Lagi Menteri luluskan AP Eksport pasir secara ‘rundingan terus’ kepada syarikat RM2.00!
06:11 Nov 27, 2019  |  By SabahKini2
Lagi Menteri luluskan AP Eksport pasir secara ‘rundingan terus’ kepada syarikat RM2.00!

4 Julai 2019 Menteri KATS Dr Xavier Jayakumar berkata mengharamkan pengeksportan pasir ke luar negara namun terbaru Menteri meluluskan lagi AP pasir kepada syarikat RM2.00. Siapa agaknya dibelakang syarikat ini istimewa pada Menteri?

16 Januari 2019 Portal Sabahkini2 telah mendedahkan surat surat kelulusan AP Pengeksportan Pasir Sungai ke luar negara kepada 4 syarikat kroni yang ditandatangani oleh Dr Gerald Sundaraj Setiausaha Sulit Kanan Menteri, Air, Tanah dan Sumber Asli menggunakan ‘Letter Head’ Menteri.

Kandungan surat bertarikh 29 November 2018 Setiausaha Sulit Kanan itu menjelaskan pelantikan atas rundingan menteri bersama Perdana Menteri kepada empat syarikat iaitu Goldland Capital Sdn Bhd (Kelantan), Polo Specialist Trading Sdn Bhd (Pahang), Legacy Lestari Sdn Bhd dan Asal Jasa Sdn Bhd (Kelantan).

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri luluskan AP eksport pasir secara 'rundingan terus' kepada 4 syarikat kroni?]


Bagaimanapun pada 17 Januari 2019 dalam kenyataan media Dato' Dr. Xavier Jayakumar Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli menafikan pemberian kepada syarikat kroni itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Menteri nafi luluskan AP eksport pasir kepada empat syarikat kroni ]

Sekalipun pada 4 julai lalu Menteri KATS Dr Xavier Jayakumar berkata mengharamkan pengeksportan pasir laut ke mana-mana negara bukan sahaja Singapura namun terbaru menurut sumber Menteri meluluskan lagi satu syarikat RM2 iaitu Ocean Serenity Sdn Bhd beralamat Sungai Petani Kedah.

Perkara itu didedahkan melalui surat pemakluman kelulusan AP Pengeksportan pasir keluar negara oleh Dr Gerald Sundaraj Setiausaha Sulit Kanan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli bertarikh 5 September 2019 rujukan KATS.PM.100-4/3/6 Jld.5 (17) di alamatkan kepada Mohammad Sollahuddin Che Omar Pengarah Ocean Serenity Sdn Bhd.


Surat Setiausaha Sulit Kanan Menteri KATS

Persoalannya siapakah pemimpin PKR Kedah dibelakang Syarikat Ocean Serenity ini? Syarikat yang ditubuhkan 2017 ini hanya aktif semula tahun 2019 jika rujuk kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Apakah syarikat tidak punya wang termasuk dalam kriteria mendapat permit eksport pasir? AP pengekspotan pasir ini mungkin dikeluarkan di Kawasan Negeri Kedah. Jika tiada pemimpin besar dibelakangnya tak mungkin Syarikat Ocean Serenity mendapat kelulusan menteri. 


Pemilik Ocean Serenity Sdn Bhd

Menurut sumber syarikat ini sudah mula mencari syarikat-syarikat pasir untuk menjual APnya kepada pihak lain menunjukkan syarikat yang diberi AP eksport pasir oleh Menteri ini tidak berkemampuan dan tidak layak. Surat pejabat menteri ini kini sudah berlegar-legar di pasaran mencari pembeli AP pasir.

Sementara itu di laman sosial melalui facebook Chegu Bard turut mempersoalkan tindakan Menteri Dr Xavier yang sebelum ini menghentikan eksport pasir tetapi meluluskan lagi lombong pasir tanpa memikirkan kesan langsung terhadap alam sekitar.

Dalam pendedahannya Dr Xavier meluluskan Kawasan lombong baru kepada Syarikat Samudra Asli Resources Sdn Bhd beralamat Pulau Pinang tetapi mendapat kelulusan lombong pasir dasar laut Lesen No.0115 bermula 9 Ogos 2019 hingga 8 Ogos 2022 di Kawasan luar perairan Negeri Perak  seluas 135.1km persegi.


Surat kelulusan yang baru ditandatangani oleh Dr Xavier Menteri KATS

Katanya lagi bagaimana syarikat ini dapat kelulusan dan kesan terhadap alam sekitar akan lebih parah bila kawasan projek Perak dan kawasan berhampiran di Pulau Pinang pula berdepan isu tebus guna (tambak laut) yang serius.

 

 

 

 

 

8 Comments