Timbalan Ketua Menteri gaji RM71,932, aset RM6.1 juta layak Bantuan Musim Tengkujuh RM600
02:12 Dec 01, 2019  |  By SabahKini2
Timbalan Ketua Menteri gaji RM71,932, aset RM6.1 juta layak Bantuan Musim Tengkujuh RM600

Mac 2019 pekebun kecil getah di Sabah bising tidak diberi Bantuan Musim Tengkujuh (BMT). Menteri Warisan gaduh dengan LGE dan akhirnya diluluskan. Dah lulus kini Timbalan Ketua Menteri Sabah pula layak RM600. Rakyat mempersoalkan!

KOTA KINABALU: Selepas tular senarai penama bantuan musim monsun untuk pekebun kecil getah daripada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) netizen mempersoalkan bagaimana seorang Ahli Parlimen Tuaran yang juga Timbalan Ketua Menteri layak menerima bantuan RM600 itu.

Rakyat Sabah terutama golongan Miskin, miskin tegar, B40 atau dalam senarai E-kasih mempersoalkan bagaimana Wilfred Madius Tangau berpendapatan RM71,932 sebulan (MP dan Timbalan Ketua Menteri) serta asset RM6,170,346 tergamak sanggup mengambil bantuan RM600 pekebun kecil itu.


Bagaimanapun Timbalan Ketua Menteri seperti dilaporkan media mempertahankan dirinya menerima RM600 itu dengan berkata tiada peraturan mengatakan seorang Timbalan Ketua  Menteri atau Menteri tidak berhak menerima bantuan itu.

“Saya memiliki kebun getah seluas 10 ekar di Tamparuli, yang dijaga sepupu saya, Taimin Gindalan, yang juga seorang ketua masyarakat pribumi,” katanya seperti dilapor FMT.

Sekalipun tiada peraturan kelayakan penerima namun sebagai seorang ahli Parlimen dan menteri perdagangan dan perindustrian Sabah yang punya hati Nurani keutamaan harus diberi kepada rakyat yang juga punya tanah dan kebun kecil getah. Masih ramai yang memohon tidak dapat bantuan itu malah ada bantuan dipotong tetapi tiba-tiba Menteri yang bergaji hampir RM80,000 layak menerimanya.

Sebelum ini pada Mac 2019 pekebun kecil getah di Sabah tidak diberikan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) hanya pekebun kecil getah dibawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) diberikan BMT.

Rakyat Sabah yang tidak dapat BMT berdemo sebelum ini

Isu itu mencetuskan polemik, demonstrasi pekebun kecil getah dan memaksa Junz Wong Menteri Pertanian Sabah bersama pegawai dari Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) berunding dengan Lim Guan Eng Menteri Kewangan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Junz Wong gagal, Lim Guan Eng tidak luluskan BMT pekebun kecil getah Sabah ]

Junz Wong gagal, Lim Guan Eng tidak luluskan BMT pekebun kecil getah Sabah

Akhirnya dengan pelbagai desakan rakyat  pada April 2019 70,000 pekebun kecil getah di Sabah layak menerima Bantuan Musim Tengkujuh sebanyak RM600 melibatkan peruntukan tambahan kira-kira RM42 juta yang diluluskan Kementerian Kewangan.

Difahamkan bantuan RM600 itu sudah didepositkan ke akaun bank isteri Tangau Datin Dr Jainah Sintian [suatu ketika pernah menjadi isu berhubung saranannya menyerang PBS menggunakan isu hudud melalui aplikasi WhatApps]

Senarai LIGS yang tular itu telah meng’kantoi’kan Tangau sebagai penerima bantuan itu dan Tangau mengambil pendekatan mempertahankan dirinya berbanding mahu berkata akan menyerahkan bantuan kepada yang layak.

Netizen beranggapan Timbalan Ketua Menteri sebagai penerima bantuan BMT sebagai tidak masuk akal. Apakah selepas ini Timbalan Ketua Menteri juga akan layak menerima PPRT, PPR, BSH, atau segala bentuk bantuan kepada rakyat walaupun gaji mereka mencecah RM80,000 sebulan? Tangau menunjukkan teladan yang tidak baik.

 

11 Comments