Syarikat MMC tipu kad data warga asing pernah dapat surat sokongan Timbalan Menteri?
04:11 Nov 28, 2019  |  By SabahKini2
Syarikat MMC tipu kad data warga asing pernah dapat surat sokongan Timbalan Menteri?

Terdapat beberapa dokumen menunjukkan Syarikat Mega Management Consultancy Sdn Bhd pernah mendapat sokongan Timbalan Menteri dan Imigresen. Sepatutnya Jabatan Imigresen berani berkata 'TIDAK' agar tidak berleluasa.

Sebelum ini kecoh mengenai Syarikat Mega Management Consultancy Sdn Bhd milik ‘Dato’ Sulu’  Dato’ Seri Saad Hj Ani Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang terlibat dengan dalam kegiatan pengumpulan data dan pengeluaran kad dokumentasi kepada warga asing terutama pendatang asing tanpa izin (PATI).

[ARTIKEL BERKAITAN- Dato' Seri 'Sulu' pro warisan aktif semula daftar PTI Sabah guna syarikat tipu SRM, MMC ]

Kementerian Dalam Negeri turut membuat penafian dan melaporkan kepada pihak polis berhubung insiden kad warga asing yang tular itu.

Menurut KDN pihaknya tidak pernah melantik Syarikat Mega Management Consultancy Sdn Bhd bagi menjalankan pengumpulan data maklumat dokumentasi pekerja asing, warga asing atau mana-mana individu yang mempunyai masalah kerakyatan di Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- KDN buat laporan polis syarikat penipu MMC Sdn Bhd]

11 November lalu Polis Sabah mengumumkan menumpaskan sindiket penipuan kad data warga asing milik Dato' Seri Saad Hj Ani Pengerusi SR Manpower Resources Sdn Bhd dan Mega Management Consultancy Sdn Bhd selepas menahan enam individu termasuk pengarah syarikat anak Dato’ Seri itu dalam serbuan di sebuah premis di MidTown Plaza, Batu 3 1/2 Jalan Utara, Sandakan.

Sindiket penipuan kad data warga asing, Syarikat MMC milik Dato' Seri 'Sulu' tumpas lagi

Serbuan pukul 4.20 petang pada 22 November lalu oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan turut merampas 1,301 keping kad data dokumentasi pekerja asing dianggarkan bernilai kira-kira RM1 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN- Sindiket penipuan kad data warga asing, Syarikat MMC milik Dato' Seri 'Sulu' tumpas lagi ]

Bagaimanapun ada perkara yang rakyat perlu tahu dan perlu dijelaskan oleh Jabatan Imigresen yang mengetahui syarikat Mega Management Consultancy Sdn Bhd itu.

Dalam satu surat yang tular dalam laman sosial didapati syarikat milik Dato’ Seri Saad Hj Ani Pengerusi Mega Management Consultancy Sdn Bhd telah membuat surat sokongan dan meminta kelulusan kepada Datuk Azis Jamman Timbalan Menteri Dalam Negeri atas tajuk “Memohon kelulusan Timbalan Menteri Dalam Negeri YB Datuk Azis Jamman kepada syarikat Mega Management Consultancy Sdn Bhd melalui Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Negeri Sabah  bagi kebenaran melaksanakan mengumpul data dibawah program dokumentasi pekerja asing Sabah”.

 

Turut didedahkan surat Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri KDN, Mohd Zaffwan Bin Ab Ghafar  bertarikh 25 Februari 2019 rujukan KDN.TMDN.100-4/2/3 JLD3 (66) yang telah dicop terima oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia pada 1 Mac 2019 berhubung syarikat Mega Management Consultancy Sdn Bhd itu.

Surat maklum balas Jabatan Imigresen kepada Mega Management Consultancy Sdn Bhd bertarikh 13 Jun 2019 yang mengesahkan permohonan itu dan sedang dalam tindakan jabatan turut tular.

Surat-surat inilah yang digunakan oleh pemilik syarikat Dato’ Seri Saad Hj Ani menipu kegiatan pengumpulan data dan pengeluaran kad dokumentasi kepada warga asing.

Dengan surat-surat ini warga asing percaya bahawa Syarikat Mega Management Consultancy Sdn Bhd diberi kuasa oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Sepatutnya sama ada Timbalan Menteri atau Jabatan Imigresen mereka sepatutnya terus memaklumkan tiada kelulusan seumpama itu bukannya memberi harapan kepada syarikat melalui surat-surat yang boleh dimanipulasi.

Dato' Seri  Saad Hj Ani menggunakan syarikat SR Manpower Resources Sdn Bhd yang beroperasi di sekitar Kota Kinabalu melakukan kerja-kerja penipuan itu. Imigresen mengesahkan syarikat itu menipu PATI dengan mengenakan bayaran antara RM1,100 dan RM1,200 bagi setiap kad, kononnya kebenaran untuk mereka berada di Sabah sebagai pekerja asing yang berdaftar.

Lagipun kes melibatkan Dato' Seri  Saad Hj Ani bukan kes baru buat Jabatan Imigresen. Pada tahun 2017 pernah ditangkap malah pada 6 April 2018 Dato' Seri Dato' Seri  Saad Hj Ani  Pengerusi Syarikat SR Manpower Resources Sdn. Bhd bersama seorang wanita didakwa di mahkamah berhubung penipuan pengurusan kad kerja pekerja warga asing. Namun Dato' Seri ini tetap berani malah mendapat surat sokongan daripada jabatan atau agensi.

Jika Timbalan Menteri dan Jabatan Imigresen sudah tahu Dato' Seri  Saad Hj Ani, SR Manpower Resources Sdn. Bhd adalah pemilik syarikat Mega Management Consultancy Sdn Bhd mengapa dilayan dan diberi ruang mereka terus menipu rakyat.

Sekarang sindiket mereka telah dilumpuhkan dan rakyat Sabah mahu syarikat diambil tindakan tegas serta didakwa di mahkamah. 

 

Comment