Terbukti! Karmaine calon PH 'menipu', bukan Arkitek Profesional berdaftar Lembaga Arkitek Malaysia
08:11 Nov 03, 2019  |  By SabahKini2
Terbukti! Karmaine calon PH 'menipu', bukan Arkitek Profesional berdaftar Lembaga Arkitek Malaysia

Sejak PRU14 kempen di Pontian, Karmaine berkempen sebagai arkitek profesional. Kini di Tanjung Piai beliau juga berkata sebagai arkitek. Namun selepas disemak beliau hanya siswazah Arkitek dan bukan Arkitek Profesional. Mengapa Calon PH menipu?

Calon PH yang juga Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini dilaporkan telah membuat laporan polis bahawa dirinya diaibkan berhubung latar pendidikan dan kerjayanya sebagai arkitek profesional.

Bernama yang melaporkan perkara itu memetik Ketua Polis Johor, Mohd Kamarudin Md Din sebagai berkata bahawa laporan polis diterima oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian pada 29 Oktober.

"Sekarang ini masih dalam proses mengenal pasti siapa pemilik akaun peribadi itu dan sekiranya telah dikenal pasti kita akan menjalankan tangkapan ke atas suspek di bawah seksyen itu," katanya pada sidang media khas di IPD Pontian, Johor seperti dilapor.

Terdahulu dilaporkan dalam media selepas pengumuman calon PH bahawa Karmaine Sardini seorang peguam. Hari pertama PH sudah menunjukkan tahap profesonal calon sebagai Arkitek Profesional.

Bagaimanapun terdapat sebaran kiriman di media sosial yang dimuat naik pengguna Facebook yang mempersoalkan status peguam Karmaine itu.

Pelaporan media mengenai beliau secara besar-besaran sebagai seorang Arkitek sebagai tidak tepat kerana mengikut Akta Jurutera 1967, seseorang jurutera tidak dibenarkan membuat amalan atau praktis tanpa kelayakan ataupun gelaran Ir.

[ARTIKEL BERKAITAN- PH pertaruh Arkitek 'PALSU' calon PRK Tanjung Piai ]

Susulan itu, Karmaine menjelaskan bahawa diploma lanjutan seni binanya adalah setara dengan Ijazah Sarjana Muda dan diiktiraf industri pekerjaan termasuk kerajaan dan swasta. 

Netizen tidak mempersoalkan mengenai kesahihan sijil Diploma Lanjutan dalam bidang seni bina dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu ataupun Karmaine sebagai Siswazah Arkitek.


Hanya Siswazah Arkitek

Sijil yang ditularkan oleh Karmaine jelas mengesahkan beliau hanyalah seorang Siswazah Arkitek bukan Arkitek Pofesional sebagaimana Seksyen 10(1)(b) Akta Arkitek 1967 [Pindaan April 2007] Siswazah Arkitek bukan Arkitek Profesional.

Seksyen 10(1)(b) Akta Arkitek 1967 [Pindaan April 2007] selain pengalaman praktikal dan perlu lulus Peperiksaan Profesional Bahagian III kelolaan Majlis Peperiksaan Senibina Malaysia seperti yang telah ditetapkan oleh LAM, sebelum layak didaftar sebagai  Arkitek Profesional. 

Oleh itu semakan Portal Sabahkini2 dalam laman Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Karmaine Sardini jelas tidak berdaftar sebagai seorang Arkitek profesional. Malah menurut sumber pegawai Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Karmaine Sardini bukan Arkitel Profesional.

Persoalannya mengapa Karmaine Sardini perlu berbangga dengan mempertahankan kepada media mengenai kerjaya beliau sebagai seorang arkitek profesional?

Guna Arkitek PALSU

Hanya selepas kantoi menipu sebagai Arkitek sejak kempen PRU14 calon PH di Pontian barulah kini beliau mengubah biodatanya sebagai Pembantu Teknik dan Arkitek di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Jika tidak didedahkan sehingga habis kempen Karmaine akan berkempen sebagai arkitek.

Pembantu Teknik dan Arkitek. Arkitek juga ke?

Hanya kini naratif kempen Karmaine sudah bertukar sebagai imam bukan lagi naratif kempen sebagai seorang Arkitek profesional. Kenapa? sebabnya Karmaine dan PH tahu dia terkantoi menipu.

Oleh itu bahagian mana dikatakan sebagai mengaibkan calon? kerana terbukti Karmaine menipu status kerjaya lamanya. 

 

 

 

 

 

13 Comments