Kerajaan kaji guna dron kawal keselamatan sempadan- Muhyiddin
11:12 Dec 10, 2019  |  By SabahKini2
Kerajaan kaji guna dron kawal keselamatan sempadan- Muhyiddin

Di perairan Sabah (misalnya), sempadan dengan negara jiran (Filipina dan Indonesia) terlalu panjang, lebih 1,000km. Kita boleh gunakan dron di kawasan sempadan, ini sedang kita fikirkan," Kata Muhyiddin

JAKARTA: Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan sedang mengkaji kemungkinan penggunaan dron di kawasan perairan Sabah dan kawasan sempadan, bagi menangani isu-isu keselamatan.

Beliau berkata keadaan di perairan Sabah misalnya, yang pernah berlaku kejadian culik dan jenayah sempadan, ia memerlukan satu tindakan pengawasan yang lebih efisyen dan penuh siap siaga.

"Di perairan Sabah (misalnya), sempadan dengan negara jiran (Filipina dan Indonesia) terlalu panjang, lebih 1,000km. Kita boleh gunakan dron di kawasan sempadan, ini sedang kita fikirkan," katanya dalam program majlis ramah mesra bersama warga Malaysia di Indonesia, di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, malam tadi.



Muhyiddin dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Indonesia bermula Isnin, dalam usaha mengukuhkan lagi kerjasama strategik dengan Indonesia berkaitan isu-isu berkepentingan bersama kedua- dua negara.

Hampir 500 rakyat Malaysia hadir pada majlis ramah mesra itu.


-- BERNAMA

 

1 Comment