Wajib vaksin: 30 peratus warga asing Sabah, Sarawak masuk tanpa saringan
02:12 Dec 15, 2019  |  By SabahKini2
Wajib vaksin: 30 peratus warga asing Sabah, Sarawak masuk tanpa saringan

Pendatang asing bakal diberi vaksin dalam usaha elak penularan wabak berjangkit, Itupun Kerajaan Warisan masih hendak beri PSS yang mengundang lagi bencana penyakit berjangkit

MALAYSIA bakal memberikan suntikan vaksin kepada pendatang asing di negara ini, sebagai usaha mengelak penularan wabak penyakit berjangkit.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan akan mendapatkan kerjasama daripada Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) bagi memperoleh bekalan vaksin untuk diberi kepada pendatang asing.

Beliau berkata kementerian juga akan cuba mendapatkan kerjasama daripada kerajaan Filipina untuk mendapatkan vaksin memandangkan negara itu memperoleh bekalan vaksin yang lebih murah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Bala Polio kembali ke Sabah! Selepas 27 tahun ketika diperintah Warisan]

[ARTIKEL BERKAITAN- Punca Polio dari luar mungkin Filipina kata Dr Dzulkefly]

“Satu kerjasama antara Malaysia dengan Filipina (akan diwujudkan) sebab kita di Malaysia tidak diberi (dibekalkan) vaksin yang murah...tetapi Filipina, mereka dapat harga yang murah. Kami akan cuba peroleh (vaksin) menggunakan negara Filipina untuk diberi kepada pendatang asing.

“Kementerian juga akan bekerjasama dengan UNICEF untuk mendapatkan vaksin yang disubsidikan kepada pendatang asing,” katanya kepada pemberita selepas perasmian persidangan 'Be a Heart Hero' di Yayasan Jantung Malaysia oleh Timbalan Menteri Kesihatan  Dr Lee Boon Chye pada Sabtu.

Noor Hisham berkata kira-kira 20 hingga 30 peratus pendatang asing khususnya di Sabah dan Sarawak keluar masuk negara ini tanpa saringan dan perkara itu menjadi kegusaran pihaknya jika mereka ini tidak mendapat vaksin.

Minggu lalu, media melaporkan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dari Tuaran, Sabah dijangkiti virus polio, iaitu kes pertama selepas 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit itu.

Bayi itu dilapor mengalami demam diikuti lemah anggota badan dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi di hospital sebelum disahkan dijangkiti vaccine-derived poliovirus type 1 (VDPV1), pada Jumaat lalu.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham mengharapkan wujudnya kesedaran dalam kalangan ibu bapa tentang pentingnya mengambil suntikan vaksin sebelum pihaknya melaksanakan tindakan mewajibkan pengambilan vaksin.

“Kita kena galakkan dan beri pendidikan kesihatan kepada ibu bapa,” katanya. -BERNAMA

 

1 Comment