8 Bukti Warisan pembela PTI di Sabah sehingga beri PSS: Fakta! Mengapa Warisan marah Annuar Musa?
05:12 Dec 18, 2019  |  By SabahKini2
8 Bukti Warisan pembela PTI di Sabah sehingga beri PSS: Fakta! Mengapa Warisan marah Annuar Musa?

Warisan iktiraf PTI. Fakta tidak boleh disangkal. 8 bukti ini tidak boleh dipertikaikan sehingga diberi dokumen PSS kepada PTI kekal tinggal di Sabah. Mengapa SUA Warisan Loretto Padua anak keturunan Filipina IMM13 yang kini warganegara itu marah?

KOTA KINABALU – Mengapa Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua begitu marah dengan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa kononnya Warisan menjadi dalang kepada kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke Sabah?

Bukankah kenyataan itu benar? Ia satu fakta yang tidak boleh dipertikaikan. 19 bulan Kerajaan Warisan berkuasa tiada siapa boleh menafikan usaha berterusan Warisan untuk mengiktiraf warga asing atau PTI sehingga tahap pemberian Pas Sementara Sabah (PSS) yang bakal dilaksana januari 2020. Kerajaan negeri lain sibuk membangunankan rakyat tetapi Warisan menghabiskan masa hampir dua tahun memberi dokumentasi PTI.

[ARTIKEL BERKAITAN- 600 ribu PTI pemegang ‘tiga dokumen’ bakal diberi Pas Sementara Sabah (PSS) ]

600 ribu PTI pemegang ‘tiga dokumen’ bakal diberi Pas Sementara Sabah (PSS)

Malah sebuah video antarabangsa yang tular diterbitkan "Captain George Official" menobatkan Semporna kawasan Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal sebagai bandar ‘Biggest Shithole’ di Malaysia. Bandar penuh PTI dan terkotor. Sekalipun Shafie bekas  Menteri KKLW yang mempunyai peruntukan RM14B terbesar, Semporna tidak pernah maju sehingga sekarang.

[ARTIKEL BERKAITAN- Video Antarabangsa nobatkan Semporna Kawasan Shafie sebagai ‘Biggest Shithole’ In Malaysia ]

Kenapa Datuk Loretto Padua yang juga anak keturunan Filipina itu melenting? Apakah beliau malu atau terasa sebagai anak Filipina yang kini mempunyai Kad Pengenalan serta mendapat pelbagai keistimewaan sehingga dilantik sebagai Adun lantikan hasil dari sistem yang dia kutuk itu?

Loretto Padua menuduh UMNOlah yang mengeluarkan “IC Projek” kepada PATI di Sabah sebelum ini.

“Annuar seperti telah kehabisan modal sehingga kenyataannya berhubung isu PATI di Sabah telah “backfire” kepada beliau dan partinya sendiri. Sistem UMNO lah yang telah merosakkan Sabah,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Surat sokongan seperti ini biasa di zaman Shafie sebagai MP BN. Kini beliau Ketua Menteri kuasa lebih besar sebagai
Pengerusi Jawatankuasa Pendatang Asing Negeri Sabah

Jika Loretto membuat tuduhan demikian bermakna Loretto menyalahkan Tun Dr Mahathir 22 tahun sebagai PM 4 dan Presiden Warisan sekarang adalah ahli kabinet sejak lebih 20 tahun lalu. Apa Shafie buat ketika itu? Apakah Loretto juga bersetuju Shafie Apdal juga adalah dalang projek IC sejak zaman Tun Dr Mahathir dulu? Jangan lupa Loretto Padua Setiausaha Agung Warisan sekarang adalah hasil dari perkahwinan bapanya asal Filipina dan ibunya orang KDM yang bekerja sebagai jururawat. Jika bukan kerajaan dahulu memberi dia Kad Pengenalan dia mungkin senasib IMM13 atau perlu dihantar pulang. Jadi Loretto yang tidak berhak bercakap mengenai PTI!. Dia sepatutnya bersyukur.

Lebih teruk lagi pemimpin PH seperti Anwar Ibrahim Presiden PKR, Christina Liew Pengerusi PKR dan DAP Sabah menyokong Shafie dan Kerajaan Warisan memberi dokumen sah kepada anak-anak tanpa negara hasil dari perkahwinan warga asing dan PTI. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Anwar Ibrahim setuju PH beri dokumen kepada PTI tinggal lama di Sabah ]

[ARTIKEL BERKAITAN- 'Anak tanpa negara' melalui perkahwinan PTI akan diberi kerakyatan kata Christina Liew ]

[ARTIKEL BERKAITAN- PSS: DAP Sabah setuju, Amanah mahu PTI lama, ‘anak tanpa negara’ diberi PSS ]

'Anak tanpa negara' melalui perkahwinan PTI akan diberi kerakyatan kata Christina Liew

Bukan juga rahsia di Sabah Shafie melantik suku sakatnya di jabatan atau agensi kerajaan negeri malah di syarikat GLC Sabah termasuk Yayasan Sabah. Individu berasal dari Semporna dilantik ketua-ketua jabatan di daerah. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Mengejutkan! Yayasan Sabah dikuasai keluarga suku sakat Shafie Apdal, Jamalul Kiram ]

Mengejutkan! Yayasan Sabah dikuasai keluarga suku sakat Shafie Apdal, Jamalul Kiram

Sebelum ini portal Sabahkini2 telah membuktikan kepada Darell Leiking Timbalan Presiden 7 bukti utama Warisan terlalu memberi keutamaan kepada PTI sehingga diberi dokumen malah bakal diberi sebuah pulau penempatan. 7 bukti itu jelas Warisan pembela PTI sehingga kesimpulan yang mereka bakal laksana sebagai bukti ke 8 iaitu memberi Pas Sementara Sabah bagi 3 pemegang dokumen seperti IMM13, burung-burung dan kad banci tidak perlu lagi kembali ke negara Filipina. Mereka perlu menyambung pas itu 3 tahun sekali. Berhak berkahwin tempatan dan beranak pinak untuk keturunan mereka memperolehi Kad Pengenalan.

7 bukti itu boleh dibaca dalam artikel ini.

[ARTIKEL: 7 Bukti Kerajaan Warisan utamakan PTI mengapa Darell Leiking nafi dan tidak ambil tindakan? ]

7 Bukti Kerajaan Warisan utamakan PTI mengapa Darell Leiking nafi dan tidak ambil tindakan?

Membuktikan Warisan penternak pendatang asing di negeri ini sejak mereka berkuasa selepas pendakwaan di mahkamah 10 September lalu terhadap pemimpin Warisan Ketua Unit Kecemasan Jawatankuasa Penerangan Pusat Parti Warisan Sabah Kapten (Dr) Zulfikar bin Zulkifli. 

Kekecohan projek IC yang kecoh  di Tuaran melibatkan premis Pesuruhjaya Sumpah (No. PJS S163) miliknya di klinik swasta Medisinar di Taman Telipok Ria. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Dr Zulfikar Pesuruhjaya Sumpah 'Warisan' dalang Projek IC didakwa 10 september ]

Apabila Setiausaha Agung Warisan Loretto anak Filipina bicara jangan kaitkan Warisan dengan PTI tentulah sangat melucukan. 

5 Comments