Siapa 'Datuk Hussin' sapu projek KBS, beri Vellfire kepada Setiausaha Politik, taja Armada ke Dubai-London?
10:12 Dec 22, 2019  |  By SabahKini2
Siapa 'Datuk Hussin' sapu projek KBS, beri Vellfire kepada Setiausaha Politik, taja Armada ke Dubai-London?

Nampaknya isu baru percutian Armada ke Dubai-London bakal mendedahkan Datuk misteri "Datuk Hussin' yang memberi wang, kereta mewah kepada Setiausaha Politik Menteri KBS, menaja percutian dan program Armada. Siapa Datuk Hussin itu?

Perang pemilihan Bersatu sudah bermula. Satu persatu dari dalam kelambu Kementerian Belia dan Sukan didedahkan keluar. Tiada orang lain melainkan ‘orang dalam’ sendiri.

Siapakah yang mendedahkan keluar surat makluman pelantikan Pegawai Penyelaras Pembangunan Sukan KBS Negeri seramai 13 orang yang majoritinya monopoli Armada Bersatu tanpa temuduga pada ogos lalu? Tentulah musuh Syed Saddiq dan Aizat Roslan Setiausaha Politik Syed Saddiq.

[ARTIKEL BERKAITAN- Tanpa temuduga! Syed Saddiq monopoli lantik 13 Armada Bersatu sebagai Pegawai Gred 29 KBS ]

 

Tanpa temuduga! Syed Saddiq monopoli lantik 13 Armada Bersatu sebagai Pegawai Gred 29 KBS

November lalu sekali lagi Syed Saddiq berhempas pulas menjawab isu tender syarikat membekal bekalan bermasak yang dimonopoli oleh syarikat secara serentak di beberapa negeri mengendalikan Institut Kemahiran Belia Negara di Melaka, Selangor, Perlis, Pahang, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Kelantan.

Sejak terdedahnya tender dan syarikat itu pelbagai soalan dikemukakan netizen. Siapakah pemilik syarikat AFSYA (M) SDN BHD dan lain-lain syarikat itu? Apakah hubungan pemilik syarikat ini dengan Syed Saddiq? Adakah syarikat ini mempunyai kemampuan untuk melaksanakan 3 kontrak yang mereka baru terima secara serentak dengan modal berbayar yang kecil dan bukannya syarikat membekal makanan bermasak Islam? Syed Saddiq terkial-kial menjawabnya sama ada mahu menyebut 'Datuk Hussin' atau Setiausaha Politiknya Aizat Roslan. Syed Saddiq juga tidak menyalahkan KSUnya sebagai mana menteri PH lain seperti Datuk Mohammadin Ketapi (MOTAC), Dr Maszlee Malik (KPM) dan Salahuddin Ayub (MOA).


Keputusan boleh dilihat dalam myprocurement.treasury.gov.my

Jawapan paling selamat Syed Saddiq ialah tender terbuka dan beliau tidak terlibat dalam proses perolehan tender. Syed Saddiq lupa kuasa penurunan kuasa kepada pegawai, akta kontrak adalah kuasa Menteri dan jawatankuasa teknikal tender masih boleh diakses oleh pegawai Syed Saddiq sama ada arahan secara minit surat, memanggil pegawai atau melalui telefon. 

Menurut sumber KBS ada banyak lagi projek seperti ini yang berlaku di KBS. Bagaimana penilaian jawatankuasa tender itu dibuat? Syarikat yang bukan berpengalaman dalam pembekalan makanan bermasak memperolehi tender serentak. Tender e-perolehan kod bidang mereka dipermudahkan agar syarikat boleh memasuki tender itu dan kontraktor akhirnya menang tender melalui 'tangan-tangan' pegawai kanan Syed Saddiq. Tanyalah pegawai KBS dan geng Armada tak sebulu Saddiq mereka sangat tahu perkara ini.

 

Tak mungkin KSU dan TKSU KBS bodoh sehingga sebuah syarikat boleh mendapat projek berulang serentak di Institut Kemahiran Belia Negara milik KBS itu? Apa kriteria sehingga jawatan kuasa teknikal tender tak nampak berulang syarikat yang sama?

Jawapannya permainan bermula di jawatankuasa teknikal yang bermula di pejabat KBS sama ada Setiausaha Perolehan atau Setiausaha Pembangunan KBS. Mereka penentu set tender kepada KSU atau TKSU KBS. Teknikal kewangan dan kelayakan syarikat ditentukan mereka. Wakil luar seperti JKR dan Kementerian Kewangan biasanya tempelan dan akur kepada penilaian tender yang sudah di ‘set’ awal.

Menurut sumber pegawai Syed Saddiq yang berkuasa bab tender dan menentukan siapakah pembekal yang berjaya menang tender ialah Mohd Aizat Roslan Setiausaha Politik Menteri KBS yang juga Timbalan Ketua Armada pusat sekarang.

Ditentukan 'Datuk Hussin'. Syed Saddiq memberi kuasa penuh kepada Aizat Roslan untuk mencari dana dari projek KBS.
Kuasai semua pertubuhan belia termasuk mengawal wang Youth Power Club (YPC)
yang mendapat peruntukan lebih RM100 juta 


Siapa Datuk Hussin?

Seorang penaja bernama ‘Datuk Hussin’ yang dulu banyak memberi manfaat memberi wang, kereta mewah kepada Setiausaha Politik Dr Maszlee Malik, Nizam Murad (telah dipecat) kini menjadi kuda dibelakang Mohd Aizat Roslan. Aizat diberi kereta Vellfire mewah (dulu digunakan Nizam Murad) kini digunakan oleh Mohd Aizat.

Dari mana kekayaan Aizat yang dulu hanyalah pemimpin Majlis Belia Malaysia Kedah?

Kamu fikir di mana Syed Saddiq dan Aizat mendapat wang membayar RM15 ribu seorang kepada setiap Ketua Armada Negeri untuk menganjurkan program Hari Raya Aidiladha baru-baru ini termasuk RM5,000 wang poket kepada semua AJK Armada. Jika bukan wang ‘Datuk Hussin’?  Saddiq dan Aizat cuba menutup mulut pengkritik mereka terutama geng-geng yang menentang Syed Saddiq yang mungkin mencabarnya dalam pemilihan Bersatu nanti.

‘Datuk Hussin’ inilah di belakang syarikat tender yang menang di Institut Kemahiran Belia Negara atau pusat latihan KBS sekarang. Selepas gagal bermain di KPM beliau bermain di IKBN KBS. Ternyata sangat berhasil.


Exco Armada Joli ke Dubai- London

Semalam tular pendedahan tentang sekumpulan Exco Armada yang telah kaya raya hasil projek KBS bercuti di luar negara ketika Pilihanraya Kecil Tanjung Piai. Siapa mendedahkan gambar dan tiket penerbangan mereka?


Percutian Dubai dan London yang pasti menelan ribuan ringgit

Klik Basrisan kepimpinan Armada di sini

Turut kelihatan didalam gambar ialah PSU Armada Malaysia, Redzuan Shafi, Bendahari Armada Rafiq Hakim Razali, Exco Armada Nasional Mohd Muzzammil Ismail, Ketua Armada Terengganu Mohd Syaiful Irfan Anang.

Bagaimanapun Exco Armada Muzzammil Ismail tampil dalam laman facebooknya menjawab isu tular gambar joli London itu dengan berkata sebagai Fitnah terancang menggunakan platform page klon Friend of BN, demi berkempen awal pemilihan parti dengan taktik ‘pembunuhan karakter’.

Yang gagal dijawab Muzammil ialah wang siapa menaja percutian Dubai London itu? Walau apapun isu paling penting ialah percutian, gambar dan tiket kapal terbang yang didedahkan itu pastinya daripada dalaman Armada yang tidak berpuas hati. Muzammil mesti mendedahkannya dalam peperangan ini.

Menurut sumber Aizat Roslanlah yang menyusun lawatan untuk budak-budak Armada ini dibantu Bendahari dan PSU Armada. Bendahari dan AJK utama Armada sanggup tidak hadir PRK Tanjung Piai sema-mata percutian London. Rafiq Hakim Razali Bendahari Armada mesti menjelaskan wang ke London menggunakan wang sumber Aizat kalau mereka hendak selamat. Semua tahu kontraktor banyak dikawal Aizat maka dana mestilah dari Aizat. 

Bawa geng-geng yang suka mengkritik Syed Saddiq enjoy dengan kontraktor namun lawatan ini nampaknya tidak pernah menutup mulut Ketua Armada Terengganu Mohd Syaiful Irfan Anang yang menyalahkan Syed Saddiq kekalahan Bersatu di Tanjung Piai. 

 

 

Nampaknya netizen boleh terus makan popcorn sementara menunggu drama baru ini berkembang. Siapa 'Datuk Hussin'? yang menjadi kuda Syed Saddiq dan Aizat? Ia adalah misteri yang bakal terjawab nanti. Lambat laun pasti akan muncul juga. Pastinya menarik selepas ini...

 

16 Comments