[VIDEO] Negara huru-hara, tembak, bakar sana sini, tak boleh berniaga jika undi BN kata Menteri Pertanian hasut rakyat
04:11 Nov 05, 2019  |  By SabahKini2
[VIDEO] Negara huru-hara, tembak, bakar sana sini, tak boleh berniaga jika undi BN kata Menteri Pertanian hasut rakyat

Kempen Menteri PH jelas cuba menakutkan rakyat menyebar kebencian antara kaum dan agama. ini jelas melanggar akta kesalahan Pilihanraya Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan.

 Dengar ucapan Sallahuddin Ayub yang menghasut perkauman

KUKUP – Selepas calon PH Karmaine Sardini tersalah cakap menyeru rakyat Tanjong Piai hanya perlu bersyukur dengna harga Kelapa Sawit RM270 setan yang mendapat komen negatif rakyat kini Menteri Pertanian PH, Datuk Seri Haji Salahuddin bin Ayub dilihat cuba menghasut rakyat secara perkauman.

Dalam satu pertemuan Menteri PH itu di SJKC Pei Chio Kukup Laut secara terang-terangan Salahuddin menghasut pengundi dengan perkauman yang sempit dan melampau.

“Kalau bagi balik BN berkuasa.. dia kawan dengan PAS, you jaga! ini country akan huru hara

"Kita boleh berniaga, boleh sekolahkan anak, takda org tembak sana sini, takda orang bakar sana sini. Nak berniaga tak boleh nak pergi laut tak boleh." katanya

Kempen menakutkan rakyat menyebar kebencian antara kaum dan agama ini jelas melanggar akta kesalahan Pilihanraya Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mengembangkan perasaan jahat atau permusuhan.

Seksyen 4A. (1) jelas menyebut “Mana-mana orang yang, sebelum, semasa atau selepas sesuatu pilihan raya, secara langsung atau tidak langsung, dengan sendiri atau melalui mana-mana orang lain bagi pihaknya, melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataandengan tujuan atau dengan kecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, tidak puas hati atau permusuhan antara orang yang terdiri daripada kaum yang sama atau kaum yang berlainan atau daripada golongan yang sama atau golongan yang berlainan penduduk Malaysia untuk mendorong mana-mana pemilih atau pengundi supaya mengundi atau tidak mengundi dalam sesuatu pilihan raya atau untuk mendapatkan atau berusaha untuk”.

Rekod 60 tahun BN memerintah negara tidak pernah lagi huru-hara dicetuskan oleh BN melainkan oleh pemimpin-pemimpin PH yang kini telah menjadi  menjadi kerajaan.

Tuduhan Salahuddin Ayub dalam perjumpaan bersama guru-guru di SJKC Pei Chio Kukup Laut itu jelas berbaur fitnah, bersifat menghasut malah berunsur rasuah apabila Salahuddin memberikan RM 5000 kepada pihak sekolah.

Apa tindakan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia? 

 

22 Comments