Skandal Pegawai Kanan UMS dengan isteri pemimpin politik Sabah didedahkan!
13:12 Dec 17, 2017  |  By SabahKini2
Skandal Pegawai Kanan UMS dengan isteri pemimpin politik Sabah didedahkan!

Sumber yang melaporkan skandal ini berkata No’man dan pasangannya yang juga kakitangan UMS ditemui di pasaraya terkenal di Kuala Lumpur membeli-belah sambil berpegang tangan mesra seperti suami isteri baru-baru ini

Editor Sabahkini2 mendapat kiriman emel serta gambar dari Sabah berhubung Skandal seorang pegawai kanan Pendaftar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan isteri seorang pemimpin parti politik di Kota Kinabalu Sabah.

Menurut sumber kisah cinta terlarang Pendaftar UMS No’man Hj Ahmad bekas anak Mufti Negeri Sabah ini sudah lama berlaku dan menjadi gossip namun masih selamat dihidu dari media massa.

Sumber yang melaporkan Skandal ini berkata No’man dan pasangannya yang juga kakitangan UMS ditemui di pasaraya terkenal di Kuala Lumpur membeli-belah sambil berpegang tangan mesra seperti suami isteri baru-baru ini

“Tak mungkin orang lain. Saya amat kenal pendaftar dan kakitangan UMS itu. Saya hanya dengar desas-desus mereka selama ini tak sangka berjumpa dan melihat dengan mata sendiri.Saya hanya sempat mengambil gambar mereka dan sedikit rakaman video”.

"Tak mungkin juga hubungan akrab serta intim itu sebagai sahabat baik". Katanya namanya tidak mahu didedahkan

No’man adalah seorang pegawai kanan UMS berjawatan sebagai Pendaftar Universiti selaku Setiausaha Ahli Lembaga Pengarah UMS dan Pegawai Utama UMS. Semakan boleh dibuat di laman web www.ums.edu.my

Pihak UMS perlu memberi penjelasan penglibatan pegawai utamanya dalam skandal dengan isteri orang kerana ia boleh disiasat di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada kesalahan menggoda wanita yang sudah berkahwin dengan niat untuk mengadakan hubungan haram.

Kesalahan ini jika didapati bersalah, seseorang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Jika skandal yang didedah ini tidak benar, pegawai berkenaan boleh melaporkan kepada pihak polis dan mengambil tindakan undang-undang.

Suami wanita berkenaan belum dihubungi begitu juga isteri No’man Pendaftar UMS.

Video skandal ini akan didedahkan kemudian dalam siri seterusnya.

26 Comments