Shafie umum RM20 juta projek rancangan tebatan banjir Membakut hanya dilulus RMK12 (2021-2025)
16:12 Dec 15, 2019  |  By SabahKini2
Shafie umum RM20 juta projek rancangan tebatan banjir Membakut hanya dilulus RMK12 (2021-2025)

Gula-gula PRK Kimanis. Sebenarnya Hanya kajian projek tebatan banjir membakut dilaksana RMK11. Projek tebatan pula dilaksana dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) iaitu tahun 2021-2025. Tertakluk kelulusan EPU. Rakyat Membakut-Beaufort bertabahlah..

BEAUFORT- Akhirnya projek janji PRK Kimanis sudah mula turun. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengumumkan peruntukan Kerajaan Persekutuan  RM20 juta bagi melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir di Membakut.

Peruntukan itu akan diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) iaitu tahun 2021-2025. Projek pembangunan itu tidak mungkin dapat diluluskan dalam RMK11 memandangkan tempoh RMK11 itu berakhir 2020.

Peringkat awal baki dalam RMK11 ini hanyalah peringkat kajian termasuk mengenal pasti masalah selain menyediakan langkah penyelesaian terbaik untuk mengatasi masalah banjir di kawasan tersebut. Proses kelulusannya juga tertakluk kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU).

Kajian itu antara lain melibatkan Pelan Induk Tebatan Banjir Lembangan Sungai Membakut merangkumi empat batang sungai iaitu Sungai Membakut, Sungai Damit, Sungai Terusan dan Sungai Binsulok, katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir Beaufort dan Membakut di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Selagon, di sini, hari ini.

Rakyat mungkin tidak faham projek RMK11 atau RMK12

”Ini adalah insiatif untuk kita merealisasikan mitigasi banjir di sini termasuk mengorek dan mendalamkan sungai berhampiran bagi membolehkan saliran air lancar seterusnya sungai tidak cetek atau bertakung sehingga mengakibatkan banjir.

Masalah banjir di Beaufort dan Membakut bukan isu baru malah sejak bertahun lamanya isu itu tidak mungkin dapat diatasi sepenuhnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Shafie berkata, kerajaan negeri juga bercadang mewujudkan  kawasan khusus bagi PPS supaya bangunan sekolah tidak digunakan untuk menempatkan mangsa banjir.

Pada lawatan itu, Mohd Shafie turut menyampaikan sumbangan wang ihsan masing-masing RM400 daripada kerajaan negeri kepada 160 ketua keluarga terjejas dalam banjir tersebut.

Setakat ini mangsa banjir di beberapa kampung di Beaufort dan Membakut yang dipindahkan ke PPS di Dewan Selagon kekal seramai 448 orang daripada 160 keluarga.

Sebanyak 17 kampung di kedua-dua daerah berkenaan terjejas banjir yang berlaku sejak Selasa lepas.

 

7 Comments