Lebih 7000 ribu pesawah 'meninggal' masih dapat subsidi, insentif berjumlah RM57.92 juta.
12:12 Dec 02, 2019  |  By SabahKini2
Lebih 7000 ribu pesawah 'meninggal' masih dapat subsidi, insentif berjumlah RM57.92 juta.

Apakah pertubuhan peladang dan pegawai terlibat menyeleweng sehingga orang yang meninggal dunia masih diberi subsidi dan insentif

SERAMAI 3,210 hingga 7,061 pesawah yang sudah meninggal dunia masih mendapat subsidi dan insentif setiap musim berjumlah RM57.92 juta.

Jabatan Audit Negara (JAN) menerusi menerusi Ringkasan Eksekutif Laporan Audit Negara Tahun 2018 Siri 2 turut mendapati seramai 1,427 hingga 2,421 penerima subsidi dan insentif berjumlah RM28.85 juta tidak wujud dalam sistem.

Selain itu, JAN turut mendapati nombor kad pengenalan pesawah direkodkan bagi 7,894 hingga 10,034 orang penerima subsidi pemberian berjumlah RM108.08 juta bagi 2016 hingga 2018, tidak lengkap dan meragukan.

Audit itu dilaksanakan menerusi Pengurusan Skim Subsidi dan Insentif Pesawah bagi meningkatkan Bekalan Beras Negara berikutan kerajaan sudah membelanjakan RM4.19 bilion bagi tempoh 2016 hingga 2018.

Skim subsidi dan insentif kepada pesawah dilaksanakan sejak 1979 bagi mengurangkan kos penanaman padi.

JAN dalam auditnya mendapati ia tidak dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan.

Terdapat kelemahan dalam pelaksanaan pendaftaran pesawah, pemberian subsidi dan insentif kepada golongan sasar selain kelewatan pembayaran tuntutan pembekal, menandatangani kontrak, penghantaran baja serta isu kualiti benih padi.

“Pengeluaran hasil padi bagi tempoh 2016 hingga 2018 menurun antara 1.4 peratus hingga 8.5 peratus.

“Purata produktiviti padi bagi tempoh sama tidak mencapai sasaran ditetapkan iaitu 3.7 tan metrik sehektar berbanding lima (5) tan metrik sehektar.

“Selain itu, jumlah pengeluaran padi bagi 2016 hingga 2018 sebanyak 7.95 juta tan metrik berbanding 8.43 juta tan metrik disasarkan,” menurut laporan itu.

Laporan itu turut menyatakan, purata produktiviti kawasan jelapang dan kawasan luar jelapang keseluruhannya 3.7 tan metrik sehektar (74%) berbanding sasaran sebanyak lima (5) tan metrik sehektar.

“Tuntutan syarikat bagi 2016 dan 2017 terhadap pembekalan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP) melebihi nilai kontrak dengan jumlah RM178.23 juta

“Tuntutan bagi Skim Insentif Pengeluaran Padi Baja NPK (SIPP NPK) dan Racun Makhluk Perosak 2016 melebihi nilai kontrak dengan berjumlah RM17.58 juta,” kata laporan itu.

Comment