Badan pemikir berbayar PH IDE tipu kerajaan, Kajian Ilham Centre tepat PH ‘sampahkan’
12:11 Nov 17, 2019  |  By SabahKini2
Badan pemikir berbayar PH IDE tipu kerajaan, Kajian Ilham Centre tepat PH ‘sampahkan’

Setiap kali PRK dua badan pemikir ini pasti mengeluarkan kajian berbeza. IDE milik Kerajaan Selangor akan 'mengampu' PH sehabis baik sebaliknya Ilham Centre melaporkan kajian lapangan lebih berani dan tepat!

Sekali lagi badan pemikir berbayar milik Kerajaan Negeri Selangor, Institut Darul Ehsan (IDE) melakukan kajian yang salah. Dulu Pilihan Raya Kecil Semenyih dan kini Tanjung Piai yang jauh meleset.

Setiap kali IDE muncul dengan laporan kajian pasti IDE akan berkata PH menang atau mendahului BN dengan hanya lebih 1000 responden.

IDE mengandaikan Pakatan Harapan mendahului Barisan Nasional (BN) dengan 9% sokongan dalam PRK Semenyih dan Tanjung Piai, tetapi hakikatnya BN yang menang.

Kaji selidik berbayar IDE pada 9 hingga 11 Nov lalu menunjukkan PH dapat mengalahkan BN di Tanjung Piai, namun sebaliknya berlaku apabila gabungan parti pemerintah itu kalah dengan majoriti 15,086 undi.

“Menggunakan sampel 1,200 pengundi, kaji selidik IDE pada 9-11 Nov 2019 menunjukkan PH mengatasi BN dengan 9%, bila PH mendapat 53% sokongan berbanding 44% sokongan untuk BN dalam PRK Tanjung Piai,

“Begitu juga di Semenyih IDE menggunakan sampel 1,142 pengundi pada 31 Jan hingga 1 Feb lalu menunjukkan PH mendapat 46% sokongan berbanding 37% sokongan bagi BN pada PRK Semenyih.

“Malangnya, pada akhirnya BN yang muncul sebagai pemenang dalam PRK Semenyih dengan majoriti 1,914 undi. Kata Kamarul Zaman Yusoff penganalisis Universiti Utara Malaysia dalam Facebooknya memperlekeh kajian IDEA itu.


Ketika mengipas di Semenyih...


Sebaliknya lawannya ILHAM CENTRE mengatakan menang

Nampaknya muncul sahaja IDE kajian mereka tak pernah menolong PH tetapi lebih bersifat menjahanamkan lagi PH.

Berbeza dengan satu lagi badan pemikir yang juga dikaitkan dengan pemimpin PH iaitu Ilham Centre lebih terbuka dan melakukan kajian di akar umbi. Dapatan kajian Ilham Centre sering berbeza dengan IDE malah dilihat lebih tepat.

Kajian berpengaruh Ilham Centre paling berani dan diingati ialah dapatan kajian sebelum PRK14 bahawa BN akan kalah PRU14. Ternyata kajian mereka tepat.

Setiap kali IDE muncul mengkhabarkan kemenangan PH dan kekalahan BN esoknya Ilham Centre akan muncul dengan kajian sebaliknya untuk berkata BN bakal memenangi pilihanraya.

Semalam, IDE dilaporkan berkata, PH mendahului BN lebih sembilan mata dalam PRK Tanjung Piai. Berdasarkan kajian responden, 53% daripada 1,200 responden menyatakan mereka akan mengundi calon PH, Karmaine Sardine, manakala 44% lagi memilih calon BN, Wee Jeck Seng.

Kajian IDE tersebut turut menunjukkan baki 3% akan mengundi calon Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa), Badhrulhisham Abdul Aziz, calon Gerakan, Wendy Subramaniam dan dua calon bebas, iaitu Ang Chuan Lock serta Faridah Aryani Abd Ghaffar.

Tetapi, keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan Wee menang dengan 25,466 undi, majoriti 15,086 undi menewaskan Karmaine yang memperoleh 10,380 undi.

Ternyata IDE meleset lagi. Kajian Ilham Centre lebih dekat dengan merumuskan BN akan memang selesa dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai termasuk peralihan sokongan pengundi Cina kepada BN.  

“Dalam kajian lapangan ini, kami mengesan akan berlaku peralihan undi Cina ke BN disebabkan beberapa faktor-faktor seperti kegagalan prestasi kerajaan menunaikan manifesto (59.1 peratus), prestasi kerajaan persekutuan yang kurang memuaskan (59 peratus), prestasi kerajaan negeri yang kurang memuaskan (53 peratus) dan kos sara hidup semakin tinggi berbanding zaman BN (60 peratus),” menurut laporan itu.


Sekali lagi Ilham Centre berkata BN menang

Ternyata realiti pilihanraya menunjukkan lagi pencapaian BN lebih mengejutkan di Tanjung Piai.

PH kalah semua di 27 PDM Tanjung Piai malah 125 saluran PH hanya menang satu saluran dengan kelebihan 25 undi sahaja. Ini mesej paling besar disampai rakyat kepada Kerajaan PH.

Malah di PDM Cina peralihan sokongan kepada BN berlaku pada kadar lebih daripada dua kali ganda berbanding di PDM Melayu.

Pada PRU tahun lalu PH memenangi 11 daripada 27 PDM yang ada.

PDM Pangkalan Raja Pontian, sokongan kepada PH menurun dari 19.45 peratus kepada hanya 10.65 peratus.

Di PDM Pekan Nanas Timur dan Pekan Nanas Selatan sokongan pengundi Cina kepada PH masing-masing menurun 38.01 peratus dan 27.48 peratus.

Di PDM Pekan Nanas Selatan pula hanya 27.37 peratus kertas undi diberikan kepada PH. BN mendapat 39.62 peratus undi pada PRU tahun lalu dan semalam 63.37 peratus undi di PDM Pekan Nanas Selatan diberikan kepada Muafakat Nasional.

Oleh itu kajian berbayar Institut Darul Ehsan (IDE) yang dipimpin Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman Naib Canselor Unisel yang juga bekas Pengarah UMCEDEL itu hanyalah sebuah kajian ‘syok sendiri’ dan menipu. Mereka buatnya atas sebab dibayar namun kajian mereka semua tidak tepat.

 

1 Comment