Selepas 30 setinggan, kini 90 kampung diwartakan di kawasan hutan simpan kata Menteri UPKO
10:11 Nov 09, 2019  |  By SabahKini2
Selepas 30 setinggan, kini 90 kampung diwartakan di kawasan hutan simpan kata Menteri UPKO

Selepas30 setinggan diwarta kini Menteri UPKO mengumumkan 90 kampung pula dalam kawasan hutan simpan diwarta. Siapakah yang tinggal di sana? Orang tempatan, PTI atau bakal PTI yang akan masuk?

PENAMPANG, 8 Nov — Kerajaan Negeri bersetuju mewartakan 90 kampung di negeri ini yang termasuk dalam kawasan Hutan Simpan, demikian menurut Menteri Pembangunan Luar bandar Sabah, Datuk Ewon Benedick.

Menurut beliau keputusan itu dipersetujui dalam Mesyuarat Kabinet Negeri pada dua hari lepas yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Katanya ia sejajar dengan pendirian Kerajaan Negeri diterajui Mohd Shafie bahawa terdapat keperluan untuk mewartakan kampung yang sudah sekian lama dalam kawasan hutan simpan atau konsesi syarikat  Kerajaan Negeri Sabah.

“Perkara ini dibincang pada mesyuarat kabinet negeri dua hari lepas dan bersetuju sebanyak 90 kampung seluruh Sabah diwartakan dalam kawasan Hutan Simpan.

“Ini keputusan kabinet negeri yang pertama mewartakan jumlah kampung yang banyak yang sudah wujud lama dalam kawasan Hutan Simpan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persatuan Pelancongan, Homestay dan Produk Kampung Kibunut Penampang dekat sini, hari ini.

Antara kampung berkenaan ialah daerah Kota Belud, Tamparuli, Tuaran, Tenom, Lahad Datu, Beluran dan Pulau Banggi.

Pulau Banggi antara Pulau yang terkenal dengan kehadiran pendatang asing di negeri Sabah.

4 Comments