabah.

Kenapa Dato' Sulu ini bebas?

 

 

8 Comments