Hanya 9 bulan di MOTAC, kini KSU 'Ditendang' lagi ke MOT
04:11 Nov 23, 2019  |  By SabahKini2
Hanya 9 bulan di MOTAC, kini KSU 'Ditendang' lagi ke MOT

Akhirnya KSU MOTAC Isham Ishak hanya hanya mampu bertahan 9 bulan sahaja di MOTAC sebagaimana beliau di MITI. Kini giliran beliau bakal menyesakkan kepala Menteri DAP Anthony Loke. Berapa bulan agaknya KSU ini akan bertahan di MOT?

KERAJAAN bakal melakukan sekali lagi rombakan dalam pentadbiran awam membabitkan pertukaran jawatan dan kenaikan pangkat Ketua Setiausaha kementerian (KSU) dan Ketua Pengarah.

KSU Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Alwi Ibrahim bersara mula 22 November lalu dan tempatkan dilaporkan bakal digantikan dengan Dato' Sri Haji Mohammad Bin Mentek sebelum ini Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ketua Setiausaha Kementerian yang kosong seperti Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim turut bakal diisi selain jawatan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia.

Terbaru KSU kontroversi yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Isham Ishak Ketua Setiausaha,Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) dipindahkan ke Kementerian Pengangkutan sebagai KSU mengisi kekosongan Datuk Mohd Khairul Adib yang kini Ketua Perkhidmatan Awam (KPA).

Antara yang dilaporkan dalam media massa

Dalam satu mesej aplikasi whatpps yang tular Isham Ishak mengucapkan terima kasih kepada warga MOTAC sejak beliau bertugas 9 bulan lalu.

“Saya telah menerima watikah pertukaran dari MOTAC ke Kem Pengangkutan jam 330 petang Jumaat 22 Nov 2019. Pertukaran ini berkuatkuasa pada Isnin 25 Nov 2019. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli ahli Mesyuarat Pengurusan serta pegawai MOTAC dan Agensi”. katanya


Perpindahan Isham Ishak sudah dijangka kerana skandal dan juga sikapnya yang menentang Menterinya Datuk Mohammadin Ketapi.

[ARTIKEL BERKAITAN - Syarikat kroni digagalkan, Timbalan Menteri, KSU MoTAC serang Menteri guna ‘Surat Layang’ ]

[ARTIKEL BERKAITAN - KSU degil tubuh ‘High Level Taskforce’ lantik kroni demi monopoli projek pelancongan]

Siasatan SPRM terhadap kes pembayaran RM35 juta kepada GEEKO yang disiasat SPRM kontrak RM99.7 juta sedikit sebanyak mencalar namanya.

Laporan Berita Harian dan Notis SPRM

[ARTIKEL BERKAITAN- KSU MOTAC luluskan bayaran RM35 juta kepada GEEKO yang disiasat SPRM kontrak RM99.7 juta! ]

[ARTIKEL BERKAITAN-  Bayaran RM35 juta: Datuk Isham KSU MOTAC ditahan SPRM bakal direman? ]

KSU MOTAC luluskan bayaran RM35 juta kepada GEEKO yang disiasat SPRM kontrak RM99.7 juta!

Bagaimanapun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 10 Ogos lalu menafikan laporan portal Sabahkini2 berhubung siasatan kes Datuk Isham Isham itu.

[MESTI BACA- [VIDEO] SPRM nafi portal Sabahkini2 tapi..]

Di zaman BN KSU skandal seperti ini akan di ditempatkan ke Jawatan Kumpulan Tidak Berportfolio (pool) di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Namun di zaman PH KSU seperti ini dipindahkan ke Kementerian lain dan bakal menyesakkan pula Menteri Pengangkutan. Sebelum ini Datuk Darell Lieking Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah membuat surat kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk meminta pertukaran KSU MITI ini.

Hanya 9 bulan di MITI Isham Ishak dilemparkan ke MOTAC dan kini akan ke Kementerian Pengangkutan (MOT). Kini hanya 9 bulan di MOTAC dan berapa bulankah agaknya Isham akan bertahan di MOT jika sikapnya tidak berubah. Mungkin Anthony Loke Menteri Pengangkutan yang juga Menteri DAP sangat gembira menerima KSU baru mereka. 

 Berapa bulan Isham Ishak akan bertahan di MOT? sama-sama kira. Rekod beliau di setiap kementerian hanya 9 bulan

 

 

1 Comment