PAC Siasat: RM20 juta wang rakyat lesap hanya syarikat dron Aerodyne bukan kereta terbang!
13:11 Nov 29, 2019  |  By SabahKini2
PAC Siasat: RM20 juta wang rakyat lesap hanya syarikat dron Aerodyne bukan kereta terbang!

Akhirnya kereta terbang guna duit rakyat!. RM20 juta untuk syarikat dron Aerodyne sahaja. Siapa tipu siapa? Aerodyne, EastCap Berhad, E-hang atau Menteri PH terdesak? Aerodyne mengaku tidak pernah buat kereta terbang!

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menggesa pihak berkuasa mengaudit pelaburan dana awam sebanyak RM20 juta yang dilaburkan ke syarikat Aerodyne Ventures Sdn Bhd (Aerodyne).

Menerusi laporan PAC berkaitan projek kereta terbang, jawatankuasa itu memaklumkan syarikat tersebut merupakan sebuah firma swasta yang dikaitkan dengan projek berkenaan.

Menurut jawatankuasa itu, dana itu disalurkan kepada Aerodyne melalui syarikat dikenali sebagai VentureTech Sdn Bhd (VentureTech), sebuah anak syarikat Malaysian Industry-Government Group for High Technology (Might) yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

"Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengesahkan wang tersebut disalurkan dari VentureTech kepada Aerodyne pada 1 November 2019,” memetik laporan berkenaan.

Sebelum ini pada Mac 2019 kecoh berkenaan isu model kereta terbang di Malaysia yang telah dipamerkan di Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (Lima ’19). Dikenali sebagai Vector di Pusat Pameran Antarabangsa (MIEC) rekaan daripada Aerodyne Group

[ARTIKEL BERKAITAN- Rupanya kereta terbang ‘bahan lawak’ dibina adik CEO Uzma Berhad kontroversi skandal Petronas! ]

Vector yang digembar-gemburkan..tetapi akhirnya sapu RM20juta

Namun lebih mengejutkan pengumuman pelancaran kereta terbang pertama Malaysia oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof pada 21 November lalu bukanlah daripada syarikat Aerodyne Ventures Sdn Bhd (Aerodyne) yang mendapat dana RM20 juta itu.

Tetapi syarikat EastCap Berhad menggunakan model Dron UAS E-Hang 216 (EH216) keluaran syarikat  China iaitu eHang Intelligent Equipment Guangzhou (eHang) dan Strong Rich Holdings Limited. Pelancaran kereta terbang itu gagal kerana tidak mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Menjadi lebih musykil bagaimana Menteri boleh menggunakan syarikat EastCap Berhad seorang Datuk Seri ‘Penipu’ bernama Zakwan Hafiz Ahmad Ansari.

[ARTIKEL BERKAITAN- 'Kereta Terbang': Menteri PH kena tipu oleh Datuk Seri 'Penipu' Eastcap Berhad ]

'Kereta Terbang': Menteri PH kena tipu oleh Datuk Seri 'Penipu'  Eastcap Berhad

Berbalik kepada Aerodyne Ventures Sdn Bhd menghairankan mengapa syarikat itu tidak membuat pelancaran kereta terbang sebagaimana mereka memperolehi dana kerajaan RM20 juta itu? Portal The Malaysian Reserve julai lalu pun pernah melaporkan Aerodyne bakal melancarkan prototaip kereta terbang mereka awal disember tahun ini. Jadi mengapa  EastCap Berhad dan Ehang? Apakah ini semua mahu menutup kelemahan menteri?

Bukan Aerodyne

Menteri Pembangunan Usahawan sebelum ini Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata tiada wang kerajaan dibelanjakan tetapi dengan inisiatif swasta. Bagaimanapun pengesahan Menteri Hal Ehwal Ekonomi di parlimen telah membuka kepada desakan siasatan.

Desakan itu adalah salah satu daripada enam syor yang dikemukakan PAC dalam laporan mereka berhubung projek kereta terbang yang didedahkan. (Baca laporan PAC di bawah).

“Walaupun menteri terbabit berkata projek kereta terbang adalah sebuah inisiatif swasta dan tidak menggunakan dana kerajaan, PAC mendapati MIGHT melalui VentureTech meluluskan pelaburan sebanyak RM20 juta kepada Aerodyne.

Ahli Lembaga Pengarah VentureTech milik kerajaan telah meluluskan pelaburan RM20 juta itu bagi membangunkan pusat pemprosesan data di Cyberjaya, pusat penyelidikan dan pembangunan serta ‘perbelanjaan lain ‘termasuk membeli beberapa dron.

 

Aerodyne Group nafi guna duit rakyat!

Bagaimanapun Aerodyne Group menegaskan bahawa tidak ada satu sen pun wang rakyat telah digunakan atau akan dibelanjakan pada masa hadapan untuk pembangunan mobiliti udara urban (UAM).

VentureTech syarikat pelaburan milik kerajaan bagaimana pula dana RM20 juta itu bukan milik rakyat?

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Aerodyne, Kamarul A Muhamed, berkata perbincangan awal yang melibatkan pihaknya dan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) pada awal tahun ini menegaskan inisiatif itu adalah semata-mata untuk menyumbang dalam pembentukan masa hadapan negara.

"Saya tidak jangka ia akan jadi sebaliknya," katanya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook

Beliau turut menegaskan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) tidak pernah memanggil mana-mana wakil Aerodyne untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penyaluran dana berjumlah RM20 juta untuk pelaksanaan pembangunan mobiliti udara.

Aerodyne mengaku menerima RM20 juta daripada Malaysian VentureTech namun pelaburan tersebut adalah adalah 100 peratus bagi pembangunan perniagaan dron bukan kereta terbang.

Malah Aerodyne menangguhkan pembangunan UAM sejak Ogos 2019 walaupun sudah menerima wang RM20 juta semata-mata memberi fokus dan tumpuan penuh kepada teras perniagaan Aerodyne di peringkat global.

Bukankah ini satu penipuan? Di uarkan dalam media masa sebagai projek kereta terbang tetapi dibangunkan hanya semata-mata untuk dron.

Kerajaan wajar menyiasat penipuan ini. Penggunaan wang rakyat RM20 juta bagi tujuan kepentingan syarikat dan tidak digunakan untuk tujuan asal ‘Kereta terbang'. Kerajaan wajar mengetahui kemana dana RM20 juta Aerodyne itu belanjakan.

PAC wajar menyiasat dana RM20 juta ini. Aerodyne perlu dipanggil dan kewangan mereka disemak kemana dana RM20 juta itu dibelanjakan. Apakah VTSB milik MIGHT turut bersekongkol? Jika terdapat unsur rasuah SPRM wajar menyiasatnya.

 Baca kenyataan media PAC penuh.

 

4 Comments