Di mana Ambiga, Ramkarpal ketika pemimpin PH menghina mahkamah?
23:11 Nov 12, 2019  |  By SabahKini2
Di mana Ambiga, Ramkarpal ketika pemimpin PH menghina mahkamah?

Jika pemimpin pembangkang bersuara dianggap sebagai menghina mahkamah tetapi jika Ketua Menteri, Menteri PH menghina mahkamah peguam seperti Ambiga dan Ramkarpal ini berdiam diri.'Rule of Law' PH semua ok.

Presiden UMNO telah membangkitkan dalam ceramahnya di Tanjung Piai  pada 6 November lepas, mengenai pembebasan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Februari 2017.

"Apabila lapan kanak-kanak main basikal di Johor dilanggar oleh seorang wanita, wanita itu dibebaskan seolah-olah tiada bukti.

Kanak-kanak itu mati dan jadi arwah," kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid ketika berucap pada Ceramah Perdana BN di Kampung Rimba Terjun.

Sebenarnya apa yang disebutkan oleh Presiden UMNO itu tidak pun mempertikaikan keputusan mahkamah. 

“Ayat yang saya sebut itu bukan merujuk kepada mahkamah tetapi kepada kegagalan pendakwaan untuk buktikan kes dan belum memfailkan rayuan ketika itu. Terima kasih”, katanya Dato Seri Zahid dalam ulasan di Facebooknya pada 9 November lepas.

Namun bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan juga Peguam DAP Ramkarpal Singh mempertikaikan kenyataan Zahid sebagai menghina mahkamah.

PH cuba memanipulasikan apa apa sahaja untuk mengenakan BN biarpun apa yang disebut oleh Dato’ Seri Zahid itu adalah perkara yang benar untuk membela rakyat. Beberapa pemimpin DAP membuat laporan polis, mahu mempolitikkan ucapan yang mahu menegakkan keadilan buat lapan orang arwah kanak- kanak tersebut.

Oleh kerana ucapan yang disebutkan oleh Presiden UMNO itulah maka selepas itu pihak pendakwaan telah memfailkan semula rayuan bagi kes tersebut. Barulah ada pihak membuka mata untuk melihat balik kes ini secara lebih adil dan saksama.

Keadilan untuk arwah Adib telah pun terbukti bila Mahkamah Koroner pada 27 September 2019 menyatakan kematiannya adalah kerana perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu yang tidak dikenali.

Hari ini sudah 44 hari sejak Mahkamah Koroner membuat keputusan mengenai inkues Adib. Apa tindakan Peguam Negara seterusnya? Bila dua tiga orang individu yang tidak dikenali itu hendak dihadapkan ke muka pengadilan?

Di mana suara Ambiga dan Ramkarpal Singh apabila Mahkamah Koroner di sini diminta untuk mempercepatkan prosiding permohonan komital (menghina mahkamah) berkaitan inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang difailkan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Peguam yang mewakili keluarga Muhammad Adib, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata ia kerana kes itu berunsur jenayah selain prinsip undang-undang pada masa kini yang tidak memberi kelonggaran pada mana-mana kes seperti itu ditangguhkan tanpa sebab yang kukuh.

"Prinsip undang-undang sekarang tidak memberikan kelonggaran untuk menangguhkan mana-mana prosiding (kes) semena-mena.

Begitu juga ketika keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 9 Oktober lalu yang mengisytiharkan pelantikan Amarjit Singh sebagai pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) pada tahun lalu tidak sah. Amarjit masih datang ke pejabat seperti biasa malah menandatangi projek Empangan Papar bernilai RM2 bilion pada 10 Oktober 2019.

Di mana Ambiga dan Ramkarpal bersuara menegur Shafie Apdal Ketua Menteri Warisan Sabah? Apa 'Rule of Law' PH dan Warisan boleh menghina mahkamah? atau semua itu dianggap kebebasan bersuara bagi mereka dan untuk pemimpin pembangkang mereka disekat bersuara.

Di zaman kerajaan PH ini banyak benda pelik berlaku. Menteri sudah cakap pihak berkuasa ada cukup bukti untuk menahan mereka yang disyaki terbabit dengan pengganas. Perdana Menteri pun berpuas hati dengan kerja yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Namun tidak beberapa lama selepas itu, Peguam Negara menggugurkan kes mereka yang dikatakan ditahan kerana cukup bukti tersebut.

Itu belum lagi disebut pasal kes rasuah terowong, banglo Lim Guan Eng, ujian air kencing tiga bulan, Four Point Sandakan dan pelbagai lagi benda rakyat lihat dan nilai sendiri bagaimana sesuatu keadilan itu diletakkan pada tempat yang sepatutnya.

Rakyat melihat semua ini. Rakyat juga ada otak untuk berfikir. Jangan fikir mereka tidak ada informasi untuk menyemak sesuatu maklumat yang mereka baca dan dengar. Maksud keadilan dan kesaksamaan di zaman PH ini makin menggusarkan rakyat. Pengundi di Tanjung Piai harus menghantar mesej yang kuat di atas kertas undi pada 16 November ini.

Mesej bahawa rakyat Malaysian mahukan perubahan. Rakyat Malaysia tidak sanggup ditipu lagi. Rakyat Malaysia mahukan BN kembali. Ayuh pengundi Tanjung Piai, kita undi BN pada 16 November ini.

- Bekas PH Tegar

Comment