'Kereta Terbang': Menteri PH kena tipu oleh Datuk Seri 'Penipu' Eastcap Berhad
04:11 Nov 21, 2019  |  By SabahKini2
'Kereta Terbang': Menteri PH kena tipu oleh Datuk Seri 'Penipu'  Eastcap Berhad

Rupanya kereta terbang itu ialah Super Dron Ehang daripada China. CEO EastCap Berhad ialah Datuk Seri ‘Penipu’ dari projek tanaman Guarana yang kontroversi di negara ini. Apa sudah jadi Menteri PH?

Selepas beberapa bulan dikecam rakyat berhubung kereta terbang pertama Malaysia, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, mengumumkan sesi pandu uji kereta terbang pada 21 November namun nampaknya terpaksa dibatalkan lagi.

Sesi ujian dirancang ‘kereta terbang’ atau Dron model UAS E-Hang 216 (EH216) keluaran syarikat China itu rupanya tidak mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Super Dron China yang menjadi troll netizen sebagai 'Kereta Terbang"

CAAM menerusi kenyataan berkata, lokasi penerbangan ujian penerbangan terbabit yang dijadualkan di UNIKL MIAT Hangar Subang, terletak kurang 200 meter dari trafik syarikat penerbangan komersial dan helikopter.

Kata kenyataan itu, ia jelas di dalam Zon Kawalan Terminal Lapangan Terbang Subang yang berada di bawah pengawasan ketat oleh Kawalan trafik udara.

“Di samping itu, EH216 hanya mengeluarkan Permit Penerbangan Khas (SFP) oleh Pentadbiran Penerbangan Awam China yang terhad kepada menjalankan penerbangan penyelidikan dan pembangunan di Grand World Science Park, Guangzhou.

“CAAM juga menjalankan penyiasatan terhadap pihak yang menjalankan penerbangan demonstrasi tidak sah yang membabitkan EH216 pada 15 November lalu di kawasan sama dalam Lapangan Terbang Subang,” katanya.

CAAM berkata, pihaknya menyokong pembangunan industri aeroangkasa di Malaysia, namun ujian dan demonstrasi penerbangan mesti dijalankan mengikut Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 (MCAR 2016) bagi memastikan keselamatan terjamin.

Sementara itu Menteri Pengangkutan, Anthony Loke semalam juga menyatakan semua pihak perlu mendapatkan kelulusan CAAM bagi sebarang urusan membabitkan dron atau kereta terbang. Beliau juga tidak akan campur tangan mengenai keputusan CAAM tidak membenarkan sesi pandu uji kereta terbang

Super Dron ‘kereta terbang’ dan Datuk Seri ‘Penipu’

Wajah Datuk Seri 'Penipu' yang berjaya mengencing Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof Menteri Keusahawanan

Sejak ogos lalu media menyiarkan berita mengenai sebuah syarikat tempatan, EastCap Berhad yang memperkenalkan Super Dron dengan Kepintaran Buatan (AI) sebagai revolusi pengangkutan udara pertama di dunia.

Malah ramai berpendapat syarikat yang bakal menampilkan kereta terbang ialah daripada syarikat Aerodyne Group. Ternyata sangat meleset.



Kereta terbang kontroversi sebelum ini

Super Dron EastCap Berhad menjadi pilihan. Super Dron inilah yang akhirnya menjadi ‘kereta terbang’ yang bakal dinaiki Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof. Bermati-matian Redzuan mempertahankan Super Dron ini di Parlimen sebagai ‘Kereta Terbang’. Katanya Super Dron atau dron adalah kereta terbang.

EastCap Berhad mengumumkan dirinya sebagai pengedar sah dua syarikat dari China iaitu eHang Intelligent Equipment Guangzhou (eHang) dan Strong Rich Holdings Limited.

Kredit Video: Malaysia Gazette 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan EastCap Berhad ialah seorang Datuk Seri ‘Penipu’ bernama Zakwan Hafiz Ahmad Ansari. Semakan di Bahagian Istiadat  dan Urusetia Persidangan Antarabangsa nama Zakwan Hafiz Ahmad Ansari tiada dalam senarai penerima Darjah Kebesaran, bintang dan pingat.

Semakan juga menunjukkan EastCap Berhad sebuah syarikat yang ditubuhkan pada tahun 2015 hanya lah sebuah syarikat yang tidak pernah diaudit sejak ditubuhkan malah bukan sebuah syarikat dron atau super dron tetapi syarikat perhotelan dan resort. Apa ke jadah syarikat perhotelan sebagai sebagai pembekal dron?

Lebih teruk Super Dron Ehang EastCap Berhad tidak mempunyai lesen CAAM, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)

Berapa agaknya Datuk Seri’ Penipu’ ni telah rembat duit syarikat China itu? Katanya super dron itu dibiayai sepenuhnya oleh eHang sebagai sebahagian daripada pemasaran dan promosi kenderaan itu di Malaysia dan rantau ini.

Datuk Seri ‘Penipu’ kontroversi!

Pada tahun 2016 syarikatnya Bumitech Marketing Sdn Bhd kononnya dilantik HKL dan Kementerian Kesihatan sebagai syarikat operasi tunda dan mengalih kenderaan terhadap pesalah trafik di kawasan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Pekerja syarikatnya melakukan peras ugut terhadap orang awam dan akhirnya ditangkap dibawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan iaitu mendatangkan kepada seseorang ketakutan bencana dengan tujuan hendak melakukan pemerasan.

Datuk Seri ‘Penipu’ ini juga adalah Pengarah Eksekutif Ritz Guarana Plantation Holding Berhad. 28 Mac 2019 beliau muncul dalam satu Perjanjian Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Koperasi Komuniti Selatan Berhad (KKSB) dengan Ritz Guarana Plantation Berhad (RITZ memberi hak ekslusif kepada KKSB untuk menjadi pengedar tunggal biji benih dan anak pokok Guarana di seluruh negeri Johor.

Bagaimanapun 18 Mei 2019 muka depan Utusan Malaysia dengan tajuk Skandal Buah Brazil- Petani ditipu serah tanah telah mengejutkan semua pihak bahawa projek guarana ini adalah sebuah projek penipuan. Jabatan Pertanian kekal melarang pengimportan biji dan bahan tanaman ini masuk ke negara ini kerana mempunyai penyakit Hawar Daun Amerika Selatan (SALB - South American Leaf Blight) yang sangat merbahaya kepada industri getah dan tanaman lain dalam negara.

Kuat penipuan syarikat ini nak mengumpul wang

Sehingga kini larangan import biji benih guarana masih berkuatkuasa dan kesalahan dilakukan boleh didakwa dibawah Akta MAQIS 2011 serta Akta Kuarantin Tumbuhan 1976. 

Di Sabah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah membuat keputusan tidak membenarkan skim guarana memasuki Sabah kerana syarat tidak dipatuhi, keselamatan bio dan juga penipuan kepada rakyat

Selepas kelihatan gagal dalam projek Guarana ini nampaknya Datuk Seri 'Penipu' ini bertukar pula kepada pembekalan produk Super Dron. Alasanya untuk agensi kerajaan seperti bagi tujuan pelancongan dan tujuan keselamatan seperti ESSCOM. Apa mereka tidak tahu enam helikopter tempur ringan MD 530G yang kononnya akan ditempatkan di Pangkalan Operasi Hadapan (POH) Helikopter Lahad Datu pun tidak pernah sampai hingga sekarang. Inikan Super Dron mengarut seperti Eastcap Berhad ini.

Sebab tak mahu malu terpaksa hadir melawat super dron E-Hang

Portal Drone Addicts  melaporkan pada tahun 2018 Syarikat China itu eHang Intelligent Equipment Guangzhou (eHang) memfailkan kebankrapan namun ia hanya satu jalan menyelamatkan syarikat itu untuk mengumpul dana lebih banyak bagi mengeluarkan Super Dron atau teksi udara itu. Dan jika benar EastCap Berhad mendapat kontrak daripada Indonesia bagi pembelian Super Dron bagi tujuan pelancongan ia adalah jalan Datuk Seri 'Penipu' itu mengumpul wang melalui EastCap Berhad dan Ehang. Projek Guarana sudah gagal pastinya projek ini juga akan gagal.

Cuma yang lebih pelik ialah bagaimana Menteri Pembangunan Usahawan seperti Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof boleh terpedaya dengan Datuk Seri 'Penipu' ini?  Adakah sama-sama terdesak 'kencing' maka Super Dron eHang Intelligent Equipment Guangzhou terpaksa digunakan untuk mengaburi isu kereta terbang? Ia bukan kepakaran tempatan tetapi pembelian produk China. 

Menteri Pembangunan Usahawan sanggup bertahan semata-mata Super Dron bodoh Ehang!

 

2 Comments